Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Sunday, July 1, 2012

Anak Aku Mengandung,Anak Dia Pun Nak Jugak..Aduhai!


                          
Remaja mengandung,anak luar nikah dan pembuangan bayi ibarat satu fenomena dan kejadian alam yang tidak mempu kita jangka,kita kekang ataupun kita sekat penularannya.Hakikatnya pada hari ini,remaja Melayu,memegang takhta ataupun Ratu Idola bagi bangsa dan kaum yang lain,sambil memegang bena kemenangan..'KAU MAMPU SAINGI AKU ?!!'

saya sangat bersimpati dengan golongan remaja wanita yang sudah terlanjur ini.Saya tidak mampu untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada mereka..Bahkan,untuk meletakkan 50% kesalahan untuk dia yang mengandung pun saya tidak sanggup,apatah lagi 100% kesalahan.Bagi saya,kesalahan bukan faktornya,tetapi didikan awal yang bakal membentuk segala-galanya.Mak ayah,,didikan bagaimanakah yang anda berikan?Saya tidak nafikan,ada juga anak-anak yang degil dan keras kepala,tetapi,didikan itu adalah pokok pangkalnya..

                             

Ibu bapa pada hari ini dilihat terlalu sibuk dan mengabaikan anak-anak.Perhaps they don't have much time to spend with their love one who called as,Child.But,they must have time to teach their son or daughter about religious because,without religious,no human can stay alive on the right path.

Masalahnya,,sekarang ni bukan zaman purba lagi..Di mana ibu dan anak akan belajar dalam gua atau menangkap ikan dengan ayah di tepi kuala..Ini bukan zaman di mana lampu dihidupkan dengan sehelai rambut atau api dihidupkan dengan sebatang kayu.Inikan zaman era globalisasi,,Dunia tanpa sempadan..For sure..pemikiran kita pun kena melepasi sempadan dan norma masyarakat.Itu agaknya yang anak-anak muda kita nak perkenalkan kepada kita,yang berfikiran kuno,purba atau masyarakat zaman batu dulu-dulu tu..Hello..Nabi pun hidup zaman dulu-dulu,,tapi kenapa pemikiran Nabi tak merepek macam manusia sesat zaman sekarang?

yang pertama,,Bila ada masalah pembuangan bayi..kenapa masyarakat akan melafazkan kalimah-kalimah macam ni?

'Alah,,buang bayi je kan?Biasalah tu..Bukannya dia bunuh pun,,'

kalau bayi dicampak dari tingkat atas dan mati??

'Alah,,dia baby..Tak rasa apa-apa pun..' 

Bila anak jiran kita mengandung?

'Midah,anak aku mengandung empat bulan dah ni..takde bapak..'
'eh,eh,Iye!!?Anak aku pun sama..mengandung jugak,,lima bulan dah ha!'
(timang cucu kita nanti...)

Kenapa masyarakat kita pada hari ini memandang remeh isu zina,buang bayi,sosial tak terkawal dan lain-lain?Sampai bila kita nak buat-buat buta dan biarkan pemikiran kita ni menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan pergaulan bebasnya sama je macam Amerika dan lain-lain tu?

                                 
Kempen,Ops Zina sana-sini JAIS dan JAKIM buat buat operasi bagai nak habis kudrat dah!
Tapi kes penurunan tu,tak berlaku lagi!
Nak harap JAIS buat serbuan dan penangkapan setiap hari??Alamatnya,tak balik rumah,habis minyak petrol on the way ke disko,,kelab malam,,rumah urut dan sebagainya..
 Nak harapkan JAKIM,keluarkan fatwa zina tu haram pun dah keluarkan dari dulu lagi..Ke nak keluarkan hukuman rejam baru nak berhenti?Biar diorang insaf dan sedar diri tu sikit,betapa zina  ni dicegah..

                                
   
Jangan kerana satu kelompok masyarakat buat maksiat,,beribu-ribu kelompok masyarakat yang lain pun akan ditimpa musibah daripada ALLAH SWT,kerana tidak mengamalkan amar makruf nahi munkar!
ALLAH tu,tak tunggu seorang pak lebai untuk azan tengah-tengah kelompok penzina baru dia nak turunkan bala..
ALLAH tu,boleh turunkan bala atas kita ni time kita baru je nak on the way ke sana..

Jadi..Fikirkanlah,,sampai bila kita nak amalkan budaya anak mu anak mu,,anak aku anak aku?
sampai bila bayi yang dibuang bagai anak patung dibiarkan menjadi sebagai satu fenomena semula jadi?
dan sampai bila anak  Melayu Islam atau anak-anak Islam yang lain hendak kita lihat berpeleseran,mengandung dan macam-macam lagi yang mereka lakukan?
                                 
Semua ini berlaku kerana peranan masyarakat itu sendiri kurang..kerana masyarakat suka pinggirkan mereka yang sudah terlanjur dan bagai melukut di tepi gantang..
Masyarakat tidak mahu merasai penderitaan anak-anak muda sebaliknya menambah beban dengan memandang serong kepada mereka.Kata-kata hinaan sekadar menambah luka pada barah!

Ingatlah,sebagai orang Islam,kita masih bertanggungjawab untuk menarik semula insan yang kesesatan,bukan membiarkan mereka terus sesat tanpa kompas keimanan..Kalau macam tu,gamaknya,mengadap api nerakalah kita dan mereka.Kerana apa?Kerana mereka berdosa sebab melakukan dosa..dan kita berdosa kerana tidak mencegah mereka daripada melakukan dosa.Sekadar renungan,Wallahu'alam..
Sesunngguhnya,Solat yang Khusyuk itu mampu mencegah Maksiat dan DOSA!!
                      

No comments: