Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, September 5, 2012

Kahwin, Dapat Anak,,Wajibke??

"Kak Teah,akak tak nak buat entry pasal cinta ke??Secret admirer akak ke?",ayat siapakah ini??Hehe..

ehm,bagi merealisasikan impian dan cita-cita kamu,nah,akak sajikan entry ni khusus untuk kamu yang bergelar adik di sekolahku.
Cinta.Jujur,saya tidak percaya kepada cinta sebelum perkahwinan dan saya agak sukar dalam menerima insan yang saya cintai terlalu mendalam pada awalnya.

Ini adalah kerana,entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya jadi kuat dalam memegang satu pujangga yang disampaikan oleh Saidina Ali Karamallahu wajhah,katanya, "Cintailah kamu kepada seseorang itu dengan sekadarnya kerana boleh jadi dia menjadi orang yang paling kamu benci.Dan bencilah kamu kepada seseorang itu dengan sekadarnya kerana boleh jadi dia menjadi insan yang paling kamu cintai."

Jadi pada sisi pandangan saya,buat apalah saya nak menaruh harapan setinggi langit kepada lelaki yang belum tentu akan menjadi Raja di hati saya dunia akhirat.Saya hanya mampu untuk berdoa dan tawakal di samping mencari insan yang baik agamanya, tinggi pekertinya,bertanggungjawab dan menyayangi diri saya sepenuhnya.

Pesanan Ibu Buat Saya

WASIAT IBU SAYA NIH,,HEHE!!
Ibu saya selalu berpesan,dalam hidup ni,jangan pernah menjadikan orang yang kita cintai sebagai teman hidup kita kerana belum tentu dia dapat menjaga kamu sebagaimana kamu cuba melindungi dirinya.. Tetapi,carilah orang yang menyayangi diri kita kerana ia sudah pasti akan menjaga diri kita sebaik-baiknya.Nasihat yang berguna daripada ibu.Terima kasih.

Ibu juga pesan kepada kami adik beradik,kalau pasangan hidup korang tu pemalas,jangan nak bawak balik rumah ibu selalu,buat sakit hati je nanti! =_=.. yelah ibu..

Hakikatnya Pada Hari Ini 

Ada orang yang seawal usia 8 tahun dah berkahwin. Kalau di Malaysia, kanak-kanak bawah 18 tahun yang berkahwin mesti berhenti sekolah dan tidak boleh belajar di sekolah.Di Malaysia,orang-orang seperti ini dianggap mencipta kontroversi kerana berkahwin awal.Seawal usia 16 tahun sudah mempunyai anak.Susah,ke?

Bagi saya,salah pandangan masyarakat seandainya menganggap begitu. Allah SWT menciptakan hambaNya dalam keadaan fitrah di mana Dia meletakkan perasaan untuk menyayangi dan disayangi oleh insan berbeza jantina.Ia adalah fitrah manusia untuk seorang lelaki jatuh cinta kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.Yang jadi tidak betul itu adalah apabila yang lelaki jatuh cinta kepada kaum sejenis dan begitu juga yang perempuan jatuh cinta kepada kaum sejenis mereka.Inilah gejala-gejala LGBT.Biarlah dia kahwin,asalkan dia bahagia dan kita tidak perlua nak hina-hina..

Kahwin Awal.

Kahwin awal atau kahwin muda ini memanglah awal tetapi mesti ada syaratnya untuk bahagia.Janganlah anggap setiap insan yang kahwin awal itu bahagia andai tiada pengerasnya.Pengerasnya apa? 

Pertama sekali kenalah ada ilmu rumahtangga dahulu.Janganlah sebut nak kahwin depan ibu dan ayah andai beras dalam tong pun ayah yang belikan dan bagi kaum perempuan pula,mak yang tolong siangkan ikan.

Anda kira anda akan dapat bertahan lamakah hidup dengan pasangan yang tidak pandai dalam menguruskan tanggungjawab dan peranan mereka dalam rumahtangga ini.Alasan seperti saya cintakan dia.Saya yakin mampu bertahan untuk dirinya selama mana pun.Yelah tu,cukup tempoh expired,dia tinggalkan sahaja pasangan hidupya ibarat kais pagi makan maggi kais petang makan maggi.

Istilah ini sudah tidak boleh diguna pakai kerana kita dapat lihat kesannya dalam jangka masa yang panjang.Berapa ramai pasangan yang keluar masuk Mahkamah Syari'ah memfailkan cerai dengan alasan nafkah zahir dan batin tidak mencukupi.Anda kira semua ini akan terjadi seandainya pasangan daripada kedua-dua belah pihak memahami tugas dan tanggungjawab diri?Sudah tentulah tidak!

Kami Nak Cegah Zina


Alasan muda-mudi pada hari ini jika mereka mahu bernikah dalam usia 20an.Kami mahu cegah maksiat dan zina.Kami tidak mahulah orang pandang hina dekat kami apabila kami keluar berdua.Sebelum apa-apa perkara buruk terjadi,lebih baik mak dan ayah restu sahaja hubungan kami!

Amboi!Cakap kalah filem India.Dia anggap kahwin ni macam kontrak yang akan siap dalam tempoh satu setengah saat.Macam mana tu?

Nak kahwin kahwinlah!
Ibu dan ayah pun takkan halang anda dalam membina masjid impian anda tu,kan.Tetapi,yang nak jadi macam filem Qais dan Laila itu apabila ibu bapa sedar taraf kemampuan anak-anak mereka yang masih rendah. Ada anak yang tidak dapat berfikir secara cookly (masak-masak) dalam keadaan gelodak cinta.Mereka sudah hanyut dengan cinta mereka.

Tetapi,tugas ibu bapa di sini adalah memberikan didikan yang sempurna dan memberikan pengajaran kepada mereka.Saya tidak kata halang mereka,tetapi saya katakan apa tadi?Didik mereka agar mereka benar-benar bersedia dan tidak memandang perkahwinan ini sebagai hubungan kelamin semata-mata. 

Kahwin Tidak Semestinya Dapat Anak

Ini satu lagi masalah terbesar dalam masyarakat kita pada hari ini.Kepada ibu-ibu,bapa-bapa,bapa mertua dan ibu mertua sekalian,dan suami terutamanya. 

Dalam perkahwinan, anak itu bukanlah kewajipan. ALLAH bagi, itu ANUGERAH!
ALLAH tak bagi, mungkin ... ALLAH nak beri yang lain. :) Sesuatu yang baik, dan mungkin jauh lebih baik untuk kita.

Masalah yang timbul pada hari ini adalah apabila kaum isteri yang mungkin ada masalah dengan sistem peranakan ini diberikan satu tekanan ataupun diugut saya kira oleh suami,keluarga mertua dan orang lain dengan soalan maut sebegini,hai,tak ada anak lagi ke?

Ada pasangan yang sudah sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat cahaya mata.Ada pula yang seumur hidup tiada cahaya mata.Mereka ini bukannya golongan yang tidak berusaha tetapi mereka ini sebenarnya golongan yang mendapat ujian daripada ALLAH SWT. 

Saya katakan di sini bahawa anak juga ujian ALLAH SWT kepada suami dan isteri.Kita tidak boleh memberikan tekanan kepada kaum wanita yang tidak mengandung ini kerana mereka mempunyai satu jiwa yang lembut saya katakan di sini.

Wanita ini,apabila hatinya diguris,sampai mati dia akan ingat walaupun dia telah memaafkan kesalahan itu.

Sifatnya lembut.
Fitrah semua wanita yang sudah berkahwin mahukan anak sendiri .Yang belum kahwin pun sudah ada impian mahukan anak-anak sendiri.

Jadi cuba kita fikir,siapa lagi terseksa tiada anak?Orang yang akan mengandung atau yang menunggu dia mengandung?

Anak Adalah Anugerah ALLAH SWT
Anak hanyalah anugerah dan merupakan hadiah kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Saya katakan di sini bahawa anak itu ibarat hadiah daripada ALLAH SWT.
Ia adalah kuasa ALLAH SWT untuk mewujudkan janin di dalam rahim wanita ini tadi.Apabila ALLAH berkehendak pasangan ini untuk mempunyai cahaya mata,maka ALLAH akan jadikan.Sebab itu,kita tiada hak pun untuk minta kepada ALLAH saya nak anak lelaki tak nak anak perempuan ataupun kita pula yang pandai-pandai mahu menentukan susunan kelahiran anak kita mengikut jantina dari A-Z.Salah tu.

Mana yang ALLAH berikan,kita ambil dan kita syukuri.Andai takdir kita mendapat cahaya mata yang kurang sihat,jangan pula kita tangisi atau tidak redai.Ingat semula,itu adalah anugerah dan hadiah ALLAH.ALLAH tidak memberi hadiah yang buruk kepada hambaNya.Pasti ada hikmah dan rahmatNya di dalamnya.Jadi yakini bahawa anak itu tadi,ada kelebihan dan pasti ada kelebihannya yang tersendiri.
 

Wahai Suami,Mohonlah Maaf


Kepada golongan suami,dengarlah.Andai kamu pernah menyakiti hati isteri kamu dengan mempersoalkan kebolehannya untuk melahirkan anak dan memberikan zuriat kepada kamu,mohonlah maaf.

Andai kamu pernah menghina dirinya sungguhpun benar dirinya mandul,mohonlah maaf.

Andai kamu pernah membenci dan menjauhinya kerana dia tidak dapat memberikan kamu anak,mohonlah maaf.

Itu bukan hak kamu!
Bahkan kamu tidak layak diberikan gelaran suami mithali! Kamu tidak mengerti takdir ketentuan ALLAH.Sesungguhnya hati isteri kamu jauh terseksa tatkala dia dicemuh dan dihina di hadapan orang lain dan kamu diamkan sahaja.

Ada kes di sini,seorang suami yang sudah 11 tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai anak menyesal selepas dikurniakan anak.

Sebelum dikurniakan anak,dia menyatakan isterinya cacat,kurang satu sel, mandul dan membiarkan ibu mertua isterinya mencacinya di hadapan keluarga yang lain.Selapas 11 tahun berkahwin,ditakdirkan isterinya mengandung dan doktot mendapati rahimnya mengalami kanser.
 
Disebabkan memikirkan si suami lebih memerlukan anak selama ini,maka isteri meminta doktor merahsiakan penyakitnya dan menyelamatkan anaknya.

Selepas isterinya meninggal,selepas pembedahan bersalin,doktor menyerahkan bayi itu dan menceritakan keadaan isterinya. Alangkah menyesal suami ini tadi kerana tidak pernah menghargai isterinya.Sekarang,jagalah kau sorang-sorang anak tu! Nak sangat kan?
Emo Teah!
Wallahu'alam.