Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Thursday, May 31, 2012

Awas!!Kalimah ALLAH dibuang begitu sahaja oleh manusia!!


Setiap hari manusia akan memperuntukkan masa mereka untuk membaca surat khabar,majalah,text,artikal atau apa-apa sahaja bahan bacaan yang terdapat di atas muka bumi ini.Artikal,atau hasil tulisan para penulis di dalam surat khabar terutamanya kadangkala  menggunakan kalimah-kalimah suci seperti ALLAH,ALHAMDULILLAH dan lain-lain lagilah.Tidak salah sekiranya mereka menulis,kita membaca dan hayati.Tetapi,yang salahnya sekarang ni,,di manakah saya,awak,anda,kamu,mereka dan semua makhluk di atas muka bumi ini meletakkan surat khabar yang berisi kalimah-kalimah tauhid ini selepas mereka membacanya,ketika atau sebelum??Atas lantai?Dan selepas baca,kita nak buang katakan..kita recycle??Macam mana tu??Bukankah berdosa?

          Saya juga tidak perasan mengenai hal kecil tapi membawa kesan yang besar ini dahulu.Selepas seorang guru saya mengeluarkan fakta kes ini,baru saya tersedar!Aku turut serta dalam menghina nama Allah,Nabi dan lain-lain ketika aku menggunakan surat khabar dan mengrecyclenya..Berdosa!


          Bayangkan,kita buang je surat khabar tu,dan hati kita mati terus,tak terfikir yang kita turut mencampak kalimah-kalimah tauhid itu sekali.
 Bayangkan juga wanita-wanita termasuk saya yang mahu membalut pad(tuala dalam wanita) dengan surat khabar.Kita check tak selama ni surat khabar tu?Kot-kot ada pulak kalimah tauhid atas tu,elok sahaja kita buat balut benda kotor kita tu..

          Para peniaga nasi lemak,nasi dagang dan sewaktu dengannya yang menggunakan surat khabar sebagai lapik makanan jualan mereka?Bagaimana?Kemudian,kertas tu kita campak sahaja,ke dalam TONG SAMPAH!

          Surat khabar yang kita buat alas duduk tepi pantai,atas rumput,tepi sungai?Macam mana?Saya akui susah,,tetapi,kita kena bijak tanganinya.

 Terdetik di dalam hati saya.Bagaimana kalau kita suruh sahaja kerajaan haramkan penggunaan kalimah-kalimah suci Al-Quran dan Tauhid di dalam surat khabar yang bukan berbentuk keagamaan.Ialah,akan menjadi masalah pula kepada kita untuk asing-asingkan nanti sewaktu hendak recycle bukan?Bayangkan jelah,contoh cerita orang kena langgar,saksi tu kata.. “mangsa sempat melaungkan kalimah ALLAHU AKHBAR sebelum gas di dalam rumah meletup dan dia terkorban.”Muka surat lain pulak tulis “ALLAH akn balas perbuatan terkutuk itu..” atau,, “Saya bersyukur  kepada ALLAH atas kejayaan saya sebagai artis wanita popular..”.Tak ke susah-susah kita nak kena selak satu-satu dulu surat khabar tu.Alih-alih,kita campak sahaja kan,malas nak semak surat khabar tu,yang berpuluh-puluh muka surat…

Lainlah kalau surat khabar tu memang surat khabar agama.Kita pun tahu dah,nak lupuskan dekat mana,bukan tong sampah.

Hal ini  penting untuk kita renungkan.Nampak sahaja kecil,tapi besar sebenarnya.Kita dianggap tidak menghormati  ALLAH kan,kalau kita buat macam tu.Dan,kalau orang bukan Islam Nampak surat khabar tu ada kalimah tauhid terbuang sana-sini,bukankah mencemarkan imej umat Islam juga nanti.Renungkanlah..Wallahu’alam.