Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Sunday, April 22, 2012

Hati Orang-Orang Tua Yang Merintih

      Sebut sahaja hari raya..Ramai yang akan teringat..flash back balik iklan-iklan hari raya,,lagu raya atau drama hari raya..Mak Ayah dok makan rendang ayam dan daging kat umah anak masing-masing.Ibu bapa mereka dok layan cucu-cucu yang tersayang main bunga api (bahan tembakau terlarang,,dont do this at home!), buat ketupat lemang apa bagai.Tapi anda rasa situasi serba meriah ni ada tak dalam mereka-mereka yang dok kat rumah tumpangan macam tu?Warga emas yang sememangnya mempunyai value yang tinggi dan sentimental value yang tinggi ni,apa agaknya yang depa dok pikiak kat sana walaupun suasana kat sana dah diubahsuai jadi sama macam keadaan rumah depa dulu-dulu?Depa gembira dak?hampa taukan,jawapan dia??Jawab dalam hati.



      Setiap tahun berapa ramai umat manusia golongan tua ni ditemui atau kita lihat mereka dok duduk termenung..kat tangga rumah,kat kedai-kedai makan,kat rumah jiran dia pun dia ada gak buat port kat sana..dan yang paling teruk kalau kita tengok diorang sorang-sorang je di Rumah-Rumah Titian Kasih,Titian Harapan titian Cinta ,titian tu dan lain-lain itian as long as dia ada kene mengena dengan rumah oranng-orang tua.Ni nak tanya,mana anak-anak depa yang depa dah tatang bagai minyak yang penuh bak kata pepatah, yang dah mereka bela dan jaga kebajikan dari kecik lagi tu dan,apa yang depa dok buat kat mak pak depa sampai mak pak depa dok termenung ja dok di situ?Awat?Rumah kene catu ka?Rumah hampa dah takda bilik ka?Tak de bumbung ka sampai rumah orang-orang tua tu dibuat port letak dan simpan mak ayah hampa.




Berdosa!
       Kalimah tu sajalah yang nak saya sebut.Ibu bapa ni,,jangan ingat time jumpa,bersua je kita boleh buat dosa kepada mereka.Tulah fahaman masyarakat sekarang..Tak jumpa,takde lah aku dok buat dosa jumpa orang tua tu..Selamatlah aku dari fitnah anak derhaka di mata diorang,,ialah ,,lama tak jumpa,takdenya aku bergaduh ke,melawan ke,bertentangan pandangan dan pendapat ke,selamat apa daripada kalimah 'uququl walidaini (menderhakai ibubapa) tu?!
bayangkan ini wajah ibu kita,apa agaknya perasaan mereka sebenarnya selama mereka hidup dengan kita?





       Salah dek non oi..Tak jumpa pun kita dah buat dosa bahkan kadang-kadang lebih besar daripada dosa kita time jumpa dengan mereka.Ibu bapa ni,bila dah tua..dia kan mengharapkan semula anak-anak dia datang dan teman kan mereka sepertimana mereka menemankan anak-anak mereka masa kecil dahulu.Mereka mahu setiap kenangan yang ada dahulu tu,dikenang-kenang kan bersama-sama dan dicerita serta diungkit sebab bagi mereka itulah sesuatu harga tak ternilai.Mereka bukan nak duit hampa bila mereka kata 'Mak dengan pak nak dok umah hang.Boleh naa...' .Mereka bukannya nak hampa belikan depa itu ini begitu begini bila depa tanya 'Besar dak gaji kamu?'..Kadang-kadang,diorang cuma nakkan perhatian je.Itu je.Tapi kita?ADA KITA BAGI?tak mampu,babe.Kalau dengan hubby,bini,lovers kita,bukan main lagi berjanji itu ini apa bagai..dengan mak ayah kita?ADA?!takde kan??fikirlah.



Wanita..jika pasangan anda tu,lepas tangan je dekat mak dia,hati-hati..tak mustahil dia akan abaikan kamu sepertimana dia abaikan ibu mereka.Ingat!ALLAH ada pembalasan yang tersendiri.On air je selalu..Nak jadi si tangggang moden ke anak-anak tersayang semua?Takkan?Kalau tak nak buat cara tak nak jadia anak derhaka dan penuntut neraka.Status anak derhaka tu deletelah jauh-jauh campak masuk gaung.Jangan simpan satu sifat mazmumah tu dalam hati lama-lama sebab ia akan menjadi darah daging kamu sendiri!!



        Ingatlah..dulu kita ni nakal masa kecik-kecik.Tapi mak ayah kita tak marah dan merungut.Bahkan mereka ketawa lagi sebab rasa terhibur dengan kenakalan tahap melampau kita tu.Sampaikan,ibubapa kita jumpa ustaz minta air penawar lembutkan hati dengan harapan anak mereka jadi seorang yang berguna suatu hari nanti.Tapi kita,janganlah bila dah berjaya kita lupakan semuanya yang pernah dikorbankan dulu.Susah kita nak pujuk hati orang-orang tua kalau mereka dah merajuk.Time tulah kemuncak pengumpulan dosa kita kepada mak ayah dan ALLAH.



Nabi SAW pernah bersabda,mereka yang beriman merupakan mereka yang paling baik perbuatannya kepada ibu bapanya.


          Malulah kalau kita campak mak ayah kita ke hulu ke hilir takde arah tuju.Diorang tak pernah campak kita masa kecil dan menyusahkan dulu.Sedih mereka.Apa salah mereka?Takkanlah atas faktor tua,dah busuk,kerepot,kita nak buat aktiviti kejam macam tu?Tak wajar.Anak-anak semua,kita pernah buat salah dekat ibubapa kita,termasuk saya.Banyak.Tapi kita sesalilah dengan memohon doa kepada ALLAH agar ibu bapa kita sentiasa dilimpahi keampunan,kemudahan,kasih-sayang,keberkatan dan kebaikan dunia akhirat.Mudah-mudahan,doa kita diterima dan kita menjadi permata yang paling indah untuk ibu ayah kita.Insyaallah..
Jadi..
tak maulah hantar-hantar mak ayah pi rumah harapan ke,kenangan ke.Kita jagalah mereka pula.Ingat,,mereka pernah memberi dan kita menerima.Inilah masanya kita memberi dan biarkan mereka menerima sehingga hujung nyawa mereka.Buktikan,kita pun,sayang ibu dengan baba kita jugak!Ingatlah,rumah orang tua-tua bukan port mak ayah kita,fikir dulu sebelum buang!


Ibu baba,,kakyah sayang kamu !!


Wednesday, April 18, 2012

Aurat Muslimah,Maruah Mereka.

Umat Islam bergelar muslimah masa kini rata-rata masih tidak menyedari sebab-sebab ALLAH SWT menyuruh mereka menutup aurat.Apa yang ALLAH arahkan bukanlah bebanan untuk hambaNya jauh sekali menyusahkan!Apa yang ALLAH perintahkan adalah untuk kebikan umat manusia.Sekiranya manusia melaksanakan amar maruf dan nahi munkar ALLAH, insyaallah,keamanan dan kebahagiaan dalam genggaman.



“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Dari sudut pandangan pertama adalah mengenani auratnya.Puratanya,mereka yang tidak menutup aurat ni merupakan mangsa tegar dalam kalangan perogol di dunia ini.Lihatlah cara mereka berpakaian,,dok nampak tang mana??Kalau dah dia free-free pampangkan di khalayak ramai dan orang ramai lihat,jangan nak marah pula.Masa tu,sibuk nak tarik baju tu biar labuh sikit.

Kita kembali kepada topik.Wanita yang tidak menutup aurat ini sebenarnya sedang mendedahkan aset yang paing berharga mereka kepada orang ramai.Aset tersebut seharusnya dilihat oleh orang yang berhak sahaja yakni orang yang mahram dengannya.Sungguhpun nafsu lelaki itu ada satu,tetapi dia masih tidak boleh menahan jiwanya berbanding wanita!

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Setiap hari kita disajikan dengan cerita anak dara atau mak dara orang dirogol,diperkosa dan sebagainya.Kalau tak pun paling dahsyat akan diraba.Kenapa perkara ini berlaku?Apa puncanya?Setelah saya kaji saya perhati,saya dapati,semua ini berpunca daripa muslimah itu tadi.
         
Muslimah,tutuplah aurat sebaik-baiknya.Bukan atas dah tutup bawah masih tak sempurna.Ini tidak,,fesyen zaman sekarang yang semakin menjadi trend,tudung sudah dipakai tetapi baju mengalahkan sarung nangka.Ada yang berseluar jeans ketat,berbaju sendat dan sebagainya.Ini semua merupakan faktor-faktor kita menjadi mangsa rogol sebenarnya.Memang tidak dinafikan,kalau nak kena rogol tu,bertudung labuh pun boleh jadi mangsa tetapi,kita mesti ingat,yang terdedah ini lebih mudah ditebuk tupai.


ALLAH memerintahkan hambaNya menutup aurat untuk mengelakkan perkara-perkara inilah selain daripada mencegah maksiat seperti zina,dan fitnah.Seandainya semua muslimah menutup dan menjaga aurat mereka sebaik-baiknya, insyaallah, kes dan kadar rogol di negara kita ini akan menurun.Kenapa muslimah hari ni menjadi mangsa rogol?Kerana faktor inilah,,pemakaian,,tingkah laku,,akhlak dan keperibadian mereka itu sendiri,,

ada wanita dia dah elok dah tutup aurat,tetapi akhlak dia pulak spoil..

ada wanita dia dah elok-elok dah tutup aurat,,sempurna!tetapi,,mulut dia pulak spoil,,mengata orang tu,,mengata orang ni,,memang kenalah sebab apa?Kerana kesalahan diri sendiri juga..

Jadi wahai muslimah,,janganlah menyalahkan kaum lelaki semata-mata..mereka memang berdosa dan bersalah serta berdosa besar kerana melakukan perbuatan terkutuk itu..tetapi harus kita ingati,.,aurat yang sempurna itu tidak akan menggoda seseorang jika ia benar-benar terselindung di bawah lapisan yang tidak jelas keliihatannya..