Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Saturday, October 20, 2012

Amalkan Surah Al-Waqi'ah Dalam Sehari

UnderwaterSeorang ustadz saya selalu berpesan kepada saya,andai dalam sehari kamu mengaji,peruntukkanlah masa untuk kamu membaca surah Al-Waqi'ah. Katanya..gurunya yang mengajar di Mesir dahulu pernah memberikan amanat itu kepada dirinya.Dan kini,dia pula yang memberikan amanat itu kepada saya.

Kenapa Al-Waqia'ah ya,Ustadz?Saya tidak mengerti.

Kerana di dalam surah Al-Waqi'ah itu terdapat 1001 kisah yang hendak ALLAH SWT sampaikan kepada kita,insan berstatus hamba ALLAH ini. Di dalam surah ini diceritakan mengenai golongan kanan dan golongan kiri.Serta apakah kesan menjadi dan tergolong dalam kalangan golongan kanan mahupun golongan kiri ini.

Saya ini dahulu orangnya suka mengaji tetapi malas pula hendak membuka tafsir.Tapi setelah mempelajari bahasa Arab,semangat untuk mengetahui maksud ayat-ayat di dalam Al-Quran itu sangat tinggi.Bahkan bacaan di dalam solat juga hendak saya kuasai maksudnya agar memberi kesan kepada diri.Mungkin itulah kelebihannya apabila kita mempunyai niat dan semangat untuk memahami bahasa syurga,kesannya,kita dapat memahami apa yang ALLAH hendak sampaikan di dalam Al-Quran dengan mudah,Insyaallah,dengan izin ALLAH.


Al-Waqi'ah juga mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri seandainya diamalkan dalam kehidupan seharian.Paling koman pun amalkanlah sekali dalam sehari.Antara kebaikan serta impak yang telah saya perolehi setelah mengamalkan surah ini setiap hari adalah,

  1. Urusan menjadi semakin mudah,Insyaallah.
  2. Mudah dan tenang untuk menghadapi ujian dalam kehidupan.
  3. Jiwa terasa yakin dengan apa yang ditentukan oleh ALLAH SWT.
  4. Reda dengan setiap yang terjadi pada hari itu,Insyaallah.
  5. Rohani dan jasmani akan seimbang dan tenang.
Tidak susah pun hendak mengamalkan surah ini kerana ayatnya ringkas dan hurufnya senang diucapkan.Bacaan juga tidaklah sesukar mana untuk dilantunkan.Jadi,amalkanlah,mudah-mudahan,kita sama-sama akan memperoleh manfaatnya,di dunia dan di akhirat,Insyaallah.

Peringatan,jika anda sakit kepala,anda bolehlah mengamalkan ayat 19 surah ini,kerana ia dapat menghilangkan sakit kepala,Bi iznillah.