Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, July 13, 2012

ALLAH Mengharamkan Ada Sebab!!

Sering manusia mempersoalkan.kenapa ALLAH suruh begini dan begitu?
Kenapa orang kafir boleh minum arak,makan khinzir dan sentuh anjing sedangkan kita umat Islam yang dah masuk abad ke-21 ni masih terperuk dan bagaikan katak di bawah temperung!
Kenapa?Islam ni,,agama yang kolot dan mengongkong hidupkah??

Jika kita pernah berfikir begitu,maka Tahniah!Kita telah ditipu dengan politik syaitan serta sekutunya.Bahkan,kita lebih buta daripa mereka yang buta dan bertongkat.Hakikatnya,Islam adalah agama yang jauh lebih advanced daripada agama-agama yang lain.Jika kita bandingkan Islam dengan seratus agama sekalipun,Islam tetap nombor satu.

ALLAH PERINTAHKAN KITA MENUTUP AURAT,WAHAI MUSLIMAH:

30)Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31)Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka.
  (petikan surah An-Nuur ayat 30-31)

Sudah jelas,ALLAH mengharamkan dan mencegah wanita-wanita itu daripada membukakan auratnya di hadapan mereka yang bukan mahram dengannya.
Ini adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita.Cuba kita fikirkan,dalam banyak-banyak agama,kenapa Islam je yang suruh umatnya menutup aurat.Adakah Islam ni tak moden?Tak bagi umat dia berhias?Bukan begitu sebenarnya.Sebaliknya,Islam adalah agama yang sejahtera seiring dengan maksudnya.Dan kerana kesejahteraannya itulah,Islam menganjurkan umatnya menutup aurat.
Kita lihat.Berapa ramai umat manusia di luar sana yang tidak menjaga auratnya dengan sempurna terjebak dengan pelbagai maksiat,jenayah dan macam-macam lagi.Kita lihat..Wanita yang mendedahkan aurat atau memakai pakaian yang mencolok mata begitu terdedah keapada risiko untuk dirogol dan diculik.

Kita lihat pula bagaimana perspektif seseorang itu terhadap mereka yang menutup aurat dengan sempurna?Bukankah sejuk saujana mata memandang dan tenang jiwa melihatnya.Jadi nyata.Allah tidak menyuruh kita menutup aurat agar kita ketinggalan.Sebaliknya,ALLAH mahu melindungi kita daripada macam-macam perkara buruk lagi. Beruntunglah kita ada Tuhan yang 'caring' gila macam ni!Awal-awal dia dah larang kita daripada mendedahkan aurat sebab tahu,apa yang akan jadi kalau kita ingkar.Innallaha yak'lamun wa antum la taklamun..

ALLAH MENGHARAMKAN KITA SENTUH ATAU MAKAN KHINZIR DAN ANJING:

Apabila ALLAH melarang kita daripa menyentuh dua haiwan ini dan memakannya,memang kita tertanya-tanya dahulu.Tapi kini,agak-agaknya,ramai yang sudah sedar kenapa ALLAH larang umat Islam ni menyentuh dan memakan binatang ni!ALLAH sayang lebih dekat kita rupa-rupanya..

Dahulu,ada seorang saintis barat ni membuat kajian mengenai khinzir.Dia mendapati terdapat banyak bakteria seperti cacing pada kulit khinzir dan isinya.Bahkan,selepas membuat pelbagai kajian bagaimana hendak menghapuskan kuman-kuman ini,saintis tersebut tidak menjumpainya.Saintis ini pernah mengambil sampel bakteria dan kuman pada khinzir ini dan memotongnya kepada tujuh bahgaian tetapi ternyata ia masih hidup dan aktif.Seterusnya,potongan kuman tadi ini dimasukkan ke dalam air panas yang mempunyai suhu yang sangat tinggi!Tetapi ternyata ia tidak mampu dibunuh.

Akhirnya,Saintis ini mengkaji cara umat Islam.Dia berasa pelik,kenapa dalam Islam tidak boleh pegang babi dan memakannya.Dan Islam juga menganjurkan ummatnya untuk menyertu(basuhan 7 kali air.6 kali air tanah 1 kali air mutlak.) seandainya menyentuh haiwan tersebut.Lantas,terdetik hati saintis ni tadi untuk mencuba,meletakkan kuman-kuman tadi ke dalam air bancuhan tanah.Alangkah terkejutnya dia apabila semua kuman itu mati!Jelas!ALLAH advanced betul dalam langkah menghapuskan kuman yang sekecil zarah tu tanpa menggunakan sebarang alat untuk mengkaji.Saintis tadi pun terlalu takjub dengan kebesaran ALLAH lantas memeluk Islam.
https://www.youtube.com/watch?v=jMNZN8sOOX4

Ternyata,kuman yang ada pada kulit dan isi khinzir ini berbahaya dan sukar untuk mati.Pendek kata,tubuh kita tidak akan mampu untuk menghapuskan kuman dan bakteria pada makanan berasas khinzir ini seperti makanan-makanan lain yang boleh dihapuskan kumannya dengan gastrik jus dalam perut dan sebagainya.Sebab tu ALLAH larang kita makan benda alah tu.Apatah lagi sentuh pun tak boleh.Susah-susah je!



Lepas tu,kita tengok pula sekarang ni.Bahaya H1N1 yang tersebar mengalahkan berita daripada mulut seorang wanita.Ini pun tandanya,yang khinzir diharamkan dalam Islam sebab ia banyak keburukan dan membawa masalah dari segi kesihatan dan penyakit bahaya bahkan berjangkit pula!

Hebat kan! ALLAH haramkan kita sebab ALLAH dah tahu!

Jadi,soal anjing pula,kita jangan persoalkan kenapa.Air liur anjing pun dan ada virus.Kita tak kaji lagi isinya dan lain-lain.

ALLAH HARAMKAN MINUM ARAK!

Bila ALLAH larang minum arak,ramai pula yang minum arak.Alasan nak enjoy,berhibur dan lain-lain lagi.Apa masalah mereka ini?Nak kata buta tidak,pekak pun tidak.Arak,dalam Al-Quran pun menyatakan bahawa lebih banyak keburukan arak ni berbanding kebaikannya.Cuba kita bayangkan satu situasi ni.
Seorang pemuda ni diberi pilihan.Dia diberikan 4 objek,,wanita,lelaki,pisau dan arak.Apabila dia memikirkan,dia tidak akan berzina dengan wanita itu,dan dia tidak akan mengambil pisau itu untuk membunuh lelaki tadi.Maka dia memilih arak lantas meminumnya.Apa yang terjadi?Dia telah mabuk dan berzina dengan wanita tadi.Apabila dia takut lelaki tadi menjadi saksi penzinaannya,lantas lelaki tadi dibunuh dengan menggunakan pisau.Jelas!Arak mendatangkan masalah dan punca masalah.Masalah yang akan timbul terlalu besar!

ALLAH menurunkan sesuatu itu sebagai ujian.Kita tahanlah dan jangan banyak songeh.Ada sebab ALLAH larang kita.ALLAH menguji kita sama ada kita beriman dan bertaqwa dan adakah kita mampu melawan nafsu daripada memakan makan-makan terlarang ni.Kita sebagai orang yang tahu agama,bertaqwa dan berimanlah.Laksanakan mana yang mampu bukan setakat yang mampu!Walahu'alam...

No comments: