Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, July 20, 2012

Semua Pekerjaan Yang Halal itu Mulia.. :)

Alhamdulillah,selagi hidupan ini masih ada untuk kita,kita sebenarnya berada dalam rahmat ALLAH SWT,Insyaallah.

Semalam,mungkin gaji ayah kita sekadar RM200-300 sahaja,tetapi,mungkin hari ini,gaji mereka sudah meningkat.Ada pula,yang gaji ayah mahupun ibu mereka tidak berubah dan kekal sama sahaja. Hinggakan,ada anak-anak yang malu dengan pekerjaan ibu bapa mereka sendiri!Kenapa?Terasa hina atau rendah dirikah mereka?

"Ayah saya mungkin seorang nelayan..Buruh di kampung kecil..atau seorang pengutip sampah atau tukang sapu.Tetapi itu semua bukanlah penghalang untuk saya dan buat saya dalam menuntut ilmu pengetahuan agar menjadi seorang yang lebih baik!Bahkan,pekerjaan mereka bukanlah satu faktor untuk saya genggam sebagai pegangan dan menyatakan kepada semua orang,Aku si miskin yang hina dan tidak berharta..".

Secara fitrahnya,setiap anak mahukan ibu bapa mereka menjadi seseorang yang mereka mampu untuk banggakan.
Setiap anak itu mahu ibu bapa mereka menjadi perbualan orang ramai kerana pangkat yang mereka dan ada.
Tetapi,hakikatnya di sini..ada sesetengah anak-anak yang lupa bahawa pekerjaan sekadar mencari Rahmat di sisi ALLAH dan mencari nafkah untuk mereka membesar dengan sempurna.Bukan sebagai buah mulut untuk dibanggakan atau kata caci untuk disebarkan.

Kita Lihat,betapa ramai anak-anak pada hari ini begitu malu untuk berkongsi dengan rakan-rakan di dalam kelas mereka mengenai pekerjaan sebenar ibu bapa mereka.Bahkan,ada yang menipu mengenai status pekerjaan ibu bapa mereka.Kenapa mesti malu?Bukankah dengan bekerja ibu bapamu mampu untuk menyara keluarga besar mereka!Dan dengan hasil pekerkjaan titik peluh itu membuatkan engkau bergelar manusia?Fikirkanlah.
 
Betapa ramai ibu bapa yang terlalu sibuk membanting tulang bekerja di sawah padi dan menoreh getah?Hasilnya,penduduk bumi dapat menikmati nasi dari beras..Malukah kamu dengan pekerjaan mulia ini?? Ibu bapa kita seorang penyelamat dunia!

Ayah kita seorang nelayan di laut dalam,..Mencari hasil laut,sumber protein masyarakat dunia..Dengan bertemankan jala,pengaut dan bau hanyir ikan.. Sedangkan,ramai lagi yang bekerja dengan baik di tempat yang harum,kering dan selesa..Ayah kita?Bergelumang dengan lautan yang deras airnya dan kuat ombaknya! Bila-bila masa sahaja nyawa mereka dipertaruhkan begitu sahaja.
Malukah kita?? Ayah kita seorang hero!! 

Ayah ibu kita seorang jaga atau pak guard di sekolah mahupun di mana-mana sahaja institusi atau bangunan..Siangnya berteduh panas,dan malamnya,menegangkan mata yang layu menahan mengantuk..Kadang kala,ayah kita megejar orang yang mahu merompak atau memecah masuk ke dalam premis..Ada kala,ayah kita berlegar-legar di kawasan premis tersebut sambil ditemani cota pada tangan dan kesejukan malam..Malukah kita lagi akan pekerjaan ayah kita yang sebenarnya menjaga keamanan ini? Ayah dan ibu ku seorang adiwira!

Ibuku seorang tukang cuci tandas dan lantai di pusat beli-belah.Tugasnya mencuci sisa kotoran yang ada di tandas awam agar dapat mencari wang buat menyara kehidupan ku.Agar aku bisa mengenali apa itu payah getir kehidupan.Agar insan lain dapat menggunakan tandas itu dengan senang hati tanpa geli.Agar insan lain selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang tersedia ada.Masihkan perlu untuk aku malu dengan pekerjaan ibuku?Ibu bapaku murni hatinya..

Ayahku mungkin seorang pencuri,,pengedar dadah..atau apa-apa pun yang tidak halal..Tetapi itu tidak membuatkan aku lupa,mereka ialah orang yang menyebabkan aku ada di dunia ini dan mengenal ALLAH SWT.Aku harus sedar betapa sukar saat mereka mengenali aku tatkala aku lahir ke dunia.Mungkin mereka terdesak memikirkan cara untuk menyara aku.Mereka mungkin tidak memiliki sjil SPM,ijazah atau apapun yang melayakkan mereka duduk di atas kerusi di tempat berpendingin hawa..Mereka mungkin mati kutu memikirkan bagaimana harus menyara aku nanti.Aku mesti memaafkan mereka.Mereka tidak hina!perlakuan dan tindakan mereka saja yang salah!Mereka mahu membesarkan aku,tetapi cara mereka salah.AYAH IBUKU,jaguh dihatiku..

Masihkah kita mahu malu dengan pekerjaan ayah kita?BUAT APA??!
Bayangkan,jika tiada nelayan?Siapa mahu menagkap ikan di lautan dan penduduk bumi takkan ada makanan seperti ikan,sotong,udang dan sebagainya.Lagi susah!

Bayangkan jika tiada tukang sapu atau tukang cuci tandas?Siapa yang akan bersihkan sisa kotoran di kawasan sekeliling kita?Kita sanggup?Tidak bukan!Kerana hanya yang berhati mulia sahaja mampu untuk melakukan pekerjaan ini dengan tenang!


Bayangkan tiada orang yang mengusahakan sawah?Siapa lagi yang akan lakukannya?Malukah kita dengan pekerjaan petani itu sedangkan ia menyebabkan ramai orang mampu makan nasi!Bayangkan jika mereka tiada?Tidakkah takkan wujud sumber makanan ruji di Malaysia?


Bayangkan jika tiada guard atau jaga di tempat-tempat awam?Di bank,premis dan sekolah..Keselamatan kita bagaimana?Siapa nak jaga keselamatan kita?Siapa?Kalau mereka tiada..bank mungkin dirompak,, kanak-kanak di sekolah terdedah kepada bahaya..dan kecurian merata-rata..


Jadi,ucapkanlah terima kasih kepada semua yang sudah bekerja dengan pekerjaa yang mulia seperti ini dan yang lain-lain lagi.

Ya!
Mungkin gaji mereka rendah..Tetapi bayangkan jika mereka tiada?Siapa lagi yang akan melakukannya untuk kita?Kepentingan sejagat dan orang awam?

Anak-anak semua,dan sahabatku,jangan sesekali malu dengan pekerjaan ibu bapa kita.Mereka masih mampu untuk menyara kita kerana bekerja.Kadang kala pekerjaan mereka begitu susah dan mereka rasa tidak mampu lagi untuk bekerja,tetapi mereka teruskan juga demi anak-anak terutamanya.Mengapa kita mesti susah hati dengan tugas mereka?


ALLAH menjadikan kita hidup dalam masyarakat.Kita mesti saling sokong-menyokong antara satu sama lain.Banyak pekerjaan di muka bumi ini..Tetapi jika tiada yang mengusahakannya,siapa lagi?
Ini bermaksud,setiap anggota masyarakat mesti memainkan peranan mereka.

ALLAH tidak memandang pekerjaan kita dari sudut tarafnya..atas atau bawah.Tetapi ALLAH memandang bagaimana kita mengerjakannya?Halal atau Haram?Reda atau dendam?Ikhlas atau terpaksa..Dari situ,ALLAH Kurniakan rezeki mengikut ketulusan kita.Jika kita rajin,Insyaallah,ALLAH berikan lebih .Bukankah ALLAH sudah berjanji..
Jika kamu bersyukur,Aku akan lipat gandakan rezeki kaMU.

Selepas ini,jika ada yang mengutuk pekerjaan ibu bapa kita,ucapkan sahaja ALHAMDULILLAH.Mereka ialah golongan yang lupa daratan.Tidak mengenal erti terima kasih.Jadi,kita story sikit dekat mereka apakah nilai dan erti pekerjaan ibu bapa kita agar mereka sedar.Ok?!

Rezeki ALLAH berada di mana-mana.Syukurilah..
Wallahu'alam..



No comments: