Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, June 22, 2012

Solat Penting,BERSEBAB!!

Solat merupakan satu ibadah fardhu ain yakni salah satu daripada ibadah yang paling dituntut oleh ALLAH SWT.Solat dengan kata lain,merupakan tali ukur bagi kematangan seseorang di dunia ini.Pada pendapat saya,semakin baik dan indah solat yang didirikan oleh seseorang itu,semakin matanglah dia dan semakin meningkat jugalah darjat dan ketinggian dirinya di mata ALLAH SWT,dan juga hambaNya di dunia ini.Mulia bukan seseorang yang solat?Haiwan turut menaruh pandangan paling indah kepada diri hamba yang menunaikan solat?kita ada??


Semua orang pernah meninggalkan solat.Saya,anda,mereka,awak dan lain-lain lagi.tetapi tidak bermaksud pula pintu taubat dan keampunan ALLAH itu sudah tertutup buat kita.Solat tetap penting dalam setiap perkara yang kita lakukan.Tidak kisahlah sama ada waktu itu kita sedang makan ke,minum ke,tengok drama ke ,wayang mahupun sedang sakit dan nazak sekalipun,ibadah solat tetap difardhukan ke atas diri kita.Bahkan,ketika sedang berperang dan berada di atas kuda perang seklaipun,kita masih wajib menunaikan solat!Selagi diri kita digelar makhluk bernyawa dan bukan mayat.


KENAPA SOLAT TU PENTING??JAWAB!


   Pertama sekali solat itu penting kerana ia adalah tiang agama.Kenapa ia adalah tiang agama?kerana,kalau kita tidak solat,benteng agama,ketaqwaan dan keimanan diri kita akan runtuh.Solat merupakan satu elemen yang mana mengukuhkan jati diri seorang muslim agar dia sentiasa berfikiran positif,dan mampu untuk menanggung segala ujian dan cabaran daripada ALLAH SWT di dunia.Cuba kita lihat rata-rata mereka yang bertindak mahu membunuh diri,telan racun,bom diri dan sebagainya?Solat mereka cukup tak?Pasti mereka akan menjawab tidak.Ini menunjukkan mereka kurang bergantung kepada ALLAH SWT.Dan inilah juga titik mulanya masalah-masalah manusia sama ada dalam diri mereka sendiri mahupun di luar diri mereka.
Cuba lihat wajah orang yang sedang solat dengan khusyuk.Bagaimanakah reaksi mereka apabila bertemu dengan ALLAH dalam solat?Bukankah mereka nampak sungguh bersungguh-sunguh dalam ibadah mereka lantas menyebabkan nur cahaya terpancar pada wajah mereka.Hebat bukan??!


Yang seterusnya,solat itu merupakan ibadah pertama sekali yang akan dituntut oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.Tidak kisahlah sebaik mana sekalipun seorang hamba itu dia suka bersedekah,berbuat kebaikan dan macam-macam lagilah,tetapi apabila solat dia abaikan dengan sewenang-wenangnya,lantas,azab api neraka itu ditempah khas buat diri mereka sendiri.Saya tahu ini bukanlah jaminan daripada diri saya,tetapi,ini adalah ingatan semata-mata.


Kita lihat dalam sebuah hadis,bagaimana Allah membezakan di antara orang Islam dengan orang kafir.Allah membezakan umat Islam dengan kaum kafir dengan membandingkan cara mereka solat.Kita solat dengan menyembah ALLAH SWT,Tuhan satu-satunya yang layak disembah.Tetapi,orang kafir menyembah berhala yang dicipta oleh diri mereka sendiri lantas mereka mengaku pula berhala-berhala itu sebagai Tuhan yang menciptakan mereka.Aneh bukan pemikiran mereka?Inilah tanda-tanda ALLAH membalikkan hati mereka sehingga mereka bisu,tuli dan buta.Maka,tidak bersyukurkah kita lagi sebagai umat Islam?


Solat selain itu,mencegah kemungkaran.
Dalam satu kes di Selangor berdasarkan cerita ustadz saya yang bertugas di Jabatan Agama Islam.Beliau menyatakan bahawa dalam satu tangkapan.Ada seorang wanita ini,didapati bersedudukan dengan 12 orang lelaki.Dengan kata lain,wanita ini,muda lagi dan mengambil upah sebagai tut........ .Jadi,apabila ditangkap kesemua mereka,semua sekali disoal.berapa ramai yang sudah terlanjur dengan wanita ini tadi?Kesemua mereka mengaku yang mereka sudah melakukan hubungan seks dengan wanita ini tadi kecuali seorang pemuda ini.





Apabila ditanya,betulkah dia tidak berbuat apa-apa,dia mengiyakan,benar!Dia hanya meraba sahaja wanita tersebut.Sehinggakan JAIS ini tadi bertanya kepada wanita tadi,benarkah kenyataan lelaki ini tadi dan wanita itu turut menyatakan hal yang sama.Maka JAIS ini tadi bertanya,kenapa lelaki tadi ini tidak berbuat apa-apa dengan wanita tersebut sedangakn ruang dan peluang itu sudah ada?Apa jawapan lelaki itu?Dia takut kepada ALLAH.Maka JAIS ni pun tanya kepada semua lelaki yang lain sama ada mereka solat?Mereka menjawab tidak kecuali pemuda yang tidak berzina ini tadi.


Ini menunjukkan bahawa,orang yang menunaikan solat ini,insyaallah,iman dan diri mereka dijaga oleh ALLAH.Sebab itulah apabila orang yang menunaikan solat ini hendak melakukan dosa,maksiat dan sebagainya,mereka akan berbelah bahagi,nak ke tak nak buat kerja haram tu.


Selain itu,solat juga mampu untuk menyihatkan tubuh badan.Ramai yang sudah maklum bahawa pergerakan dalam solat sudah dibuktikan oleh para saintis mampu untuk melancarkan peredaran darah.Dan kepada wanita-wanita,solat juga mampu menguruskan badan,ok!!Untunglah siapa yang rajin solat tu ye.Insyaallah,maintain slim!


Sekadar ini sahaja yang mampu saya kongsikan.Insyaallah,jadikan solat kita semata-mata kerana ALLAH SWT,bukan orang lain dan bukan untuk kepentingan lain-lain.Wallahu'alam.



No comments: