Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, June 29, 2012

Susah Ke Nak Ucapkan ALHAMDULILLAH??

          Semalam saya makan di kantin sekolah.Sedang saya sibuk membaca doa makan dengan adik saya,tiba-tiba muslimah di hadapan saya ni membebel tak tentu pasal.Macam-macam benda dia lafazkan kala itu,sebagai tanda protes ikan goreng sambal dia dapat tu kecik ya amat.Saya jadi terkedu tapi tidak berani menatap wajahnya kerana dia lebih tua.Saya dengar sahaja apa yang dia hendak luahkan memandangkan kawannya dia sebelah pun dua kali lima juga mencaci makanan yang baru mereka beli.Apa dia kata?

'Bloody this food!What a smlal fish today?'muslimah ni memang speaking memanjang di sekolah.Saya tersentak mendengar kalimah itu.Iyelah,walaupun saya tidak sefasih dia berbahasa Inggeris,tetapi,setakat nak faham satu persatu tu lepaslah.Kawan di sebelahnya tersengeh mengalahkan kerang busuk.

"yeah!What to do?What a suck!"saya menatap wajah adik saya dalam-dalam kerana menyesal pula duduk satu meja dengan orang macam tu.Bukannya apa..Takut kalimah-kalimah yang dia sebut tu menjadi doa kepada makanan kami sekali!

                               


Apa masalahnya ni?Tak bersyukur ke kita dengan nikmat yang kita sudah dapat bergelar makanan setiap hari?Tak kisahlah apa sekalipun yang kita dapat sebagai makanan untuk alas perut,nasi ke,roti ke,tepung buat capati dan sebagainya.Satu perkara yang pasti,ia adalah rezeki daripada ALLAH SWT.Kita terlalu marah agaknya saat itu sehinggakan kita terlupa sesuatu,ALLAH yang memberi rezeki itu.Salahkah dan susahkah untuk kita bersyukur walaupun hanya dengan kalimah,ALHAMDULILLAH.

                      

Setiap hari saya akan dengar di kantin ketika waktu rehat,atau waktu balik,,ada sahaja pelajar di sekolah saya yang berstatus pelajar sekolah agama ini merungut..

Ikan kecik..
Sambal sikit..
Nasi lembik..
Ayam kedekut tahap miskin..
dan macam-macam lagi.....

Agaknya mereka lupa..

ada di luar sana yang sekadar makan sisa ikan di rumah mereka..
ada yang makan nasi putih semata-mata tanpa kuah atau sambal pun..
ada pun yang tak makan nasi langsung,apatah lagi bubur...
ada pula yang tak pernah makan ayam pun...
Lumrah hidup bergelar manusia,,,

di saat kita susah,terlalu mudah untuk kita merayu dan merintih kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan.Tetapi,ingatlah semula,sewaktu kita senang,adakah kalimah syukur dengan nikmat ALLAH itu terpacul daripada bibir ciptaan ALLAH ini?Tiada,kadang kala.Maka malulah diri ini sebagai hamba,kerana setiap cacian ke atas nikmat ALLAH itu,akan membuatkan ALLAH menyebut kepada kita,dan bertanya kepada kita:



 :Maka,nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan?


Masih mampu dan masih mahukah kita melemparkan tohmahan kepada setiap nikmat yang telah kita perolehi?Sebagai hamba seharusnya kita mensyukuri setiap yang kita perolehi.Bukannya mempertikaikan apa yang sudah diperolehi!

           Kenapa makin lama makin ramai manusia yang tamak dan kedekut?Bahkan makin ramai juga manusia yang menyalah gunakan nikmat yang dikurnia percuma? Kerana mereka hilang rasa syukur dan taqwa dalam diri.

           Ingatlah,apabila kita bersyukur,ALLAH telah berjanji bahawa Dia akan mengurniakan dan menambah lagi rezeki kita.Tapi harus juga kita ingati bahawa,kadang kala,rezeki yang kita perolehi itu boleh juga menjadi ujian buat diri kita untuk mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.


Janganlah menjadi golongan yang sesat,yang gembira dengan harta dunia sehingga lupa untuk mengutip pahala akhirat pula.Orang yang ada masalah dengan penyakit macam ni mesti berhati-hati kerana dikhuatiri hatinya sudah mendapat penyakit,iaitu takabbur!Apabila seseorang itu sudah mendapat penyakit takabbur,maka akan susahlah hidupnya suatu hari nanti kerana ditimpa pelbagai kesusahan sebagai peringatan daripada ALLAH agar mensyukuri dan mengingati semula nikmatNya.Persoalannya,mampukah kita menanggung balasan ALLAH kerana mendustakan nikmatNya selama ini?


Fikirkanlah,Wallahu'alam..

Friday, June 22, 2012

Solat Penting,BERSEBAB!!

Solat merupakan satu ibadah fardhu ain yakni salah satu daripada ibadah yang paling dituntut oleh ALLAH SWT.Solat dengan kata lain,merupakan tali ukur bagi kematangan seseorang di dunia ini.Pada pendapat saya,semakin baik dan indah solat yang didirikan oleh seseorang itu,semakin matanglah dia dan semakin meningkat jugalah darjat dan ketinggian dirinya di mata ALLAH SWT,dan juga hambaNya di dunia ini.Mulia bukan seseorang yang solat?Haiwan turut menaruh pandangan paling indah kepada diri hamba yang menunaikan solat?kita ada??


Semua orang pernah meninggalkan solat.Saya,anda,mereka,awak dan lain-lain lagi.tetapi tidak bermaksud pula pintu taubat dan keampunan ALLAH itu sudah tertutup buat kita.Solat tetap penting dalam setiap perkara yang kita lakukan.Tidak kisahlah sama ada waktu itu kita sedang makan ke,minum ke,tengok drama ke ,wayang mahupun sedang sakit dan nazak sekalipun,ibadah solat tetap difardhukan ke atas diri kita.Bahkan,ketika sedang berperang dan berada di atas kuda perang seklaipun,kita masih wajib menunaikan solat!Selagi diri kita digelar makhluk bernyawa dan bukan mayat.


KENAPA SOLAT TU PENTING??JAWAB!


   Pertama sekali solat itu penting kerana ia adalah tiang agama.Kenapa ia adalah tiang agama?kerana,kalau kita tidak solat,benteng agama,ketaqwaan dan keimanan diri kita akan runtuh.Solat merupakan satu elemen yang mana mengukuhkan jati diri seorang muslim agar dia sentiasa berfikiran positif,dan mampu untuk menanggung segala ujian dan cabaran daripada ALLAH SWT di dunia.Cuba kita lihat rata-rata mereka yang bertindak mahu membunuh diri,telan racun,bom diri dan sebagainya?Solat mereka cukup tak?Pasti mereka akan menjawab tidak.Ini menunjukkan mereka kurang bergantung kepada ALLAH SWT.Dan inilah juga titik mulanya masalah-masalah manusia sama ada dalam diri mereka sendiri mahupun di luar diri mereka.
Cuba lihat wajah orang yang sedang solat dengan khusyuk.Bagaimanakah reaksi mereka apabila bertemu dengan ALLAH dalam solat?Bukankah mereka nampak sungguh bersungguh-sunguh dalam ibadah mereka lantas menyebabkan nur cahaya terpancar pada wajah mereka.Hebat bukan??!


Yang seterusnya,solat itu merupakan ibadah pertama sekali yang akan dituntut oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.Tidak kisahlah sebaik mana sekalipun seorang hamba itu dia suka bersedekah,berbuat kebaikan dan macam-macam lagilah,tetapi apabila solat dia abaikan dengan sewenang-wenangnya,lantas,azab api neraka itu ditempah khas buat diri mereka sendiri.Saya tahu ini bukanlah jaminan daripada diri saya,tetapi,ini adalah ingatan semata-mata.


Kita lihat dalam sebuah hadis,bagaimana Allah membezakan di antara orang Islam dengan orang kafir.Allah membezakan umat Islam dengan kaum kafir dengan membandingkan cara mereka solat.Kita solat dengan menyembah ALLAH SWT,Tuhan satu-satunya yang layak disembah.Tetapi,orang kafir menyembah berhala yang dicipta oleh diri mereka sendiri lantas mereka mengaku pula berhala-berhala itu sebagai Tuhan yang menciptakan mereka.Aneh bukan pemikiran mereka?Inilah tanda-tanda ALLAH membalikkan hati mereka sehingga mereka bisu,tuli dan buta.Maka,tidak bersyukurkah kita lagi sebagai umat Islam?


Solat selain itu,mencegah kemungkaran.
Dalam satu kes di Selangor berdasarkan cerita ustadz saya yang bertugas di Jabatan Agama Islam.Beliau menyatakan bahawa dalam satu tangkapan.Ada seorang wanita ini,didapati bersedudukan dengan 12 orang lelaki.Dengan kata lain,wanita ini,muda lagi dan mengambil upah sebagai tut........ .Jadi,apabila ditangkap kesemua mereka,semua sekali disoal.berapa ramai yang sudah terlanjur dengan wanita ini tadi?Kesemua mereka mengaku yang mereka sudah melakukan hubungan seks dengan wanita ini tadi kecuali seorang pemuda ini.





Apabila ditanya,betulkah dia tidak berbuat apa-apa,dia mengiyakan,benar!Dia hanya meraba sahaja wanita tersebut.Sehinggakan JAIS ini tadi bertanya kepada wanita tadi,benarkah kenyataan lelaki ini tadi dan wanita itu turut menyatakan hal yang sama.Maka JAIS ini tadi bertanya,kenapa lelaki tadi ini tidak berbuat apa-apa dengan wanita tersebut sedangakn ruang dan peluang itu sudah ada?Apa jawapan lelaki itu?Dia takut kepada ALLAH.Maka JAIS ni pun tanya kepada semua lelaki yang lain sama ada mereka solat?Mereka menjawab tidak kecuali pemuda yang tidak berzina ini tadi.


Ini menunjukkan bahawa,orang yang menunaikan solat ini,insyaallah,iman dan diri mereka dijaga oleh ALLAH.Sebab itulah apabila orang yang menunaikan solat ini hendak melakukan dosa,maksiat dan sebagainya,mereka akan berbelah bahagi,nak ke tak nak buat kerja haram tu.


Selain itu,solat juga mampu untuk menyihatkan tubuh badan.Ramai yang sudah maklum bahawa pergerakan dalam solat sudah dibuktikan oleh para saintis mampu untuk melancarkan peredaran darah.Dan kepada wanita-wanita,solat juga mampu menguruskan badan,ok!!Untunglah siapa yang rajin solat tu ye.Insyaallah,maintain slim!


Sekadar ini sahaja yang mampu saya kongsikan.Insyaallah,jadikan solat kita semata-mata kerana ALLAH SWT,bukan orang lain dan bukan untuk kepentingan lain-lain.Wallahu'alam.



Wednesday, June 20, 2012

Couple,Fitrah atau...(Hak Bercinta Hak Kami?)


Satu hari nanti,saya teringin sangat-sangat nak ada cahaya mata yang  soleh,solehah dan menjadi penyejuk mata saya dan orang lain juga.Kemungkinan itu ada,tetapi,andai kata saya panjang umurlah.Panjang ke?


Kadang-kadang saya pelik,kenapa mudah sangat seorang muslimah atau muslimin itu meluahkan perasaannya kepada yang bukan mahramnya.Dia tak malu ke?Tambahan pula seawal sekitar usia belasan tahun ini.Saya tidak menyandarkan hal ini kepada mereka yang admierre diam-diam tu,tetapi saya mensasarkan ayat ini kepada mereka yang dah sebok-sebok mengikat tali cinta setulus jiwa dengan sesiapa sahaja yang dianggap istimewa di mata dia.Couple!Ha,,golongan yang inilah sasaran saya.

Kenapa anda couple? 
Kan bagus kalau ada orang bagi jawapan dekat blog ni kenapa dia couple?
Apa rasional anda dan apakah sasaran anda sama ada untuk sehidup semati dengan dia dalam satu liang lahad ataupun sekadar untuk bercinta di atas bumi bawah langit ini sahaja?Seribu persoalan menerjah!

Yang pertama,Couple ringan-ringan:
alah,,golongan ni yang asyik jumpa tapi tak buat apa-apa pun,,tak pegang-tak sentuh kira kalau ada wudhuk time tu pun takkan batal punya,lah!

Yang kedua,golongan yang couple tahap gila separa:
Yang ni,agak bahaya sikit.Golongan ni saya kata gila sebab dia dah touch sana sini.Kira kalau jumpa je,mesti nak kena bimbit tangan antara satu sama lain.Kira,masing-masing OKU lah ni,tak mampu nak jalan tanpa bantuan dan sokongan daripada sesiapa.Alahai,kesian.

Golongan yang Ketiga:

Inilah golongan betul-betul gila! Golongan ni,kalau bawa pergi ke HTR,layak diberikan renjatan elektrik agar dia sedar dan ingat semula ajaran agama Islam yang menyatakan bahawa haram bukan mahram kita pegang!Tak kisahlah,suka-suka ke,waktu duka atau time tu nafsu syahwat tengah memuncak ke!Ambik bantal peluk,cium pegang peluk puas-puas!Takde orang pandang serong dan takkan ada orang yang nak marah ke,hina ke apa ke.Dapat pahala cegah zina sendiri-sendiri.Daripada peluk sana-sini tak tentu hala macam anak beruang kena gantung dekat leher mak buat apa?Tak de kerja?


Saya tak sangkal,memang fitrah manusia untuk dibelai,disayang,dipeluk dan di macam-macam lagilah.Sya pun nak juga semua itu dan memang ketagihan akannya.Tetapi bukanlah dengan makhluk-makhluk takde identiti dan ilmu tahap ustadz-ustadz ni!kenapalah agaknya,seawal usia ni ada yang di luar sana tu  dah ketagihan?Tak cukup kasih sayang mak ayah ke?Atau,dah ketandusan sangat?

Tersimpul mati ke??
Janganlah macam ni,,kita kembali semula kepada ajaran Islam yang berpandukan AL-Quran Dan Al-Hadis.Apabila kita menghayati setiap ajaran Islam itu secara menyeluruh,Insyaallah,kita akan lebih yakin lagi bahawa setiap fitrah yang kita perolehi itu harus dijaga sebaik-baiknya dan bukanlah digunakan secara membabi buta semata-mata.

Islam agama syumul.Mudah dan jelas apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang.Allah tak kata jangan berzina tetapi ALLAH kata,jangan mendekati zina dalam satu potongan ayat ni.Kenapa?Kerana,kalau kita tidak mendekati zina,zina takkan berlaku.Faham tak apa yang cuba saya katakan.Maksud saya,couple ni pun,selangkah mendekati zinalah..
Oleh itu,kalau agak-agak couple tu,ingatlah,berwaspadalah,dan renungkan semula..


Pernah tak anda sentuh bukan mahram anda tu saje-saje?Cuba ingat pelan-pelan,berapa kali agak-agaknya anda sudah buat dia ketagihan menanti anda masuk ke dakapan dia?Mesej-mesej anda kepada ekkasih anda.?Adakah ia berbentuk ilmu atau sekadar meluahkan rindu dan gelodak nafsu sehingga anda dan dia benar-benar lali dengan alam fantasi cinta anda?Itu pun dah dikira berdosa sebab kita buat dia lalai dengan tubuh kita,sikap manja kita dan sebagainya.Oleh itu,fikirlah sejenak,dan renungkanlah.Sekadar peringatan, Wallahu'alam..