Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Sunday, August 5, 2012

Ujian ALLAH Itu Nikmat Hidup!

    Memandang dari satu sudut mata kasar,kita akan menyangka setiap ujian hidup ini sebagai satu kenangan pahit dalam sejarah penciptaan kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH SWT ini..
Setiap kata-kata,pendengaran dan jiwa ini terasa kosong memandang tinta ujian dan takdir Ilahi ke atas diri kita ini yang sememangnya mudah goyah dengan apa-apa sahaja yang diturunkan oleh ALLAH SWT.

Adakah kita ini hamba yang malang dan tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang dimungkar oleh ALLAH SWT hinggakan deretan kesusahan dan bebanan diturunkan kepada diri ini?

ALLAH SWT telah menciptakan manusia itu sesuai dengan fitrahnya yang memerlukan kasih sayang dan cinta dalam hidupnya.Sama juga dengan fitrah yang dimiliki oleh Nabi Adam a.s. yang jatuh cinta kepada Hawa sebaik sahaja melihat dirinya.Begitu juga rasanya apabila diri Adam ditimpa ujian kemurkaan ALLAH SWT tatkala memakan buah larangan di dalam syurga.Rasa jiwa Adam begitu gerun dan takut atas ujian ALLAH SWT kepadanya sehingga mengalirkan air mata keinsafan.Tetapi Adam tidak mengeluh dengan ujian itu dan tidak menyalahkan ALLAH SWT kerana menduga dirinya sebegitu.Jiwanya reda sepenuhnya dan akalnya memikirkan keampuanan buat diri.Namun kita sebaliknya menyalahkan takdir atas apa yang telah berlaku dan kadang-kala lupa,ujian itu berpunca daripada diri kita sendiri.
ALLAH SWT menciptakan ujian ke atas hambaNya bukan sebagai satu penghinaan.Tetapi,ujian adalah salah satu daripada elemen yang penting dalam diri manusia itu sendiri agar dia mampu untuk menjadi seorang hamba yang sedar diri.

Dengan adanya ujian daripada ALLAH SWT,manusia itu akan mengaku dirinya berTuhan yakni dimiliki sepenuhnya oleh ALLAH SWT.Ini adalah kerana,fitrah kewujudan dan penciptaan manusia itu sendiri mahu hidup secara berTuhan dan meminta kepada sesuatu yang diyakini oleh dirinya berkuasa.Dan manusia ini,sikapnya memang semula jadi akan mengadu kepada Tuhannya apabila mendapat musibah dan ujian.Dia akan kembali kepada Tuhannya dan memohon dipertemukan dengan petunjuk,bantuan,keampunan dan sebagainya.Itulah tandanya manusia memerlukan ALLAH SWT.
ALLAH SWT telah memberikan peringatan kepada hamba-hambaNya secara berhikmah dan beradab juga!
ALLAH SWT mengurniakan kita petunjuk dalam setiap apa yang kita lakukan setiap hari.Hari-hari manusia itu dipenuhi dengan petunjuk dan 'inayah ALLAH SWT namun,secara tidak mereka sedari.Persoalannya,,kenapa dan bagaimana manusia boleh tidak menyedari petunjuk dan Rahmat ALLAH SWT ke atas mereka?

Jawapannya adalah kerana,manusia menyangka nikmat yang diperoleh adalah daripada usaha mereka semata-mata dan lupa,ALLAH SWT mengatur segala-segalanya hatta rezeki yang datang bergolek.Natijahnya,mata mereka buta akan nikmat ALLAH ke atas mereka dan lalai sekaligus menutup pintu petunjuk ALLAH SWT ke atas diri mereka.

UJIAN MEMATANGKAN DIRI

Manusia ditimpa dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup mereka.
Sesekali diri mereka diuji,manusia akan merungut dan tertanya-tanya,kenapa aku yang menerima ujian dan musibah ini?
Apa salah aku agaknya?





Jangan begitu..Sesungguhnya,pandangan kita ke atas ALLAH SWT telah berubah menjadi negatif tatkala kita mempersoalkan apa yang telah terjadi secara negatif.ALLAH cubit sikit je..

ALLAH tidak menurunkan ujian secara membabi buta tetapi ALLAH menguji hambaNya mengikut tahap kemampuan,kematangan dan ketahanan hambaNya.Jadi janganlah menyatakan aku tidak mampu dengan ujian ALLAH sekian..sekian..Adakah kita mahu menjadi hamba yang kufur?

Kita boleh melihat surah Al-Baqarah ayat 285-286 di mana ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya(kemampuannya) dan dia mendapat pahala (dari kebajikan) dari yang diusahakannya dan mendapat seksa azab (dari kejahatan) yang dilakukannya.,,,,"

Berdasarkan petikan ayat ini,kita seharusnya membetulkan semula pandangan kita kepada ALLAH SWT bahawa,kita mampu untuk menangani setiap apa yang berlaku dalam diri ini.ALLAH itu Maha Mengetahui akan kemampuan hamba-hambaNya bahkan lebih daripada diri kita sendiri.

Ujian ini mematangkan diri kita sebenarnya.Manusia ini tidak tahu 3 perkara dalam hidupnya.pertama,usianya..kedua,,jodohnya..dan akhir sekali ajalnya.
Semua itu berada kemas dalam jagaan ALLAH SWT.Tetapi manusia boleh berusaha untuk mendapat husnul khatimah dalam kehidupannya.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216,yang bermaksud: 


Yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Tidak semua ujian ALLAH itu  sebagai tanda amaran kepada kita.
Kadangkala kita lalai dengan hidup ini sehinggakan lupa kepada ALLAH dan tugas utama kita hidup di dunia ini untuk menyembah ALLAH.

Dunia ini sebagai persinggahan sahaja buat kita menuju ke kampung halaman kita iaitu negeri akhirat.Jadi,ALLAH mengurniakan kita ujian agar kita kembali menginatiNya dalam apa-apa jua keadaan.

Seandainya kita bersabar,Insyaallah,Allah memudahkan urusan kita dan melipat gandakan kebahagiaan kita nanti..
Jangan salahkan ALLAH apabila diri diuji.Kita tiada hak..Jangan persoalkan hak kita sebagai hamba yang kononnya berhak hidup bahagia sepanjang hayat andai hak ALLAH masih belum kita penuhi.Buat malu diri sahaja nanti!

Seharusnya kita bersyukur kerana diuji oleh ALLAH SWT.Itu tandanya ALLAH mengingati dan memberi peringatan kepada kita agar kembali ke landasan dan track yang betul!

Cuba kita lihat di luar sana,.berapa ramai hamba ALLAH,tidak mendapat hidayah daripadaNya kerana,hidup senang lenang tanpa peringatan.Setidak-tidaknya,kita ingat kepada ALLAH dalam keadaan susah dan senang,Berpahala juga!

Semoga kita terdiri dalam kalangan orang reda dan menyerah diri kepada ALLAH SWT selepas berusaha,doa dan tawakkal kepadaNya..

Usaha tanpa tawakal ibarat mencurah air ke atas pokok,,ia hidup tetapi mati selepas seketika,,namun,usaha dengan tawakal,ibarat bunga diambil madunya,, madunya hilang seketika,tetapi akan kembali semula selepas seketika..dapat manisnya selalu,..

Ujian itu penghapus dosa..Free2 je tu kalau kita reda dan hadapi ujian dengan rela hati.Jadi,jangan merungut,tetapi tersenyumlah..Kerana,suatu hari nanti,,apabila ALLAH tidak lagi mengurniakan kita ujian,kita akan sunyi dan tertanya-tanya,,Allah tidak ingat aku lagi ke?Di mana ALLAH ni?hehe,...jangan risau,,kalau ada rasa macam tu,itu pun ujian ALLAH,,ujian merinduiNya,,moga mendapat pahala jihad..amin..

Sekian sahaja,,Wallahu'alam..

No comments: