
Tetapi persoalannya kini,,doa penerang hati ini untuk kanak-kanak sahaja ke? Atau untuk mereka yang menuntut ilmu sahaja ke?? Jom kita diskusi..
Ilmu itu penyuluh hati.Tanpa ilmu hati akan mati.Tanpa ilmu manusia takkan mampu maju dalam setiap bidang yang diceburinya.Adanya ilmu,adanya cinta.Huh!! Bukan cinta kepada manusia sahaja,tetapi juga kepada ALLAH SWT,NABI SAW,,dan lain-lain lagi.Ialah,mana mungkin kita dapat mengenali Pencipta tanpa ilmu..Betul kan??Jadi,untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan ilmu ni,kita sangat digalakkan lah membaca dan mengamalkan serta menghayati doa-doa penerang hati yang saya kira ada banyak pilihannya.Tetapi,,di sini saya ingin membetulkan persepsi masyarakat Islam zaman kini. Doa penerang hati ini,bukan untuk kanak-kanak je,,bukan untuk mahasiswa dan mahasiswi semata-mata,bukan Tok Imam,Pak Bilal dan mereka yang sewaktu dengannya sahaja yang mesti amalkan..Tetapi,,insan yang yang dah tua,berjanggut,beruban dan dah nak pencen dalam bahasa kampungnya pun mesti amalkan juga.

No comments:
Post a Comment