Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Monday, July 2, 2012

Kenapa Ada Jurang di Antara Pelajar dan Staff

STRESS!
seriously saya sangat stress apabila memikirkan satu hal yang tak pernah selelsai di sekolah saya.Saya bukannya nak mengumpat sekolah sendiri tidak.bahkan,apa yang akan saya perkatakan ini sekadar diharapkan dapat menjadi iktibar kepada semua orang.

Umum mengetahuilah,dekat sekolah mesti akan ada staff sokongan macam makcik/pakcik tukang sapu,cuci tandas,buang sampah,mesin rumput..Saya sangat suka melihat kegigihan mereka-mereka ini.Ialah,di saat ibu bapa pelajar yang kebanyakannya bekerja di ofis yang ada pendingin hawa,tetapi mereka di sini gigih mencari rezeki yang halal untuk menyekolahkan anak-anak mereka dengan melakukan kerja-kerja ini.Subhanallah,,besarnya pengorbanan nereka!
Murni kan,,tengah-tengah panas pun,masih bekerja!!
          
Cerita dia sekarang ni ialah,pelajar sekolah saya sesetengahnya tidak langsung menegur golongan pekerja yang berada di kelompok atas ni tadi.Mereka kalau nampak diorang pun seolah-olah diorang tu halimunan.Padahal,sudah berulang-ulang kali Bonda(panggilan untuk pengetua sekolah) kami mengingatkan mengenai hal ini,tetapi tindakan yang diambil dan dilaksanakn tak sampai 20%.Kesia sungguh mereka yang buta,tuli dan pekak ini!

Saya lebih kesal kerana ada pelajar yang buat tak tahu apabila nampak sampah di atas jalan dan mengharapkan golongan pakcik makcik ini yang akan kutip.Di mana maruah kita sebagai pelajar sekolah agama?Bagi saya,perbezaan sekolah agama dan sekolah biasa itu seolah-olah kurang sekiranya imej yang dipaparkan taklah segah mana dan adab yang dipamerkan sekadar suam-suam kuku.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pakcik makcik semua kerana sanggup membersihkan kawasan sekolah kami yang kotor kadang-kala ni sehingga nampak luas dan bersih.Bahkan pelawat pun puji.Alhamdulillah.
Tragis!! 


Kalau pakcik makcik takde,tak tahulah siapa yang sanggup buat kerja yang murni macam ni..Kita sanggup??Harap!!
Jadi tunjukkanlah rasa hormat,kasih dan sayang kita kepada pakcik makcik ni.Bukan senang nak jumpa orang yang sanggup buat kerja pembersihan ni..Orang yang ikhlas dan berhati mulia sahaja yang sanggup dan akan buat kerja macam ni..jadi..Tepuk dada tanya selera..

No comments: