Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Sunday, December 23, 2012

Love After Marriage

Wa Takde Mood Nak Update Blog Wa Sebenarnya.. =_=

its me!!!
Tapi,demi sebuah entry bertajuk Bercinta Selepas Nikah yang diminta oleh insan bernama Shila Sara ni,saya tuliskan sedikit.

Anda sudah jatuh cinta?Cinta hati anda seorang yang romantik dan budiman mahupun budiwoman?Anda pasti sedang bahagia dengannya seandainya dia selalu ambil berat pasal anda..

Kalau dapat pakwe atau makwe kerja doktor,,mungkin akan selalu dapat soalan macam ni- "Awak dah makan ke belum ni?Sihat tak??"


Kalau dapat pakwe atau makwe jenis Islamik sikit,dapatlah soalan Islamik macam ni-"Anti,anti.Anti dah solat dah ke belum??Esok nak puasa sunat hari Khamis dengan ana tak?"


Kalau dapat pakwe atau makwe yang kaki sebok dan nampak sangat kaki kongkong,,dapatlah soalan tak bertaraf menajamkan minda macam ni- "Awak dah mandi ke belum??Ni bila nak bangun ni my baby bucuk??"





Tengah bercinta..Mestilah bahagia gila-gila,kan?Rasa macam separuh jiwa ni dah jadi milik seseorang yag 'halal' je..Hakikatnya,kebahagiaan yang anda rasa tu separa je..Rasa macam takde feel sebenarnya walaupun anda dan si dia selalu kata,"Bahagianya saya bila jumpa awak".

Tu yang bau kentut satu sama lain pun dia nak kata wangi tu!!Yang ni tahap mental dah ni.Kentut pun nak mengaku wangi. =_=

Wangi tak kentut sayang kali ni?
Semalam lagi wangi ke hari ni??


Apabila anda sudah terlalu explore mengenai bakal pasangan hidup anda,jadi yang tinggal untuk cerita dan bagitahu selepas nikah nanti macam hampas je.Sebab anda dah tahu banyak benda jadi kurang mantap untuk anda kongsi dengan si dia.Lainlah kalau pasangan hidup anda tu nyanyuk ke..ada amnesia ke..cerita banyak-banyak kali pun boleh sebab dia tak ingat sangat.

KITA MAHUKAN PASANGAN YANG AMBIL BERAT PASAL KITA

Cuba anda bayangkan,anda dah tahu macam-macam pasal pasangan hidup anda jadi lepas nikah nanti apa yang anda nak tanya mungkin soalan-soalan macam ni je yang tinggal:

Isteriku Doktorku!! :)

  • Awak nak balik pukul berapa hari ni?
  • Awak nak makan apa hari ni?
  • Awak nak saya kejut macam biasa ke lagi lambat ke lagi awal?
  • Awak nak sambut hari jadi dekat mana?
  • Awak nak pakai baju warna mana satu ni..Ada dua warna awak suka kat sini?
  • Awak nak ke tak nak saya tolong awak,ke awak nak buat sendiri?
Semua ni ayat-ayat yang macam kurang mesra selepas dah nikah nanti sebab anda sudah tahu banyak perkara jadi pasangan hidup anda mungkin akan rasa benda tu benda biasa yang anda buat.Anda takkan mampu tanya mereka banyak-banyak kali sebab mereka akan rasa anda ni bebal,membosankan sebab tanya benda yang sama banyak-banyak kali.Cuba bayangkan,anda tak kenal lagi ni pasangan hidup anda,kiranya nak bercinta selepas nikahlah ni..Lepas nikah,anda tanya mereka macam-macam dan saling bertukar-tukar LIKES and DISLIKES dengan dia:

  • Awak lahir dekat mana yang dulu?Saya lahir dekat Gurun..
  • Awak,kalau saya masaklah,kan,,Awak paling suka saya masak apa?
  • Awak nak saya kejut awak pukul berapa?Boleh saya set jam?
  • Awak ni jenis yang macam mana?Maksud saya,apa yang awak tak suka isteri/suami awak buat?
  • Boleh saya tahu warna kegemaran awak?Saya suka warna putih melambangkan kesucian.
  • Boleh saya tolong awak?Apa-apa je??
Kan rasa macam ada topik untuk kita bualkan dengan dia?Anda tak rasa ke apa yang saya rasa?Rasa macam kita akan berusaha untuk membahagiakan seseorang yang baru kita kenal dalam hidup kita dan berusaha untuk mengenali diri kita.Saya sedang merasakannya..
 
Lagi satu..kenapa saya menyarankan anda bercinta selepas nikah?Kerana ya.,kerana,,kita mahu mencari keberkatan!Kaf baa roo kaf alif taa nun!KEBERKATAN dalam kehidupan.

Bukan saya nak kata orang yang bercinta sebelum nikah ni tak dapat keberkatan,cuma apabila kita asyik bercinta sebelum nikah ni ,fikiran kita,jiwa kita banyak kali akan dilalaikan dan dipesongkan oleh agen-agen laknatullah iaitu Syaitan dan hawa nafsu yang degil.Ingat!Anda dok fikir pasal kekasih anda dan bayangkan yang bukan-bukan dengannya juga adalah zina hati!HARAM hukumnya..


Banyak aktiviti yang kita boleh buat lepas nikah.Kalau bercinta sebelum nikah ni kan,banyak ranjau duri onak belukar semua.Lepas tu bergaduh rasa nak pukul dan belasah je kekasih kita tu tapi tak dapat sebab hukum agama kata HARAM sentuh bukan mahram!Kalau lepas nikah,anda boleh main hempuk-hempuk guna bantal lembut bila gaduh.Takde kerje betul!! tapi...Kan sweet tu? Dan lain-lain aktiviti lagi..

Banyak sangat masa yang kita dah luangkan untuk dia masa bercinta dulu-dulu.bercinta gila-gila dan takde yang tak gila punya..Jadi,lepas nikah nanti,takut juga rasa kosong gila-gila pulak..Aku tengok muka kau,kau tengok muka aku..Kosong juga rasanya sebab dua-dua mati bicara nak cerita pasal apa..

Tapi jodoh itu rahsia ALLAH..Jodoh kita,kita jaga dan kita berusaha kekalkan kebahagiaan dan memorinya..Insha'ALLAH,berkekalan.Ada je yang dah bercinta 10 tahun dan nikah..Berkekalan juga..Dan ada juga yang nak Islamik sangat-sangat bercinta selepas nikah tetapi tak sampai setahun dua tahun,bercerai pula..

Semua ini ketentuan ALLAH SWT.Dan kita juga mesti sedar bahawa ini semua adalah qada' dan qadar ALLAH SWT.Semuanya bergantung kepada diri kita dan pasangan kita juga.Jadi jangan terpengaruh sangat dengan entry ni,ya!

Itu sahaja yang saya nak katakan hari ni.Sekian,,selamat bercinta selepas dan sebelum nikah..

Thursday, December 20, 2012

What You Give,You Get Back!

ISTILAH WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK!

The people will treat you just the way you treat them! Ini adalah satu fakta.Manusia harus sedar bahawa diri mereka sendiri adalah punca dan faktor bagaimana manusia sekeliling mereka akan melayan mereka selepas ini.Jika seseorang manusia itu bersikap dengan sikap positif,dan dia mempunyai adab,sopan-santun serta tatasusila yang tinggi di hadapan khalayak ramai,masyarakat akan pasti melantunkan semula apa yang dia lakukan kepada mereka.

Manusia tidak lepas dari sikap ego. Ke mana-mana sahaja mereka pergi,mereka harus bijak menyesuaikan diri dengan sekeliling mereka.Jika mereka bijak melayan orang lain,orang lain akan menghargai apa yang mereka tunjukan dan lakukan terhadap diri mereka.

Analoginya mudah,jika anda membaling batu kepada orang lain,adakah anda kira orang lain akan membalas perbuatan anda dengan senyuman ataupun ucapan terima kasih secara tiba-tiba?Tidak bukan.Begitu juga seandainya anda bersikap angkuh dan sombong.Tiada sesiapa yang akan menghormati anda.

Kita boleh melihat sikap semula jadi orang di sekeliling kita dengan hanya melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran.Kita sendiri harus sedar semua ini:


  1. Orang yang menghormati diri sendiri akan mampu menghormati diri orang lain.Rumusannya mudah! Orang yang tidak menghormati diri sendiri mempunyai akhlaq yang buruk!
  2. Orang yang menyayangi diri sendiri mampu untuk menyayangi orang lain.Rumusannya mudah, jika dia tidak menyayangi dirinya sendiri,bagaimana dia mampu untuk memberikan kasih sayang kepada orang lain?
  3. Orang yang suka kepada kebaikan akan mampu melakukan kebaikan. Rumusannya mudah,jika seseorang cinta akan kebaikan,dia tidak akan menjebakkan diri kepada perkara yang haram dan jahat!
  4. Orang yang sombong dengan Tuhan akan berlaku sombong dengan orang lain.Rumusannya mudah,jika seseorang itu terlalu sombong dengan apa yang dia ada mahupun dengan semua pencapaian yang dia miliki,ini akan menyebabkan dia lupa bahawa yang meminjamkannya semua itu ialah ALLAH,Tuhannya!
  5. Orang yang menghargai diri sendiri,dapat menghargai orang lain.Rumusannya mudah,hanya orang yang tahu menghargai diri sahaja mampu menghargai diri orang lain.
  6. Orang yang meninggalkan solat akan meninggalkan banyak kewajipan dalam hidupnya!Rumusannya mudah,seseorang itu akan meninggalkan solat,iaitu tanggungjawab terbesar dalam hidupnya apabila dia merasakan perkara yang wajib itu kecil!
Oleh itu,kita mesti sentiasa belajar untuk menyayangi diri kita sendiri! Utamakan kepentingan diri kita dahulu!Tidak salah berkorban cuma kadang-kala jangan jadikan pengorbanan kita itu satu tindakan yang disusuli kebodohan. :)

Kembalilah semula kepada Hadith dan Al-Quran!

Semua ini adalah berpunca daripada diri sendiri.Maka,dengan tepatnya,apa yang anda lakukan ke atas diri sendiri adalah cerminan, apa yang akan orang lain lakukan kepada anda.

Jika ada orang yang bersikap negatif di sekeliling anda,anda cuba lihat,adakah dia mempunyai ciri-ciri terkutuk mahupun terpuji seperti di atas?Adakah dia seseorang yang berkaliber dan bersemangat dengan kehidupannya?Jawapannya ada dalam diri mereka dan diri kita sendiri.Sekadar memantapkan jati diri,wallahu'alam.

Wednesday, December 19, 2012

Masih Belajar,Tapi Sudah Jatuh Cinta??

Jiwa manusia ini selalu bergetar dan membisikkan kata-kata indah untuk diri sendiri.Ada saat jiwa kita memujuk untuk kita mengerti soal hati yakni cinta.Ada saat pula kita dibisikkan oleh jiwa dan naluri untuk jatuh hati atau mudah dicuri hati oleh insan bergelar manusia lain.Fitrah seorang manusia itu mahu menyayangi dan disayangi oleh orang lain.Namun awas,jika kita gagal mengawal perasaan ini,kitalah hamba kepadanya suatu saat dan mungkin selama-lamanya.

Saya seorang muslimah yang juga mempunyai naluri ini.Berkali-kali hati memujuk untuk menyuarakan apa yang ada di dalam hati. ALHAMDULILLAH.. Berkat kesabaran dan pesanan serta nasihat daripada seorang insan yang banyak mengambil berat akan diri saya,saya selalu mengingatkan diri saya untuk menyimpan perasaan ini kepada insan yang selayaknya andai panjang umur dan murah rezeki.Tahun depan,saya akan menduduki SPM,jadi jelas,saya akan melupakan soal hati dan perasaan ini.

ALLAH memberikan kita naluri,hati dan perasaan.Itu adalah satu kepastian.Ia sebenarnya adalah anugerah yang terindah daripada ALLAH SWT kepada setiap manusia di dunia.Haiwan pun mahu dibelai dan disayangi,apatah lagi manusia?Ramai sahabat saya dan juga adik-adik di bawah usia saya yang bertanya,benarkan saya tidak pernah memendam perasaan kepada mana-mana muslimin sepanjang usia saya ini? Jawapannya kekal sama sepanjang 16 tahun usia kehidupan ini,ya, ALHAMDULILLAH,tiada.Kenapa dan bagaimana ia jadi sebegini?Saya juga tidak tahu.Bukan kerana saya ini lesbian atau apa,cuma,perasaan itu memang sudah tidak wujud sekian lamanya.
Apa yang boleh saya katakan,saya juga seperti anda.Berharap satu saat nanti saya akan dikurniakan jodoh terbaik pilihan keluarga mahupun pilihan diri ini untuk diri saya sendiri.Siapa dia..Di mana dia berada..Apa pekerjaannya..Saya pun tidak tahu..Sudah pasti saya tertanya-tanya dengan soalan seperti ini yang sering ditanya oleh hati dan perasaan saya sendiri.Apa yang mampu,saya hanya akan berpesan kepada diri saya sendiri,jika mahukan jodoh terbaik,jadilah insan yang baik terlebih dahulu kerana janji ALLAH itu pasti..Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik ialah untuk wanita yang baik.

Jika saya dan seandainya saya gagal memilih jalan hidup yang sempurna dan baik untuk masa hadapan saya,bagaimana saya mampu untuk merangka kehidupan yang selamat dan berkualiti pada masa hadapan. Oleh itu,saya nekad mahu mengejar cita-cita terlebih dahulu dan berjaya dalam kehidupan.Kemudian,saya perlukan sedikit masa untuk membalas jasa kedua-dua orang tua saya terlebih dahulu,meringankan beban mereka dan membantu mereka mana yang perlu.Seterunya,mencari pekerjaan dan menguatkan ekonomi sendiri.Selepas itu,andai ada jodoh,,nak kena bernikah dan sebagainya sekalipun atas pilihan keluarga,ana tak kisah.Asalkan,insan itu seorang yang:

  1. Berilmu dan berpengetahuan agama secara mendalam.
  2. Bertanggungjawab ke atas diri saya dan keluarga.
  3. Menyayangi saya dan keluarga saya.
  4. Menjaga saya dan keluarga saya.
  5. Melindungi saya dan keluarga saya.
  6. Ikhlas kepada saya dan keluarga saya.
  7. Rajin untuk membantu saya dan keluarga saya.
  8. Mempunyai status kewangan yang kukuh.
  9. Berkaliber dan cinta akan kanak-kanak dll..
Apabila kita mencari seseorang di dalam hidup ini,kita mesti ingat,dia bukan sahaja akan berkahwin dengan kita bahkan seluruh kehidupan kita termasuklah ahli keluarga kita.Jadi,pilihan dan kebijaksanaan perlu ada dalam diri kita bagi mengelakkan diri kita merana selepas tempoh yang seterusnya nanti.

Apa yang perlu bagi mengelakkan perasaan ini daripada terus mengganggu golongan pelajar yang masih dalam proses menuntut ilmu:

  1. Anda mesti mengingatkan diri anda,anda masih belajar jadi tugas anda adalah belajar,bukan mencari cinta
  2. Jika anda sudah terlajak perahu jatuh hati kepada mana-mana objek hidup(insan bergelar manusia),tidaklah salah dan berdosa.Cuma ia akan menjadi dosa apabila anda terlalu mengikutkan perasaan sehingga menjerumuskan diri ke dalam lembah zina.Zina hati,zina mata dan zina tangan.
  3. Ingatlah terlebih dahulu..Anda perlu membahagiakan kehidupan keluarga anda,terutamanya kedua-dua orang tua anda.Apalah yang akan anda dapat jika anda terlalu mengikut perasaan?
  4. Banyakkan mengadu kepada ALLAH SWT mengenai setiap masalah yang anda hadapi dalam kehidupan.
  5. Banyakkan melakukan solat sunat dan bertahajud.
  6. Banyakkan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan keuntungan kepada diri sendiri agar anda dapat melupakan soal hati dan perasaan itu.
  7. Cari tempat meluahkan perasaan yang betul.Luahkan perasaan kepada insan yang tepat,yang dapat meringankan beban perasaan, bukan menambahkan lagi.
  8. Bertadarus Al-Quran dan berpuasa.
  9. Banyakkan berdoa kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.
  10. Mendoakan insan yang kita sayang dan betulkan hati.Seandainya dia benar-benar jodoh kita,seribu tahun kemudian pun kita baru berjumpa dengannya semula,dia akan tetap jadi jodoh kita.Jika bukan,bukanlah..Kita kena reda..
ALLAH memberikan kita perasaan untuk kita berfikir apa yang ALLAH berikan itu adalah nikmat,bukannya satu kemudaratan seandainya kita bijak menghadapinya.Jadikanlah perasaan itu sebagai penguat semangat untuk menjadi seorang wanita dan muslimah solehah.Jangan pernah sesekali merasakan ia adalah beban kepada kehidupan dan apa yang akan anda lakukan sebentar ini.Tetapi,ia adalah petunjuk ALLAH,untuk anda berusaha dengan gigih.Selamat mencuba. :) Insha'ALLAH.

Cinta itu Fitrah..(kata-kata daripada seorang insan bernama MLHM)