Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Thursday, December 20, 2012

What You Give,You Get Back!

ISTILAH WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK!

The people will treat you just the way you treat them! Ini adalah satu fakta.Manusia harus sedar bahawa diri mereka sendiri adalah punca dan faktor bagaimana manusia sekeliling mereka akan melayan mereka selepas ini.Jika seseorang manusia itu bersikap dengan sikap positif,dan dia mempunyai adab,sopan-santun serta tatasusila yang tinggi di hadapan khalayak ramai,masyarakat akan pasti melantunkan semula apa yang dia lakukan kepada mereka.

Manusia tidak lepas dari sikap ego. Ke mana-mana sahaja mereka pergi,mereka harus bijak menyesuaikan diri dengan sekeliling mereka.Jika mereka bijak melayan orang lain,orang lain akan menghargai apa yang mereka tunjukan dan lakukan terhadap diri mereka.

Analoginya mudah,jika anda membaling batu kepada orang lain,adakah anda kira orang lain akan membalas perbuatan anda dengan senyuman ataupun ucapan terima kasih secara tiba-tiba?Tidak bukan.Begitu juga seandainya anda bersikap angkuh dan sombong.Tiada sesiapa yang akan menghormati anda.

Kita boleh melihat sikap semula jadi orang di sekeliling kita dengan hanya melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran.Kita sendiri harus sedar semua ini:


  1. Orang yang menghormati diri sendiri akan mampu menghormati diri orang lain.Rumusannya mudah! Orang yang tidak menghormati diri sendiri mempunyai akhlaq yang buruk!
  2. Orang yang menyayangi diri sendiri mampu untuk menyayangi orang lain.Rumusannya mudah, jika dia tidak menyayangi dirinya sendiri,bagaimana dia mampu untuk memberikan kasih sayang kepada orang lain?
  3. Orang yang suka kepada kebaikan akan mampu melakukan kebaikan. Rumusannya mudah,jika seseorang cinta akan kebaikan,dia tidak akan menjebakkan diri kepada perkara yang haram dan jahat!
  4. Orang yang sombong dengan Tuhan akan berlaku sombong dengan orang lain.Rumusannya mudah,jika seseorang itu terlalu sombong dengan apa yang dia ada mahupun dengan semua pencapaian yang dia miliki,ini akan menyebabkan dia lupa bahawa yang meminjamkannya semua itu ialah ALLAH,Tuhannya!
  5. Orang yang menghargai diri sendiri,dapat menghargai orang lain.Rumusannya mudah,hanya orang yang tahu menghargai diri sahaja mampu menghargai diri orang lain.
  6. Orang yang meninggalkan solat akan meninggalkan banyak kewajipan dalam hidupnya!Rumusannya mudah,seseorang itu akan meninggalkan solat,iaitu tanggungjawab terbesar dalam hidupnya apabila dia merasakan perkara yang wajib itu kecil!
Oleh itu,kita mesti sentiasa belajar untuk menyayangi diri kita sendiri! Utamakan kepentingan diri kita dahulu!Tidak salah berkorban cuma kadang-kala jangan jadikan pengorbanan kita itu satu tindakan yang disusuli kebodohan. :)

Kembalilah semula kepada Hadith dan Al-Quran!

Semua ini adalah berpunca daripada diri sendiri.Maka,dengan tepatnya,apa yang anda lakukan ke atas diri sendiri adalah cerminan, apa yang akan orang lain lakukan kepada anda.

Jika ada orang yang bersikap negatif di sekeliling anda,anda cuba lihat,adakah dia mempunyai ciri-ciri terkutuk mahupun terpuji seperti di atas?Adakah dia seseorang yang berkaliber dan bersemangat dengan kehidupannya?Jawapannya ada dalam diri mereka dan diri kita sendiri.Sekadar memantapkan jati diri,wallahu'alam.

No comments: