Wa Takde Mood Nak Update Blog Wa Sebenarnya.. =_=
its me!!! |
Anda sudah jatuh cinta?Cinta hati anda seorang yang romantik dan budiman mahupun budiwoman?Anda pasti sedang bahagia dengannya seandainya dia selalu ambil berat pasal anda..
Kalau dapat pakwe atau makwe kerja doktor,,mungkin akan selalu dapat soalan macam ni- "Awak dah makan ke belum ni?Sihat tak??"
Kalau dapat pakwe atau makwe jenis Islamik sikit,dapatlah soalan Islamik macam ni-"Anti,anti.Anti dah solat dah ke belum??Esok nak puasa sunat hari Khamis dengan ana tak?"
Kalau dapat pakwe atau makwe yang kaki sebok dan nampak sangat kaki kongkong,,dapatlah soalan tak bertaraf menajamkan minda macam ni- "Awak dah mandi ke belum??Ni bila nak bangun ni my baby bucuk??"
Tengah bercinta..Mestilah bahagia gila-gila,kan?Rasa macam separuh jiwa ni dah jadi milik seseorang yag 'halal' je..Hakikatnya,kebahagiaan yang anda rasa tu separa je..Rasa macam takde feel sebenarnya walaupun anda dan si dia selalu kata,"Bahagianya saya bila jumpa awak".
Tu yang bau kentut satu sama lain pun dia nak kata wangi tu!!Yang ni tahap mental dah ni.Kentut pun nak mengaku wangi. =_=
Wangi tak kentut sayang kali ni? Semalam lagi wangi ke hari ni?? |
Apabila anda sudah terlalu explore mengenai bakal pasangan hidup anda,jadi yang tinggal untuk cerita dan bagitahu selepas nikah nanti macam hampas je.Sebab anda dah tahu banyak benda jadi kurang mantap untuk anda kongsi dengan si dia.Lainlah kalau pasangan hidup anda tu nyanyuk ke..ada amnesia ke..cerita banyak-banyak kali pun boleh sebab dia tak ingat sangat.
KITA MAHUKAN PASANGAN YANG AMBIL BERAT PASAL KITA
Cuba anda bayangkan,anda dah tahu macam-macam pasal pasangan hidup anda jadi lepas nikah nanti apa yang anda nak tanya mungkin soalan-soalan macam ni je yang tinggal:
Isteriku Doktorku!! :) |
- Awak nak balik pukul berapa hari ni?
- Awak nak makan apa hari ni?
- Awak nak saya kejut macam biasa ke lagi lambat ke lagi awal?
- Awak nak sambut hari jadi dekat mana?
- Awak nak pakai baju warna mana satu ni..Ada dua warna awak suka kat sini?
- Awak nak ke tak nak saya tolong awak,ke awak nak buat sendiri?
Semua ni ayat-ayat yang macam kurang mesra selepas dah nikah nanti sebab anda sudah tahu banyak perkara jadi pasangan hidup anda mungkin akan rasa benda tu benda biasa yang anda buat.Anda takkan mampu tanya mereka banyak-banyak kali sebab mereka akan rasa anda ni bebal,membosankan sebab tanya benda yang sama banyak-banyak kali.Cuba bayangkan,anda tak kenal lagi ni pasangan hidup anda,kiranya nak bercinta selepas nikahlah ni..Lepas nikah,anda tanya mereka macam-macam dan saling bertukar-tukar LIKES and DISLIKES dengan dia:
- Awak lahir dekat mana yang dulu?Saya lahir dekat Gurun..
- Awak,kalau saya masaklah,kan,,Awak paling suka saya masak apa?
- Awak nak saya kejut awak pukul berapa?Boleh saya set jam?
- Awak ni jenis yang macam mana?Maksud saya,apa yang awak tak suka isteri/suami awak buat?
- Boleh saya tahu warna kegemaran awak?Saya suka warna putih melambangkan kesucian.
- Boleh saya tolong awak?Apa-apa je??
Kan rasa macam ada topik untuk kita bualkan dengan dia?Anda tak rasa ke apa yang saya rasa?Rasa macam kita akan berusaha untuk membahagiakan seseorang yang baru kita kenal dalam hidup kita dan berusaha untuk mengenali diri kita.Saya sedang merasakannya..
Lagi satu..kenapa saya menyarankan anda bercinta selepas nikah?Kerana ya.,kerana,,kita mahu mencari keberkatan!Kaf baa roo kaf alif taa nun!KEBERKATAN dalam kehidupan.
Bukan saya nak kata orang yang bercinta sebelum nikah ni tak dapat keberkatan,cuma apabila kita asyik bercinta sebelum nikah ni ,fikiran kita,jiwa kita banyak kali akan dilalaikan dan dipesongkan oleh agen-agen laknatullah iaitu Syaitan dan hawa nafsu yang degil.Ingat!Anda dok fikir pasal kekasih anda dan bayangkan yang bukan-bukan dengannya juga adalah zina hati!HARAM hukumnya..
Banyak aktiviti yang kita boleh buat lepas nikah.Kalau bercinta sebelum nikah ni kan,banyak ranjau duri onak belukar semua.Lepas tu bergaduh rasa nak pukul dan belasah je kekasih kita tu tapi tak dapat sebab hukum agama kata HARAM sentuh bukan mahram!Kalau lepas nikah,anda boleh main hempuk-hempuk guna bantal lembut bila gaduh.Takde kerje betul!! tapi...Kan sweet tu? Dan lain-lain aktiviti lagi..
Banyak sangat masa yang kita dah luangkan untuk dia masa bercinta dulu-dulu.bercinta gila-gila dan takde yang tak gila punya..Jadi,lepas nikah nanti,takut juga rasa kosong gila-gila pulak..Aku tengok muka kau,kau tengok muka aku..Kosong juga rasanya sebab dua-dua mati bicara nak cerita pasal apa..
Tapi jodoh itu rahsia ALLAH..Jodoh kita,kita jaga dan kita berusaha kekalkan kebahagiaan dan memorinya..Insha'ALLAH,berkekalan.Ada je yang dah bercinta 10 tahun dan nikah..Berkekalan juga..Dan ada juga yang nak Islamik sangat-sangat bercinta selepas nikah tetapi tak sampai setahun dua tahun,bercerai pula..
Semua ini ketentuan ALLAH SWT.Dan kita juga mesti sedar bahawa ini semua adalah qada' dan qadar ALLAH SWT.Semuanya bergantung kepada diri kita dan pasangan kita juga.Jadi jangan terpengaruh sangat dengan entry ni,ya!
Itu sahaja yang saya nak katakan hari ni.Sekian,,selamat bercinta selepas dan sebelum nikah..