tapak kakiAdam |
Pada suatu ketika,ALLAH SWT telah memerintahkan malaikat Jibrail as untuk turun ke bumi dan mencari tanah yang akan dijadikan bahan untuk menciptakan Nabi Adam as.
Akan tetapi,ketika Jibrail sampai ke bumi,bumi enggan membenarkan Jibrail untuk mengambil tanahnya kerana ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan manusia kerana khuatir kelak Adam akan menjadi maksiat kepada ALLAH SWT.
Akan tetapi,ketika Jibrail sampai ke bumi,bumi enggan membenarkan Jibrail untuk mengambil tanahnya kerana ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan manusia kerana khuatir kelak Adam akan menjadi maksiat kepada ALLAH SWT.
Lalu Jibrail kembali kepada ALLAH SWT dan memberitahu apa yang terjadi.Kemudia,ALLAH SWT memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi untuk maksud yang sama.Namun,bumi masih tidak mahu membiarkan tanahnya diambil untuk mencipta Adam as.
Lantas,ALLAH menyuruh malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah tersebut tetapi sekali lagi bumi tidak mengizinkan.
Akhirnya,ALLAH memerintahkan agar malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah.
kata ALLAH "Hai Izrail,engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah tersebut.Meskipun bumi bersumpah dengan ucapan bagaimana pun,jangan engkau mundur!Katakan bahawa,kerajaan atas perintah dan atas nama Ku!"
Tanah Babylon |
Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi,maka ia "Hai bumi,Ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah ALLAH SWT dan atas nama ALLAH.Jika engkau ingin membantah pekerjaan ini,bererti engkau ingin membantah perintah ALLAH SWT dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada ALLAH,bukan?"
Mendengar kata-kata Izrail,bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.Ini menunukkan,bumi sendiri segan untuk menerima manusia kerana kehinaan kita.Jadi,apakah masih kita mahu membangga diri?
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah dia ke hadrat ALLAH.
ALLAH berkata, "Wahai Izrail,pertama,engkaulah yang aku tugaskan untuk mengambil tanah buat mencipta manusia,dan kemudian,engkau jugalah yang aku tugaskan untuk mencabut roh manusia nanti."
Bukit Thursina |
Izrail berkata, "Jika demikian,hamba khuatir sekiranya pekerjaan hamba ini dibenci oleh anak-anak Adam as."
ALLAH berkata, "Tidak!".. "Mereka tidak akan memusuhi engaku,wahai Izrail.Aku yang mengaturnya lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.Sebab terbunuh, terbakar,sakit dan sebagainya." . Menurut keterangan para Ulama', antara tanah yang dijadikan asas penciptaan Adam a.s. seperti yang berikut:
Tanah Thaif |
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Maqdis(Palestin).
- Tanah Bukit Tursina.
- Tanah Iraq.
- Tanah Aden.
- Tanah Al-Kautsar.
- Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
- Tanah Paris.
- Tanah Khurasan.
- Tanah Babylon.
- Tanah India.
- Tanah Syurga.
- Tanah Thaif
Berkata Ibnu Abbas:
- Kepala Adam as dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak manusia dan di situlah tempat akal.
- Telinganya dari tanah Bukit Tursina,kerana tanah ini tempat menerima nasihat dan alat mendengar.
- Dahinya dari tanah Iraq,kerana di situ tempat sujud.
- Mukanya dari tanah Aden,kerana di situ tempat berhias dan cantik
- Mata dari tanah Al-Kautsar ,tempat menarik perhatian.
- Giginya dari tanah Al-Kautsar juga,kerana tempat manis-manis.
- Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
- Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
- Kemaluannya dari tanah Babylon.Di situ tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
- Tulang dari tanah Bukit Thursina kerana alat peneguh tubuh manusia.
- Tulangnya dari tanah India,tempat berdiri dan jalan.
- Hatinya dari tanah Syurga Firdaus,kerana di ditu tempat iman,taqwa,ilmu kemahuan dan sebagainya.
- Lidahnya dari tanah Thaif,tempat mengucap dua kalimah syahadat,bersyukur dan mendakan kepada ALLAH SWT.
Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment