Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Thursday, July 26, 2012

Assalamualaikum vs Waalaikummussalam

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sejahtera dan sihat..serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT dalam apa-apa ujian,cubaan,tugasan dan apa-apalah,..Insyaallah..

Salam. Apa dia benda ni? Siapa yang ucap?Kalau dia ucap bila?Tang mana?Pukui berapa?Dekat siapa?Ah!Senang ja jawapan dia..Kita ja yang pandang berat sebab berpegang kepada hukum "ah!malaslah.."

Kenapa ya?
Nak ucap salam tu kena pakai tenaga kinetik ke?
Atau korang rasa potential energy korang mendadak turun?
Kenapa?kenapa ada yang masih berbisu ibarat angin lalu di sebelah saya apabila berjalan,bertembung,ditembung,melambung?? 
Kenapa?Apa salah saya?

Agaknya,itulah apa yang akan orang fikirkan apabila mereka berjumpa dengan seseorang,tetapi takde ucapan salam atau apa-apa ucapan pun kepada mereka.Hampa kot.Rasa macam diri ni tak bererti.Sebenarnya,orang yang apabila bersua muka dengan orang tapi tak berminat nak menegur ni bukannya orang yang penat ka,sakit ka,tak sihat ka atau apa.

Tapi..Depa ni,malas dan memberatkan mulut depa sendiri sebab depa memang sombong,egois,bangga diri...dan mengharapkan orang lain yang bagi salam dekat depa.
Apa geleng-geleng?Memang tu punkan yang hang dok pikiak bila lalu depan aku?

Ini baru memberi salam,bukan disuruh tanya khabar ke,alamat rumah ke,apa ke..
Dulu,sahabat-sahabat Nabi SAW,bukan sahaja berebut-rebut dalam melakukan amal ibadah fardhu dan sunat.

Bahkan,mereka ini amat berlumba-lumba dalam memberi salam kepada orang yang mereka temui kerana mahu mendoakan mereka dan kesejahteraan mereka.

Subhanallah.Mereka boleh berebut nak bagi salam dekat orang lain,atas dasar mahu melihat  orang yang mendapat salam tu,hidup sejahtera..dan mendapat pahala kerana menjawab salam itu wajib.Kita??Ada semua niat ni??

Pada zaman dahulu,
ada seorang lelaki ini pergi ke rumah saudaranya yang lain..Setelah memberikan salam sebanyak tiga kali,masih tiada orang yang menjawab salam tersebut.Lantas dia menganggap tiada orang di rumah itu.Saat kakinya mahu melangkah pergi,terus orang yang berada di dalam rumah itu keluar dan menahannya daripada pergi.Dia bertanya..

"Wahai fulan bin fulan,kenapa engkau mahu pergi?"

"Aku teringat pesan Nabi SAW,sekiranya kamu datang ke rumah orang dan telah memberikan salam sebanyak tiga kali tetapi masih tiada jawapan, beredarlah. Mungkin mereka tidak bersedia menerima kedatangan kamu."
"Sebenarnya aku mahu membiarkan engkau mengumpul pahala dan mendapat doa daripada mu..Sebab itu aku membiarkan engkau memberi salam beberapa kali di luar rumah ku."

Lihatlah betapa umat Islam terdahulu berpegang teguh kepada sunnah Nabi SAW.Bahkan,dalam hal salam ini pun,mereka masih ada toleransi dan persefahaman di mana mahu saudaranya membuat pahala dengan memberikan salam (doa) kepada saudara yang lain.kemudia,mereka yang mendapat salam itu pun akan turut mendapat pahala iaitu dengan menjawabnya.Berbeza sungguh dengan hari ini..

WAALAIKUMMUSSALAM..

Nak jawab salam lagilah malas umat sekarang ni.Kadangkala diangguknya kepala itu sahaja..(isyarat dengar salam)..
Lebih teruk,ada yang buat pekak badak sahaja.Jangan sampai ALLAH tarik nikmat pendengaran tu nanti!Jawab salam pun mahu mengelat seolah-olah dalam mulut mereka itu ada emas.Mereka lupa,menjawab salam itu yang wajib.

Kenapa wajib?

Iyelah,katakanlah tadi saudara kita dah bagi salam dekat kita.Ini bererti mereka sudah mendoakan kita melalui salam iaitu 'sejahteralah ke atas kamu'..

Jadi,apabila orang sudah mendoakan kita,takkanlah kita nak buat don't know je?
Kita dah ada tanggungjawab pula untuk menjawabnya.Itulah tugas kita.Takkanlah asyik-asyik orang je nak bagi salam dekat kita tapi kita tak mendoakan mereka pula.Adil ke macam tu?

Ironinya saya menyatakan salam itu penting kerana salam adalah doa juga.Salam mampu mewujudkan persaudaraan antara dua insan.Bahkan mungkin lebih.
Bayangkan sekiranya seseorang mendapat salam daripada orang yang tidak mereka kenali?Apa agaknya perasaan mereka. Mestilah gembira dan bahagia. Kerana dalam salam tu pun kita mendoakan kesenangan mereka. Takkanlah diorang nak marah tak tentu pasal pula mendengar salam kita.Jadi,tak perlulalah nak takut-takut untuk bagi salam ni.Hanya pahala ikhlas sahaja yang akan terjadi di antara dua orang yang memberi salam dan menjawab salam.

Allah itu Maha Pengasih.Dia mahu makhluknya memupuk kasih-sayang melalui perkara yang mudah.Memberi salam pun mudah dan dapat memupuk kasih-sayang sesama insan.Dengan cara ini,kita dah kenal seorang dua yang selalu nampak di hadapan mata.Ingat pun ingat,,ooh,ni yang bagi salam dekat aku semalam ni kan...Kan seronok tu.Hubungan yang baik terjalin..Cukup manis!

Sekadar pandangan saya sebagai Hamba yang lemah..
..Wallahu'alam..

Friday, July 20, 2012

Semua Pekerjaan Yang Halal itu Mulia.. :)

Alhamdulillah,selagi hidupan ini masih ada untuk kita,kita sebenarnya berada dalam rahmat ALLAH SWT,Insyaallah.

Semalam,mungkin gaji ayah kita sekadar RM200-300 sahaja,tetapi,mungkin hari ini,gaji mereka sudah meningkat.Ada pula,yang gaji ayah mahupun ibu mereka tidak berubah dan kekal sama sahaja. Hinggakan,ada anak-anak yang malu dengan pekerjaan ibu bapa mereka sendiri!Kenapa?Terasa hina atau rendah dirikah mereka?

"Ayah saya mungkin seorang nelayan..Buruh di kampung kecil..atau seorang pengutip sampah atau tukang sapu.Tetapi itu semua bukanlah penghalang untuk saya dan buat saya dalam menuntut ilmu pengetahuan agar menjadi seorang yang lebih baik!Bahkan,pekerjaan mereka bukanlah satu faktor untuk saya genggam sebagai pegangan dan menyatakan kepada semua orang,Aku si miskin yang hina dan tidak berharta..".

Secara fitrahnya,setiap anak mahukan ibu bapa mereka menjadi seseorang yang mereka mampu untuk banggakan.
Setiap anak itu mahu ibu bapa mereka menjadi perbualan orang ramai kerana pangkat yang mereka dan ada.
Tetapi,hakikatnya di sini..ada sesetengah anak-anak yang lupa bahawa pekerjaan sekadar mencari Rahmat di sisi ALLAH dan mencari nafkah untuk mereka membesar dengan sempurna.Bukan sebagai buah mulut untuk dibanggakan atau kata caci untuk disebarkan.

Kita Lihat,betapa ramai anak-anak pada hari ini begitu malu untuk berkongsi dengan rakan-rakan di dalam kelas mereka mengenai pekerjaan sebenar ibu bapa mereka.Bahkan,ada yang menipu mengenai status pekerjaan ibu bapa mereka.Kenapa mesti malu?Bukankah dengan bekerja ibu bapamu mampu untuk menyara keluarga besar mereka!Dan dengan hasil pekerkjaan titik peluh itu membuatkan engkau bergelar manusia?Fikirkanlah.
 
Betapa ramai ibu bapa yang terlalu sibuk membanting tulang bekerja di sawah padi dan menoreh getah?Hasilnya,penduduk bumi dapat menikmati nasi dari beras..Malukah kamu dengan pekerjaan mulia ini?? Ibu bapa kita seorang penyelamat dunia!

Ayah kita seorang nelayan di laut dalam,..Mencari hasil laut,sumber protein masyarakat dunia..Dengan bertemankan jala,pengaut dan bau hanyir ikan.. Sedangkan,ramai lagi yang bekerja dengan baik di tempat yang harum,kering dan selesa..Ayah kita?Bergelumang dengan lautan yang deras airnya dan kuat ombaknya! Bila-bila masa sahaja nyawa mereka dipertaruhkan begitu sahaja.
Malukah kita?? Ayah kita seorang hero!! 

Ayah ibu kita seorang jaga atau pak guard di sekolah mahupun di mana-mana sahaja institusi atau bangunan..Siangnya berteduh panas,dan malamnya,menegangkan mata yang layu menahan mengantuk..Kadang kala,ayah kita megejar orang yang mahu merompak atau memecah masuk ke dalam premis..Ada kala,ayah kita berlegar-legar di kawasan premis tersebut sambil ditemani cota pada tangan dan kesejukan malam..Malukah kita lagi akan pekerjaan ayah kita yang sebenarnya menjaga keamanan ini? Ayah dan ibu ku seorang adiwira!

Ibuku seorang tukang cuci tandas dan lantai di pusat beli-belah.Tugasnya mencuci sisa kotoran yang ada di tandas awam agar dapat mencari wang buat menyara kehidupan ku.Agar aku bisa mengenali apa itu payah getir kehidupan.Agar insan lain dapat menggunakan tandas itu dengan senang hati tanpa geli.Agar insan lain selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang tersedia ada.Masihkan perlu untuk aku malu dengan pekerjaan ibuku?Ibu bapaku murni hatinya..

Ayahku mungkin seorang pencuri,,pengedar dadah..atau apa-apa pun yang tidak halal..Tetapi itu tidak membuatkan aku lupa,mereka ialah orang yang menyebabkan aku ada di dunia ini dan mengenal ALLAH SWT.Aku harus sedar betapa sukar saat mereka mengenali aku tatkala aku lahir ke dunia.Mungkin mereka terdesak memikirkan cara untuk menyara aku.Mereka mungkin tidak memiliki sjil SPM,ijazah atau apapun yang melayakkan mereka duduk di atas kerusi di tempat berpendingin hawa..Mereka mungkin mati kutu memikirkan bagaimana harus menyara aku nanti.Aku mesti memaafkan mereka.Mereka tidak hina!perlakuan dan tindakan mereka saja yang salah!Mereka mahu membesarkan aku,tetapi cara mereka salah.AYAH IBUKU,jaguh dihatiku..

Masihkah kita mahu malu dengan pekerjaan ayah kita?BUAT APA??!
Bayangkan,jika tiada nelayan?Siapa mahu menagkap ikan di lautan dan penduduk bumi takkan ada makanan seperti ikan,sotong,udang dan sebagainya.Lagi susah!

Bayangkan jika tiada tukang sapu atau tukang cuci tandas?Siapa yang akan bersihkan sisa kotoran di kawasan sekeliling kita?Kita sanggup?Tidak bukan!Kerana hanya yang berhati mulia sahaja mampu untuk melakukan pekerjaan ini dengan tenang!


Bayangkan tiada orang yang mengusahakan sawah?Siapa lagi yang akan lakukannya?Malukah kita dengan pekerjaan petani itu sedangkan ia menyebabkan ramai orang mampu makan nasi!Bayangkan jika mereka tiada?Tidakkah takkan wujud sumber makanan ruji di Malaysia?


Bayangkan jika tiada guard atau jaga di tempat-tempat awam?Di bank,premis dan sekolah..Keselamatan kita bagaimana?Siapa nak jaga keselamatan kita?Siapa?Kalau mereka tiada..bank mungkin dirompak,, kanak-kanak di sekolah terdedah kepada bahaya..dan kecurian merata-rata..


Jadi,ucapkanlah terima kasih kepada semua yang sudah bekerja dengan pekerjaa yang mulia seperti ini dan yang lain-lain lagi.

Ya!
Mungkin gaji mereka rendah..Tetapi bayangkan jika mereka tiada?Siapa lagi yang akan melakukannya untuk kita?Kepentingan sejagat dan orang awam?

Anak-anak semua,dan sahabatku,jangan sesekali malu dengan pekerjaan ibu bapa kita.Mereka masih mampu untuk menyara kita kerana bekerja.Kadang kala pekerjaan mereka begitu susah dan mereka rasa tidak mampu lagi untuk bekerja,tetapi mereka teruskan juga demi anak-anak terutamanya.Mengapa kita mesti susah hati dengan tugas mereka?


ALLAH menjadikan kita hidup dalam masyarakat.Kita mesti saling sokong-menyokong antara satu sama lain.Banyak pekerjaan di muka bumi ini..Tetapi jika tiada yang mengusahakannya,siapa lagi?
Ini bermaksud,setiap anggota masyarakat mesti memainkan peranan mereka.

ALLAH tidak memandang pekerjaan kita dari sudut tarafnya..atas atau bawah.Tetapi ALLAH memandang bagaimana kita mengerjakannya?Halal atau Haram?Reda atau dendam?Ikhlas atau terpaksa..Dari situ,ALLAH Kurniakan rezeki mengikut ketulusan kita.Jika kita rajin,Insyaallah,ALLAH berikan lebih .Bukankah ALLAH sudah berjanji..
Jika kamu bersyukur,Aku akan lipat gandakan rezeki kaMU.

Selepas ini,jika ada yang mengutuk pekerjaan ibu bapa kita,ucapkan sahaja ALHAMDULILLAH.Mereka ialah golongan yang lupa daratan.Tidak mengenal erti terima kasih.Jadi,kita story sikit dekat mereka apakah nilai dan erti pekerjaan ibu bapa kita agar mereka sedar.Ok?!

Rezeki ALLAH berada di mana-mana.Syukurilah..
Wallahu'alam..



Saturday, July 14, 2012

Tanah-Tanah Yang Digunakan Untuk Mencipta Nabi Adam as

tapak kakiAdam
Pada suatu ketika,ALLAH SWT telah memerintahkan malaikat Jibrail as untuk turun ke bumi dan mencari tanah yang akan dijadikan bahan untuk menciptakan Nabi Adam as.


                Akan tetapi,ketika Jibrail sampai ke bumi,bumi enggan membenarkan Jibrail untuk mengambil tanahnya kerana ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan manusia kerana khuatir kelak Adam akan menjadi maksiat kepada ALLAH SWT.
    Lalu Jibrail kembali kepada ALLAH SWT dan memberitahu apa yang terjadi.Kemudia,ALLAH SWT memerintahkan malaikat Mikail turun ke bumi untuk maksud yang sama.Namun,bumi masih tidak mahu membiarkan tanahnya diambil untuk mencipta Adam as.


        Lantas,ALLAH menyuruh malaikat Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah tersebut tetapi sekali lagi bumi tidak mengizinkan.
Akhirnya,ALLAH memerintahkan agar malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah.
kata ALLAH "Hai Izrail,engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah tersebut.Meskipun bumi bersumpah dengan ucapan bagaimana pun,jangan engkau mundur!Katakan bahawa,kerajaan atas perintah dan atas nama Ku!"

Tanah Babylon
      Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi,maka ia "Hai bumi,Ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah ALLAH SWT dan atas nama ALLAH.Jika engkau ingin membantah pekerjaan ini,bererti engkau ingin membantah perintah ALLAH SWT dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada ALLAH,bukan?"
Mendengar kata-kata Izrail,bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak banyak reaksi apa-apa.Ini menunukkan,bumi sendiri segan untuk menerima manusia kerana kehinaan kita.Jadi,apakah masih kita mahu membangga diri?

     Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah dia ke hadrat ALLAH.
  ALLAH berkata, "Wahai Izrail,pertama,engkaulah yang aku tugaskan untuk mengambil tanah buat mencipta manusia,dan kemudian,engkau jugalah yang aku tugaskan untuk mencabut roh manusia nanti."

Bukit Thursina
Izrail berkata, "Jika demikian,hamba khuatir sekiranya pekerjaan hamba ini dibenci oleh anak-anak Adam as."


ALLAH berkata, "Tidak!".. "Mereka tidak akan memusuhi engaku,wahai Izrail.Aku yang mengaturnya lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.Sebab terbunuh, terbakar,sakit dan sebagainya." . Menurut keterangan para Ulama', antara tanah yang dijadikan asas penciptaan Adam a.s. seperti yang berikut:

Tanah Thaif
  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Maqdis(Palestin).
  2. Tanah Bukit Tursina.
  3. Tanah Iraq.
  4. Tanah Aden.
  5. Tanah Al-Kautsar.
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
  7. Tanah Paris.
  8. Tanah Khurasan.
  9. Tanah Babylon.
  10. Tanah India.
  11. Tanah Syurga.
  12. Tanah Thaif

Berkata Ibnu Abbas: 
  1. Kepala Adam as dari tanah Baitul Muqaddis kerana di situlah beradanya otak manusia dan di situlah tempat akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Tursina,kerana tanah ini tempat menerima nasihat dan alat mendengar.
  3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana di situ tempat sujud.
  4. Mukanya dari tanah Aden,kerana di situ tempat berhias dan cantik
  5. Mata dari tanah Al-Kautsar ,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar juga,kerana tempat manis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
  9. Kemaluannya dari tanah Babylon.Di situ tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulang dari tanah Bukit Thursina kerana alat peneguh tubuh manusia.
  11. Tulangnya dari tanah India,tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus,kerana di ditu tempat iman,taqwa,ilmu kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Thaif,tempat mengucap dua kalimah syahadat,bersyukur dan mendakan kepada ALLAH SWT.
Wallahua'alam.

Balasan Kepada Abu Salih,Isterinya 'Buta','Pekak' dan 'Cacat'.

ABU SALIH YANG SOLEH

                Pada zaman dahulu,ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Pendek kata,akhlaknya begitu terpuji sehingga disegani oleh sesiapa pun dan namanya menjadi sebutan.Beliau tinggal di sebuah kota kecil yang berhampiran dengan sebuah kota Jilan,di Parsi.Menurut riwayat,Abu Salih Jangi Dost ialah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a. iaitu cucu kepada Nabi Muhammad SAW.

                Abu Salih ialah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat,ilmu pengetahuannya amat luas dan dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan dunia.Setiap hari dia suka duduk di tepi sebatang sungai sambil memikirkan kebesaran ALLAH SWT.

                Pada suatu hari,sedang Abu Salih duduk di tepi sebuah sungai,tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal yang hanyut di atas permukaan air sungai itu.Ketika itu,Abu Salih belum memakan apa-apa lagi sebagai alas perut dan dia begitu lapar.Lantas,dia mengambil buah epal itu dan memakannya.Baru sedikit sahaja buah itu dimakannya, tiba-tiba si Abu Saluh ini tersedar akan kesalahannya.Dia telah berbuat dosa kerana memakan makanan yang bukan daripada haknya sedangkan buah epal itu adalah daripada pokok hak milik orang lain. Cuba kalau kita yang makan buah tu,agak-agak,kita fikir tak buah tu milik siapa?Kalau terfikir pun,kita akan cakap macam ni,, “Ya ALLAH,, buah sapelah ni,,Rezeki betul tengah lapar macam ni!”.
 
                Oleh kerana Abu Salih ni merupakan seorang yang sangat beragama,dia rasa tak senang hati dan berdosa kepada ALLAH kerana memakan buah itu tanpa meminta kebenaran.Dengan tidak membuang masa,Abu Salih ni pun terus mencari pemilik buah epal ini tadi.Dia berjalan mudik ke hulu merentang arus sungai itu.Dia benar-benar ingin meminta maaf kepada pemilik buah epal itu  dan meminta agar buah tadi dihalalkan.

                Setelah sekian lama mencari ,tiba-tiba dia ternampak sebatang pokok epal dan dahannya terjuntai masuk ke dalam sungai itu.Setelah dilihatnya pokok itu,dia yakinlah bahawa pokok itu adalah asas buah epal yang dimaknnya tadi.Abu Salih pun dengan rasa takut kepada ALLAH dan pemilik epal itu terus berjalan mencari pemilik epal itu.

                Didapatinya,ada sebuah rumah yang berdekatan di situ.Rumahnya sederhana besar sahaja.Kerana mengesyaki rumah itu adalah rumah pemilik kepada epal tadi,maka dia segera menuju ke rumah itu dan berjumpa dengan pemiliknya.Rumah itu sebenarnya adalah milik Abdullah Sawmai,seorang wali yang sangat terkenal.

                Setelah memberi salam dan menerangkan tujuannya ke situ,Abu Salih meminta maaf yang tak terhingga kepada Abdullah Sawmai,Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya.Dalam hatinya,Abdulllah Sawmai berpendapat, Abu Salih ialah seorang pemuda yang sangat baik dan mulia hatinya.

                Namun begitu,Abdullah Sawmai telah menetapkan syarat kepada Abu Salih.Jika dia ingin dimaafkan,dia mesti mematuhi syarat yang diberikan.Syaratnya ialah,dia mesti tinggal di rumah Abdullah Sawmai selama 12 tahun .Wali itu sebenarnya sengaja mahu menguji keimanan dan ketaqwaan Abu Salih ini tadi.Abu Salih yang lurus ini tadi bersetuju dan sejak dari hari itu,dia tinggal di situ dan membantu wali itu membuat kerja-kerja seperti menjaga ternakan.

                Setelah dua belas tahun,dia berjumpa dengan wali itu dan mahu meminta diri untuk pulang ke kampung halamnnya.Sebaik sahaja dia meminta maaf Abdullah Sawmai berkata. 

‘Aku sedia memafkan kamu tetapi kamu mesti berkahwin dengan anak gadis ku yang buta,pekak dan cacat.’
Abu Salih merasakan betapa beratnya hukuman  yang menimpa dirinya tetapi ia menganggap bahawa itu adalah ujian daripada ALLAH SWT . Abu Salih mahu dosa diampunkan maka dia bersetuju dengan syarat itu juga.           
                
                  Setelah mereka dinikahkan,dia amat terkejut kerana ternyata isterinya itu tidak buta,pekak dan cacat.Bahkan,seumur hidupnya,dia tidak pernah melihat wanita secantik dan seanggun itu.Suatu hari,dia mendapatkan ayah mertuanya lantas bertanya. 

‘Wahai ayah,kenapakah engkau mengatakan kepada ku dahulu bahawa anakmu buta,pekak dan cacat,sedangkan dia begitu sempurna?!’. Abdullah Sawmai tersenyum dan menjawab dengan tenang.

“Sesungguhnya,aku menyatakan bahawa dirinya buta kerana dia tidak pernah melihat orang lain selain daripada ayahnya sendiri.

Aku menyatakan bahawa dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata nista.

Dan aku katakana dia cacat kerana dia juga pernah melakukan dosa.” 

Abu Salih tersenyum tenang.Ini adalah balasan kurniaan ALLAH SWT kepada dirinya berkat kesabarannya.Abu Salih telah hidup bahagia di samping isterinya,Ummu Khair Fatimah dan ayah mertuanya.
 

Lihatlah,betapa besarnya ganjaran yang akan ALLAH kurniakan kepada hambaNya yang bersabar dengan ujian!Kita ambillah kisah ini sebagai teladan dan batu loncatan untuk kita lebih bersemangat lagi dalam melakukan dan menegakkan amal kebaikan.
Sekadar renungan,Wallahu’alam..