Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Saturday, July 14, 2012

Balasan Kepada Abu Salih,Isterinya 'Buta','Pekak' dan 'Cacat'.

ABU SALIH YANG SOLEH

                Pada zaman dahulu,ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Pendek kata,akhlaknya begitu terpuji sehingga disegani oleh sesiapa pun dan namanya menjadi sebutan.Beliau tinggal di sebuah kota kecil yang berhampiran dengan sebuah kota Jilan,di Parsi.Menurut riwayat,Abu Salih Jangi Dost ialah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a. iaitu cucu kepada Nabi Muhammad SAW.

                Abu Salih ialah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat,ilmu pengetahuannya amat luas dan dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia.Setiap hari dia suka duduk di tepi sebatang sungai sambil memikirkan kebesaran ALLAH SWT.

                Pada suatu hari,sedang Abu Salih duduk di tepi sebuah sungai,tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal yang hanyut di atas permukaan air sungai itu.Ketika itu,Abu Salih belum memakan apa-apa lagi sebagai alas perut dan dia begitu lapar.Lantas,dia mengambil buah epal itu dan memakannya.Baru sedikit sahaja buah itu dimakannya, tiba-tiba si Abu Saluh ini tersedar akan kesalahannya.Dia telah berbuat dosa kerana memakan makanan yang bukan daripada haknya sedangkan buah epal itu adalah daripada pokok hak milik orang lain. Cuba kalau kita yang makan buah tu,agak-agak,kita fikir tak buah tu milik siapa?Kalau terfikir pun,kita akan cakap macam ni,, “Ya ALLAH,, buah sapelah ni,,Rezeki betul tengah lapar macam ni!”.
 
                Oleh kerana Abu Salih ni merupakan seorang yang sangat beragama,dia rasa tak senang hati dan berdosa kepada ALLAH kerana memakan buah itu tanpa meminta kebenaran.Dengan tidak membuang masa,Abu Salih ni pun terus mencari pemilik buah epal ini tadi.Dia berjalan mudik ke hulu merentang arus sungai itu.Dia benar-benar ingin meminta maaf kepada pemilik buah epal itu  dan meminta agar buah tadi dihalalkan.

                Setelah sekian lama mencari ,tiba-tiba dia ternampak sebatang pokok epal dan dahannya terjuntai masuk ke dalam sungai itu.Setelah dilihatnya pokok itu,dia yakinlah bahawa pokok itu adalah asas buah epal yang dimaknnya tadi.Abu Salih pun dengan rasa takut kepada ALLAH dan pemilik epal itu terus berjalan mencari pemilik epal itu.

                Didapatinya,ada sebuah rumah yang berdekatan di situ.Rumahnya sederhana besar sahaja.Kerana mengesyaki rumah itu adalah rumah pemilik kepada epal tadi,maka dia segera menuju ke rumah itu dan berjumpa dengan pemiliknya.Rumah itu sebenarnya adalah milik Abdullah Sawmai,seorang wali yang sangat terkenal.

                Setelah memberi salam dan menerangkan tujuannya ke situ,Abu Salih meminta maaf yang tak terhingga kepada Abdullah Sawmai,Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya.Dalam hatinya,Abdulllah Sawmai berpendapat, Abu Salih ialah seorang pemuda yang sangat baik dan mulia hatinya.

                Namun begitu,Abdullah Sawmai telah menetapkan syarat kepada Abu Salih.Jika dia ingin dimaafkan,dia mesti mematuhi syarat yang diberikan.Syaratnya ialah,dia mesti tinggal di rumah Abdullah Sawmai selama 12 tahun .Wali itu sebenarnya sengaja mahu menguji keimanan dan ketaqwaan Abu Salih ini tadi.Abu Salih yang lurus ini tadi bersetuju dan sejak dari hari itu,dia tinggal di situ dan membantu wali itu membuat kerja-kerja seperti menjaga ternakan.

                Setelah dua belas tahun,dia berjumpa dengan wali itu dan mahu meminta diri untuk pulang ke kampung halamnnya.Sebaik sahaja dia meminta maaf Abdullah Sawmai berkata. 

‘Aku sedia memafkan kamu tetapi kamu mesti berkahwin dengan anak gadis ku yang buta,pekak dan cacat.’
Abu Salih merasakan betapa beratnya hukuman  yang menimpa dirinya tetapi ia menganggap bahawa itu adalah ujian daripada ALLAH SWT . Abu Salih mahu dosa diampunkan maka dia bersetuju dengan syarat itu juga.           
                
                  Setelah mereka dinikahkan,dia amat terkejut kerana ternyata isterinya itu tidak buta,pekak dan cacat.Bahkan,seumur hidupnya,dia tidak pernah melihat wanita secantik dan seanggun itu.Suatu hari,dia mendapatkan ayah mertuanya lantas bertanya. 

‘Wahai ayah,kenapakah engkau mengatakan kepada ku dahulu bahawa anakmu buta,pekak dan cacat,sedangkan dia begitu sempurna?!’. Abdullah Sawmai tersenyum dan menjawab dengan tenang.

“Sesungguhnya,aku menyatakan bahawa dirinya buta kerana dia tidak pernah melihat orang lain selain daripada ayahnya sendiri.

Aku menyatakan bahawa dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata nista.

Dan aku katakana dia cacat kerana dia juga pernah melakukan dosa.” 

Abu Salih tersenyum tenang.Ini adalah balasan kurniaan ALLAH SWT kepada dirinya berkat kesabarannya.Abu Salih telah hidup bahagia di samping isterinya,Ummu Khair Fatimah dan ayah mertuanya.
 

Lihatlah,betapa besarnya ganjaran yang akan ALLAH kurniakan kepada hambaNya yang bersabar dengan ujian!Kita ambillah kisah ini sebagai teladan dan batu loncatan untuk kita lebih bersemangat lagi dalam melakukan dan menegakkan amal kebaikan.
Sekadar renungan,Wallahu’alam..

No comments: