Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Thursday, July 12, 2012

Jadikan Marah Bukan Sifatku..

Fitrah manusia suka menegur sahabat,keluarga mahupun sesiapa sahaja yang dilihat pada matanya melakukan kesalahan.Ada sahaja perkara yang sebenarnya kadang-kadang sedikit sahaja salahnya tetapi apabila kita hendak menegur,bagaikan berjuta-juta dan sebeban kesalahan yang dia lakukan.Betul tak?Saya pun macam tu.Hehe..
Tetapi apabila saya renungkan semula dan kaji perlahan-lahan,saya temui sesuatu.Manusia dan terutamanya kanak-kanak tidak suka ditegur secara negatif.Mereka bencikan kekerasan kerana jiwa manusia ini lembut.Mereka berhak untuk ditegur secara berhikmah,bukan beremosi dan marah.Cuba renungkan..

Situasi Satu.
Adik kita menyepahkan rumah yang baru sahaja dikemaskan.Kita dapati,mainan berterabur.Dan saat itu jugalah,syaitan serta nafsu marah menjadi Tok Dalang utama sambil membisikkan kata-kata cinta dan kata-kata semangat lagi penuh optimis..'Kau campak je semua ni atas rumput rumah..Kalau dia nak,pandailah dia cari kang!' Apa lagi,,kita terus memekik,dan mencampakkan mainan tersebut ke luar rumah sehingga pecah.Adik-adik kita yang naughty tu pun datang sambil buat muka tak bersalah,, Apa dah jadi huh??


Situasi Dua.
Adik kita main game lama sangat-sangat sampai kita nak guna pun tak dapat.Rasa macam tunggu buah durian jatuh ke bawah.Tunggu musim! Saat tu darah manis dan panas kita pun terus naik mengalahkan temperature air panas bersamaan dengan 100 darjah lantas kita berkata dengan penuh berkarismanya! 'Eh,kau ni dah nak mati ke?Nak guna komputer ni sampai cukup nafsu kau?Macam tu?Aku nak guna jugak,bangunlah cepat!'Adik kita agak terkejut lantas mengkedipkan matanya dengan lemah gemalai..

Kalau kita ada video yang mampu rakam dan playback semula situasi tersebut,di mana kita caci,maki,hina dan tengking adik-adik kita,mesti kita akan malu.Malu besar!

Sebenarnya,kita tak patut pun buat macam tu.Apalah salahnya mereka nak main pun,bukan ada tanggungjawab yang besar pada diri mereka.Selama ini saya silap.Saya rasa kekerasan mampu mengubah segalanya sebaliknya,kekerasan ibarat mencurah petrol kepada api.Natijahnya??Terbakar semua..

Adik saya kadang-kadang dah malas nak dengar saya tegur dia,
Sekarang ni,adik perempuan saya pula yang rajin marah saya..
Adik saya,macam nak bunuh diri sebab tertekan je..
Dan,yang paling penting,saya dihantui rasa bersalah.



Allah itu Lembut,dan mencintai kelembutan.
Sorry ye,Afiq,Alif,Dede..Sebab marah-marah macam ni 2-3 tahun yang lalu..tak matang lagi..


Lagi satu,Nabi SAW pun,tidak pernah berlaku kasar terhadap anak,cucu,para sahabat,apatah lagi kanak-kanak.Saya rasa gagal menjadi umat yang cemerlang dan baik!Astaghfirullah hal azim..

Nabi juga berpesan,sekiranya kamu marah,maka berwudhuk.jika selepas berwudhuk pun kamu masih tidak boleh menahannya, berdirilah,jika tidak,duduklah,dan jika masih tidak berubah,baringlah.



LIHAT!Betapa Nabi menyeru kita melawan marah dengan sebegitu rupa sekali.Jadi,kita kenalah berusaha sepenuh daya!Kita mampu dan kita boleh!

Allah Berfirman di dalam Al-Quran:
Surah Al-Asr,ayat 1-3..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran.Dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran.

Oleh itu,jadikan marah,bukan sifatku..ALLAH yang berhak memiliki sifat ini.Kita sebagai hamba harus bersabar dan menerima apa-apa sahaja keadaan dengan tenang.Saya pun susah nak maintainkan,tetapi,selepas marah tu,saya akan cover balik kesalahn tu.insyaallah.Bersama-sama kita menghindarinya.Wallahu'alam..Selamat Mencuba!


No comments: