Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, July 26, 2013

Cerpen: Tuhan Sayang Padamu




            Abang menyeluk poket seluarnya yang sudah kelabu.Lusuh! Kelihatan zarah-zarah habuk berterbangan di ruang udara saat seluar itu dikibas oleh Abang. Tercampak sekeping duit syiling bernilai 5 sen dari poketnya. Abang mengutip duit itu di atas lantai kayu lantas mengeluh kecil dan tersenyum. Aku perhatikan sahaja,menanti aksi yang seterusnya.

            Perlahan-lahan kaki Abang yang tempang sebelah kanan menyusun langkah.Sakitkah, Abang? Pemikiranku yang masih seawal 5 tahun tidak dapat mentafsirkan keperitan hidup seorang abang sepertinya saat itu. Bagiku,setiap gerak langkah yang Abang aturkan adalah hiburan. Abanglah ayah,yang mencari ikan di lautan beribut. Abang juga ibu,yang sentiasa memasak untukku dan Angah serta Tiaw,kucing peliharaanku. Malahan,saat Aishah,sahabatku mendapat seorang cikgu perempuan yang garang di tadika,Abanglah yang mendidikku di rumah dengan sabar dan penuh kasih.

“Dah cukup RM 1000 ke duit Abang?”, soalku dengan nada gembira saat melihat abang memasukkan duit syiling 5 sen tadi ke dalam Salak,tabung ayam merahnya. Abang ketawa geli hati mendengar soalan separa matangku itu.Dia memberikan pula tabung itu kepadaku.

“Cubalah Khadijah goncang.Kuat tak bunyi dia?”, tangan kecilku pantas menggoncang-goncang tabung Abang. Berdentang-denting bunyi duit syiling berlaga sesama sendiri. Abang bangkit lalu mengemas baju-bajuku lalu menyusunnya dengan kemas di dalam raga rotan .“Nanti,duduk di rumah Atok Saga jagalah adab,ya.Ingat pesan abang, hormat semua orang di sana.Nenek, Mak Long..Faham?”, aku mengangguk tanda mengerti. Aku sayang sekali kepada abang,pasti aku mentaatinya.

            Sambil kami berjalan menuju ke rumah Atok Saga merangkap datuk saudaraku, Abang terus mengajarku soal agama secara ringkas. Setiap hari dia akan menyebut satu perkataan baharu untuk aku ketahui maknanya. Semalam kalimah iman, hari ini qana’ah. Selepas aku mencium tangan abang dan dia mencium pula dahi putihku, dia mengelus lembut pipiku.

“Abang ke laut dan ke kilang udang untuk mencari rezeki buat Khadijah dan Angah..Abang sayang Khadijah,ya.”, Khadijah tahu persis apa sayang abangnya itu.. Dia cukup tahu.ALLAH Maha Tahu.

            Abang Ngah melipat sejadah  lalu duduk di hadapan Abang. Minyak panas Afiat dicapai lalu dilumur pada telapak tangannya untuk diurut kaki Abang. Setiap kali selepas Ishak,pasti Angah akan mengurut kaki Abang. Dialah yang melembutkan tulang Abang yang bengkok. Angah jugalah yang mengelap darah Abang tatkala kaki Abang tersangkut dalam mesin pengisar udang dahulu. Selepas kejadian itu, Abang tidak bagi Angah ikutnya bekerja. Dia tidak mahu dan terlalu takut Angah sakit sepertinya atau ditimpa musibah yang lain. “Belajar macam mana?”, soal Abang kepada Angah. Tanganku mengusap-ngusap bulu Tiaw yang duduk di atas ribaku sambil memandang mereka.

“Alhamdulillah.baik Abang.Angah dapat 7A 2B periksa baru-baru ni.”,Abang tersenyum. Dia tahu,adik-adiknya bijak.
“Ada apa-apa yang kau sembunyikan daripada Along ke? Lauk ikan masin cili padi dan ikan asam tu tak habis hari ini. Suara kau pun Abang tak dengar. Kenapa? Cakaplah.”, Angah mati bicara.Dia menatap wajah Abangnya.Abang sangat memahami dan seolah-olah tahu isi hatinya saat itu. Tangan Angah terhenti mengurut Abang saat itu.

“Yuran periksa Angah RM300,Abang. Cikgu sudah tanya bila boleh bayar.”,sayu sahaja suara Angah.Aku tahu, dia tiada niat pun mahu membebankan Abang. Kami sendiri tahu seperti apa Abang mencari rezeki siang dan malam. Setiap hari ke laut menjadi nelayan.Pada waktu petang mengopek udang di kilang udang Ah Hwat. Berapa sangatlah duit gajinya setiap hari,apatah sebulan?

“Kenapa berdiam?Insha’ALLAH,Angah.Abang pasti akan usahakan. Nanti,biar abang jumpa cikgu. Abang katakan kepadanya hujung bulan depan Abang bayar,ya.Sekarang,belajar dengan tekun kerana ALLAH.”, Angah tidak mengeluh sedikit pun. Dia lebih risau perasaan Abang berbanding kemarahan pengetuanya.Kaki Abang diurut-urut lagi.Malam itu hujan turun lebat. Bumbung rumah kayu kami yang bisa melihat langit dari celah-celah lubangnya menitiskan air hujan yang banyak. Baju sekolah Angah ada yang basah kuyup. Abang terus menyimpannya di dalam plastik sambil memandang wajah Angah.

“Takpa, esok, Abang betulkan bumbung ni. Maaflah, Abang tak tahu bumbung ni bocor.Abang minta maaf,ya.”. aku masih ingat. Aku menatap wajah Angah dan melihat dia menangis dalam hujan.Dia terlalu terharu dengan kata-kata Abang.

“Tauke, boleh tak saya pinjam duit? Nanti, Tauke potong separuh gaji saya setiap hari.”, Tauke Ah Hwat menjeling. Ah! Macamlah dia tidak tahu Abang rajin bekerja dan tidak akan berdusta!

“Lu kerja sajalah.. Mana lu tau lu boleh bayar ka tidak hutang lu tu? Kalau gua bagi lu pinjam dulu, tiba-tiba esok lu mati,siapa mau langsaikan hutang lu? Gua rugi maa..”, sinis sekali kata-kata Tauke gemuk itu.Abang terdiam.

“Tolonglah saya tauke..Adik saya mahu PMR tahun ni.Duit itu untuk bayar yuran sekolahnya.”, Abang menebalkan muka meminta sebegitu sekali. Lama Taukeh itu berdiam diri.

“Okeylah,okeylah.. tapi lu mesti kerja sampai malam. Sama-sama dengan orang lain yang kerja malam. Apa macam? Mahu?”, Abang terdiam jadinya. Sedih bukan kepalang saat itu memikirkan keadaan adik-adiknya nanti..Siapa yang mahu menjaga mereka nanti?

“Mahu ka tidak? Kalau tak mahu lu minta sama orang lain sajalah.”, Taukeh Ah Hwat seolah-olah cuba mengubah pendirian Abang. “Eh taukeh.. Saya setuju.. Saya setuju. Asalkan saya dapat pinjam RM 200 tu,Taukeh.Terima kasih.”, jawab Abang pantas.

            Ingatanku masih segar.. Sudah seminggu Abang pulang lewat. Saat aku bangun daripada tidur,Abang sudah tiada di tempat tidurnya. Saat aku mahu tidur dan sudah terlelap, Abang pula masih belum pulang kerana bekerja lewat malam. Aku rasa Abang tiada lagi di rumah. Setiap hari Mak Long yang akan menjemputku ke rumahnya. Setiap hari jugalah Abang akan memasak seawal jam 4 pagi,bekal untuk Angah. Aku rindu Abang!
            Suatu petang, Angah menyidai baju di ampaian hadapan rumah. Aku menongkat dagu di tangga rumah memandang sahaja perbuatannya. “Angah, Abang mana?”, keluar sahaja soalan itu daripada bibir halusku,Angah tersenyum manis.

“Abang kerja Khadijah.Nanti, Abang balik.Khadijah rindu abang,ya?”, soal Angah,sahaja bertanya soalan yang sudah dia tahu jawapannya.Aku terus memasamkan muka ku.Rasa marah kepada Abang muncul kerana membiarkan aku sendirian selalu!

“Angah,Angah.. Khadijah benci Abang!Mak Long kata, Abang kita bekerja tak tentu masa,tidak fikir soal keluarga. Entah halal entah tidak duit yang dia dapat.”, Angah rasa dipanah kemarahan saat itu.Entah syaitan apa yang telah merasuknya saat itu sehingga dia rasa mahu menampar wajahku pun aku tidak tahu.

“Khadijah! Sampai hati kata macam tu dekat Abang.Kalau Abang dengar,kecil hati Abang.Kalau Abang tak kerja, kita tak makan,tahu tak?!”, Angah keras dalam nadanya saat itu.Jujur, aku ingat raut wajahnya yang marah kerana aku berkata begitu. Aku yang berasa takut menangis di tepi tangga dan dia membiarkan aku dengan pandangan tajam.

Tiba-tiba kelibat Abang muncul entah dari mana.Dia terus berlari mendapatkanku di atas tangga rumah.Tubuhku dipeluk. Aku tiba-tiba menolaknya kerana marah!Kerana Abang,aku dimarahi Angah! Abang terus terjatuh dari atas tangga ke bawah rumah. Kepala Abang terhantuk pada bucu tangga dan berdarah.Angah tercengang. Dia yang terlalu marah terus berlari dari bawah rumah menaiki tangga lalu satu tamparan mengenai tepat pada pipi lembutku saat itu. Tangisanku bertukar menjadi lebih kuat kini. “ANGAH!!”, Abang memekik melihat Angah buat begitu.

“Dari tadi Angah sabar dengan dia,Abang!”,Abang bangkit dan memegang kepalanya yang berdarah laju. Aku sedikit kesal melihat kedua-dua orang abangku yang berusia 18 dan 15 tahun itu menangis.

“Angah lupa,ya? Ibu dan ayah pesan apa? Khadijah ni amanah.Didiklah dia dengan kelembutan,bukan kekasaran.”, Angah menitiskan air matanya dengan laju saat itu kerana sedih tidak tertahan.Dia masih menatap aku tajam.Terlalu tajam.

“Angah tak suka ada orang hina Abang macam tu! Abang tak faham!”, dia mendaki anak-anak tangga rumah dan masuk ke dalam bilik air.Membasuh muka agaknya.

Abang mendekatiku dan memelukku.Aku jadi lembut hati dan memeluknya erat.“Dahlah tu.. Abang minta maaf ya,Khadijah. Khadijah tak sayang Abang ke?”, pujuk Abang saat itu dalam pelukannya.Aku terdiam dalam keselesaan dakapan Abang. Tiba-tiba Angah berlari ke luar dari bilik air dan mendapatkan Abang.
“Abang, Angah minta maaf.Angah minta maaf sangat-sangat.”, Angah kembali menangis.Susana jadi syahdu saat Abang menenangkannya.
“Abang yang salah ..Seharusnya,Abang bahagikan masa untuk adik-adik abang.Abang janji, abang takkan abaikan kamu semua lagi. Abang dah takkan kerja malam lagi lepas ni.”,Angah memeluknya lama.Terlalu lama dan Abang membiarkan sahaja.

Hari itu hari Jumaat.Abang sudah ke laut selepas menghantarku ke rumah Atok.Aku tetap terus memikirkan makna perkataan Alam Barzakh yang diajarkan Abang sebentar tadi dalam perjalanan kami. Aku diingatkan bahawa,semua orang akan mati. Ibu dan ayahku kini di alam barzakh,kata Abang.Kalau kita jaga hubungan kita dengan baik di dunia, ALLAH pasti jaga kita di alam barzakh.

            Aku melukis di atas kertas pemberian Angah.Angah tahu,aku suka melukis jadi dia rajin membelikan aku kertas lukisan setiap hari.Abang dan Angah sangat baik. Aku tidak mahu kehilangan mereka sampai bila-bila.Angah menjemputku pulang selepas balik dari sekolah di rumah Atok.Dia pulang awal kerana hari ini hari Jumaat.

 “Hari ni Abang masak ketam rebus kesukaan Khadijah, tau.”, kata Angah sambil memimpin tanganku.Apa lagi,melompat-lompatlah aku keriangan saat itu.Saat kaki dijejakkan ke dalam rumah,tidak semena-mena bau daun pandan menusuk hidung.Tegak bulu roma Angah saat itu dan teruslah dia teringat akan Abang.

“Mana Abang ni? Dah nak Zohor dah ni.Kenapa tak balik-balik lagi.”,Angah berdialog sendirian di tingkap rumah.Aku menanti Abang di tangga rumah seperti biasa dengan lukisan gambar aku, Angah dan Abang dalam peganganku.Aku tidak sabar-sabar mahu menunjukkan lukisan itu kepadanya. Tiba-tiba Atok Saga muncul dengan basikal tuanya.Angah yang sedang bersiap-siap terus menjenguk ke luar tingkap.

“Angah! Abang kau,. Nelayan jumpa mayat abang kau di tengah laut.Dia jatuh dari bot Ah Seong waktu memukat tadi.Mayat dia di masjid.Kau bawa adik kau ke sana lekas. Aku nak cari tukang gali kubur ni.”, Angah kelu lidah.Terasa tiada darah di otaknya sehingga dia merasa sejuk yang amat sangat dalam kepalanya kini.

“Khadijah, Abang dah takda.Abang dah meninggal.”,Angah mengulang kembali ayat itu.Dia menangis terlalu nyaring.

“Abang ke alam barzakh ke?”, soalku dengan jujur.Angah diam dalam sejuta perasaan saat itu.Dia terus mendukungku dan membawa aku ke masjid.Aku masih ingat, wajah Abang bagaimana. Matanya tertutup rapat seolah-olah tidur.Bibirnya tersenyum,semua orang kata begitu.Kaki Abang berdarah kerana tersangkut pada kipas bot selepas terjatuh.Aku pelik,kenapa Angah menangis kuat saat itu sedangkan Abang sedang tidur.Aku tidak mengerti apa-apa. Aku terus mengejutkan Abang.Aku mahu menunjukkan lukisan yang aku buat untuknya.

Angah memelukku dan berkata,“Abang tahu, lukisan Khadijah cantik sangat.”, TIDAK! Aku mahu Abang bangun dan melihatnya sendiri.Aku mahu Abang menyuapkan nasi lauk ketam hari ini.Abang, bangunlah.Khadijah mahu abang dukung Khadijah pulang ke rumah seperti hari semalam.

Ini kisah hidupku. Kisah mengenai seorang abang sulung bernama Muhammad Luqman Hakim.Aku tidak pernah mengerti erti mempunyai seorang ABANG sehinggalah apabila aku mula KEHILANGANNYA.
Abang,Khadijah masih terhidu bau baju Abang.


Sunday, January 13, 2013

Solat Taubat Tanda Hamba 'Muflis'

Fitrah Hamba Melakukan DOSA..

Jika ada seorang hamba ALLAH datang kepada anda dan berkata, 'Aku manusia yang bebas daripada dosa..Hidup ku tiada dosa..'Bunuh DIA!! Huhu!Gurau je..

Munafik tu!Mana ada hamba ALLAH yang hidup dekat dunia ni tanpa dosa melainkan dia tu tak baligh lagi.Tu pun dosanya akan ditanggung oleh ibu bapanya selagi dia belum akil baligh.



Fitrah manusia itu melakukan dosa.Walaupun dia sudah bertaubat dan insaf,dia mungkin akan melakukan dosanya lagi,berulang-ulang kali. Lepas buat solat taubat setelah melakukan satu dosa,kita buat dosa lain pula lain hari.Itulah membezakan kita dengah Tuhan.ALLAH tu Maha Sempurna. 


KITA HAMBA YANG BIASA MELAKUKAN DOSA.. 

Kita ni hamba yang banyak melakukan dosa,muka pun muka orang yang berdosa..Kalaulah ALLAH tetapkan dekat kita,sekali buat dosa,muka kita makin gelap makin gelap makin gelap,Rasanya,kita sendiri takkan mahu dan elakkan dosa tu dengan sebenar-benar elakkan.Yelah,kalau orang tengok nanti,kantoilah kan...Dosa kita diam-diam tu selalunya kantoi dengan ALLAH je..Maha Melihat! Ingat tu!




ALLAH tak kejam!Dia tidak mahu ada hambaNya yang merasakan diri mereka tersisih..Ada kelompok yang alim satu kelompok dengan orang-orang yang alim sahaja..Yang berwajah gelap muka pendosa satu kumpulan,,dengan kroni-kroninya..ALLAH masih sayangkan kita..

Jadi apa yang harus kita buat? Dosa ni macam kain yang kotor..Nak cuci kain yang kotor ni,kena guna sabun yang betul..kalau baju kotor sebab kena dakwat,sentalan kena kuat sikit,baru kotoran tu tanggal.. Samalah macam dosa..Kita kena cari langkah hapuskan dosa..

 Taubat nasuha dengan sebenar-benar taubat! Itulah langkah terbaik dan yang paling tepat!


SOLAT TAUBAT TANDA MANUSIA MUFLIS


Ada manusia yang merasakan bahawa hidup yang penuh dengan dosa merupakan tanda ALLAH benci kepada mereka. Sebenarnya mereka silap..


ALLAH sedang menguji mereka..ALLAH mahu melihat sejauh mana kita akan beriman dengan ALLAH walaupun setelah kita diuji dengan dosa dan perbuatan munkar.ALLAH tahu,hambaNya mampu untuk berubah,jadi Dia berikan ujian dalam bentuk diuji keimanan.

Kalaulah ALLAH tu dah tak pedulikan manusia,hambaNya..Dia takkan bagi kita rezeki..macam-macam rezeki..



Kita solatlah taubat kepada ALLAH dengan harapan jiwa kita akan bertambah-tambah tenang.Tanda hati kita ni,diri kita ni banyak dosa adalah kita buat apa-apa sahaja pun hati kita tak gembira.Kita makan pun rasa tak kenyang dan tak puas sebab rasa syukur tu kurang.

Kita kembali semula kepada ALLAH SWT agar hati kita ni kembali bersih.Ingatlah sesungguhnya kembali kepada ALLAH dalam bentuk menyembah ALLAH swt dan bersolat merupakan tanda kita sedang muflis.Kita rasa kita have nothing dalam tangan kita dalam diri kita.

Jadi,insha'ALLAH dengan melakukan solat taubat secara ikhlas kepada ALLAH SWT,kita seolah-olah sedang memohon pertolongan ALLAH dalam bentuk apa-apa jua sekalipun agar diringankan segala bebanannya.


Kalau kita nak minta tolong dengan seseorang,kita pasti akan minta sungguh-sungguh kan?Takkanlah kita minta macam nak tak nak je.

Begitu juga dengan ALLAH.Jika kita benar-benar rasa kita perlu dekat dengan ALLAH,ALLAH pun akan selalu ingat kita.Jadi,mintalah apa-apa jua daripada ALLAH SWT secara ikhlas.Insha'ALLAH,,Ianya akan dimakbulkan dan dipermudahkan..