Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, April 18, 2012

Aurat Muslimah,Maruah Mereka.

Umat Islam bergelar muslimah masa kini rata-rata masih tidak menyedari sebab-sebab ALLAH SWT menyuruh mereka menutup aurat.Apa yang ALLAH arahkan bukanlah bebanan untuk hambaNya jauh sekali menyusahkan!Apa yang ALLAH perintahkan adalah untuk kebikan umat manusia.Sekiranya manusia melaksanakan amar maruf dan nahi munkar ALLAH, insyaallah,keamanan dan kebahagiaan dalam genggaman.



“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Dari sudut pandangan pertama adalah mengenani auratnya.Puratanya,mereka yang tidak menutup aurat ni merupakan mangsa tegar dalam kalangan perogol di dunia ini.Lihatlah cara mereka berpakaian,,dok nampak tang mana??Kalau dah dia free-free pampangkan di khalayak ramai dan orang ramai lihat,jangan nak marah pula.Masa tu,sibuk nak tarik baju tu biar labuh sikit.

Kita kembali kepada topik.Wanita yang tidak menutup aurat ini sebenarnya sedang mendedahkan aset yang paing berharga mereka kepada orang ramai.Aset tersebut seharusnya dilihat oleh orang yang berhak sahaja yakni orang yang mahram dengannya.Sungguhpun nafsu lelaki itu ada satu,tetapi dia masih tidak boleh menahan jiwanya berbanding wanita!

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Setiap hari kita disajikan dengan cerita anak dara atau mak dara orang dirogol,diperkosa dan sebagainya.Kalau tak pun paling dahsyat akan diraba.Kenapa perkara ini berlaku?Apa puncanya?Setelah saya kaji saya perhati,saya dapati,semua ini berpunca daripa muslimah itu tadi.
         
Muslimah,tutuplah aurat sebaik-baiknya.Bukan atas dah tutup bawah masih tak sempurna.Ini tidak,,fesyen zaman sekarang yang semakin menjadi trend,tudung sudah dipakai tetapi baju mengalahkan sarung nangka.Ada yang berseluar jeans ketat,berbaju sendat dan sebagainya.Ini semua merupakan faktor-faktor kita menjadi mangsa rogol sebenarnya.Memang tidak dinafikan,kalau nak kena rogol tu,bertudung labuh pun boleh jadi mangsa tetapi,kita mesti ingat,yang terdedah ini lebih mudah ditebuk tupai.


ALLAH memerintahkan hambaNya menutup aurat untuk mengelakkan perkara-perkara inilah selain daripada mencegah maksiat seperti zina,dan fitnah.Seandainya semua muslimah menutup dan menjaga aurat mereka sebaik-baiknya, insyaallah, kes dan kadar rogol di negara kita ini akan menurun.Kenapa muslimah hari ni menjadi mangsa rogol?Kerana faktor inilah,,pemakaian,,tingkah laku,,akhlak dan keperibadian mereka itu sendiri,,

ada wanita dia dah elok dah tutup aurat,tetapi akhlak dia pulak spoil..

ada wanita dia dah elok-elok dah tutup aurat,,sempurna!tetapi,,mulut dia pulak spoil,,mengata orang tu,,mengata orang ni,,memang kenalah sebab apa?Kerana kesalahan diri sendiri juga..

Jadi wahai muslimah,,janganlah menyalahkan kaum lelaki semata-mata..mereka memang berdosa dan bersalah serta berdosa besar kerana melakukan perbuatan terkutuk itu..tetapi harus kita ingati,.,aurat yang sempurna itu tidak akan menggoda seseorang jika ia benar-benar terselindung di bawah lapisan yang tidak jelas keliihatannya..

No comments: