Jiwa manusia ini selalu bergetar dan membisikkan kata-kata indah untuk diri sendiri.Ada saat jiwa kita memujuk untuk kita mengerti soal hati yakni cinta.Ada saat pula kita dibisikkan oleh jiwa dan naluri untuk jatuh hati atau mudah dicuri hati oleh insan bergelar manusia lain.Fitrah seorang manusia itu mahu menyayangi dan disayangi oleh orang lain.Namun awas,jika kita gagal mengawal perasaan ini,kitalah hamba kepadanya suatu saat dan mungkin selama-lamanya.
Saya seorang muslimah yang juga mempunyai naluri ini.Berkali-kali hati memujuk untuk menyuarakan apa yang ada di dalam hati. ALHAMDULILLAH.. Berkat kesabaran dan pesanan serta nasihat daripada seorang insan yang banyak mengambil berat akan diri saya,saya selalu mengingatkan diri saya untuk menyimpan perasaan ini kepada insan yang selayaknya andai panjang umur dan murah rezeki.Tahun depan,saya akan menduduki SPM,jadi jelas,saya akan melupakan soal hati dan perasaan ini.
ALLAH memberikan kita naluri,hati dan perasaan.Itu adalah satu kepastian.Ia sebenarnya adalah anugerah yang terindah daripada ALLAH SWT kepada setiap manusia di dunia.Haiwan pun mahu dibelai dan disayangi,apatah lagi manusia?Ramai sahabat saya dan juga adik-adik di bawah usia saya yang bertanya,benarkan saya tidak pernah memendam perasaan kepada mana-mana muslimin sepanjang usia saya ini? Jawapannya kekal sama sepanjang 16 tahun usia kehidupan ini,ya, ALHAMDULILLAH,tiada.Kenapa dan bagaimana ia jadi sebegini?Saya juga tidak tahu.Bukan kerana saya ini lesbian atau apa,cuma,perasaan itu memang sudah tidak wujud sekian lamanya.
Apa yang boleh saya katakan,saya juga seperti anda.Berharap satu saat nanti saya akan dikurniakan jodoh terbaik pilihan keluarga mahupun pilihan diri ini untuk diri saya sendiri.Siapa dia..Di mana dia berada..Apa pekerjaannya..Saya pun tidak tahu..Sudah pasti saya tertanya-tanya dengan soalan seperti ini yang sering ditanya oleh hati dan perasaan saya sendiri.Apa yang mampu,saya hanya akan berpesan kepada diri saya sendiri,jika mahukan jodoh terbaik,jadilah insan yang baik terlebih dahulu kerana janji ALLAH itu pasti..Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik ialah untuk wanita yang baik.
Jika saya dan seandainya saya gagal memilih jalan hidup yang sempurna dan baik untuk masa hadapan saya,bagaimana saya mampu untuk merangka kehidupan yang selamat dan berkualiti pada masa hadapan. Oleh itu,saya nekad mahu mengejar cita-cita terlebih dahulu dan berjaya dalam kehidupan.Kemudian,saya perlukan sedikit masa untuk membalas jasa kedua-dua orang tua saya terlebih dahulu,meringankan beban mereka dan membantu mereka mana yang perlu.Seterunya,mencari pekerjaan dan menguatkan ekonomi sendiri.Selepas itu,andai ada jodoh,,nak kena bernikah dan sebagainya sekalipun atas pilihan keluarga,ana tak kisah.Asalkan,insan itu seorang yang:
- Berilmu dan berpengetahuan agama secara mendalam.
- Bertanggungjawab ke atas diri saya dan keluarga.
- Menyayangi saya dan keluarga saya.
- Menjaga saya dan keluarga saya.
- Melindungi saya dan keluarga saya.
- Ikhlas kepada saya dan keluarga saya.
- Rajin untuk membantu saya dan keluarga saya.
- Mempunyai status kewangan yang kukuh.
- Berkaliber dan cinta akan kanak-kanak dll..
Apabila kita mencari seseorang di dalam hidup ini,kita mesti ingat,dia bukan sahaja akan berkahwin dengan kita bahkan seluruh kehidupan kita termasuklah ahli keluarga kita.Jadi,pilihan dan kebijaksanaan perlu ada dalam diri kita bagi mengelakkan diri kita merana selepas tempoh yang seterusnya nanti.
Apa yang perlu bagi mengelakkan perasaan ini daripada terus mengganggu golongan pelajar yang masih dalam proses menuntut ilmu:
- Anda mesti mengingatkan diri anda,anda masih belajar jadi tugas anda adalah belajar,bukan mencari cinta
- Jika anda sudah terlajak perahu jatuh hati kepada mana-mana objek hidup(insan bergelar manusia),tidaklah salah dan berdosa.Cuma ia akan menjadi dosa apabila anda terlalu mengikutkan perasaan sehingga menjerumuskan diri ke dalam lembah zina.Zina hati,zina mata dan zina tangan.
- Ingatlah terlebih dahulu..Anda perlu membahagiakan kehidupan keluarga anda,terutamanya kedua-dua orang tua anda.Apalah yang akan anda dapat jika anda terlalu mengikut perasaan?
- Banyakkan mengadu kepada ALLAH SWT mengenai setiap masalah yang anda hadapi dalam kehidupan.
- Banyakkan melakukan solat sunat dan bertahajud.
- Banyakkan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan keuntungan kepada diri sendiri agar anda dapat melupakan soal hati dan perasaan itu.
- Cari tempat meluahkan perasaan yang betul.Luahkan perasaan kepada insan yang tepat,yang dapat meringankan beban perasaan, bukan menambahkan lagi.
- Bertadarus Al-Quran dan berpuasa.
- Banyakkan berdoa kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan.
- Mendoakan insan yang kita sayang dan betulkan hati.Seandainya dia benar-benar jodoh kita,seribu tahun kemudian pun kita baru berjumpa dengannya semula,dia akan tetap jadi jodoh kita.Jika bukan,bukanlah..Kita kena reda..
ALLAH memberikan kita perasaan untuk kita berfikir apa yang ALLAH berikan itu adalah nikmat,bukannya satu kemudaratan seandainya kita bijak menghadapinya.Jadikanlah perasaan itu sebagai penguat semangat untuk menjadi seorang wanita dan muslimah solehah.Jangan pernah sesekali merasakan ia adalah beban kepada kehidupan dan apa yang akan anda lakukan sebentar ini.Tetapi,ia adalah petunjuk ALLAH,untuk anda berusaha dengan gigih.Selamat mencuba. :) Insha'ALLAH.
Cinta itu Fitrah..(kata-kata daripada seorang insan bernama MLHM)
No comments:
Post a Comment