Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Saturday, May 5, 2012

Peranan Ibu Tangani Masalah Sosial Anak-Anak

Mak Cik,Pak Cik,saya pinjam gambar..

 Ibu dan Remaja,,atau remaja dan ibu!! sama je,,dulu,,suatu ketika,ibulah orang yang paling memahami kita,.Katakan sahajalah wahai ibu,,saya akan patuhi,,akan saya lakukan dan akan saya setujui..


Tetapi,,apabila umur sudah menginjak dewasa ini,kita beralih angin.Ibu dan Ayah bukanlah fesyen designer kita lagi,,mereka bukanlah insan terbaik untuk memberi comment di FB atau Twitter kita.Apatah memberikan nasihat sebagai setiausahaterbaik kita..
Teman rapat kita??

  • rakan sebaya
  • Majalah,
  • televisyen,
  • radio,
  • artis dan lain-lain lagi...
  • Internet dll.
Sebenarnya,apa yang remaja mahukan?
Pilihan mereka?

Zaman remaja ni bukanlah zaman pemberontakkan sebenarnya,,cuma remaja nak berikan pandangan,dan pemikiran mereka.Kadang-kadang,apa yang mereka lontarkan itu,logik!!Cuma kita sebagai orang yang lebih matang,tua atau makan garam lebih ni susah nak terima sikit sebab faktor usia,maybe.Tak salah kita halang atu tolak pandangan mereka yang pelik-pelik dan menyimpang jauh dari arah kompas keimanan,tetapi,kene ada caranya.Sekarang ni tengok impak semasa apabila salah psikologi dengan remaja.. 

1.LARI rUmah,... (rumah ku berhantu atau rumahku neraka duniaku...)


2.BergADUH dengAN kELUARGA,,
(keluarga ku bukan segala-galanya lagi..isk,isk..)


Atau..


3.BUNUH DIRI??
(itu je jalan terbaik,,!!takde manusia yang faham aku!! oh!!)

Bunuh diri bukan segalanya..

Ibu kene bijak berkata-kata,,sesetengah ibu dan ayah suka serang anak habis-habisan apabila mereka tersilap atau memberikan pandangan.Ada pun,apabila anak-anak menolak untuk melakukan sesuatu yang ibu dia nak sangat seperti,, 

  • 'nah,pakai baju warna hijau ni,bukan pink!!'..
  • 'boleh tak berhenti tengok fb tu!!baca buku!!'..
  • 'kamu ni degil!!menjawab!! menjawab!!'

Kadang-kadang,remaja nak katakan pendirian mereka,tetapi ibu ayah mereka terus membuat tuduhan!!MELAWAN!!ANAK DERHAKA!
Natijahnya,mereka akan mula merasakan stress!!

Anak-anak akan rasa diri mereka tidak dihormati!Mereka seolah-olah tiada hak dan pendirian dalam kehidupan yang sementara ni..di mana pendengar terbaik mereka??Saya yakin remaja setuju dengan pendapat saya.Mereka cuma menyuarakan pandangan,bukan melawan,,

Parents kena bijak bezakan kata-kata dan ayat remaja.Jangan samakan remaja yang berikan pendirian dengan melawan.Mereka takde terlintas pun nak potong ayat atau lawan anda.Apa perasaan anda kalau anda diperlakukan sebegitu?Sakit hati bukan?

Namun,golongan remaja juga mestilah faham dan memainkan peranan mereka yang tersendiri.Jangan gunakan nada yang salah.Gunakan struktur ayat yang betul.Jika niat anda mahu melawan kata ibu bapa,makanya,ibu bapa anda akan memandang rendah kepada anda.

Anda mesti bijak meluahkan apa yang anda rasa kepada ibu bapa dengan baik.Jangan salah gunaka istilah remaja pula yang kononnya mahukan kebebasan hak bersuara dan sebagainya.Ibu bapa ialah insan yang sentiasa mahukan yang terbaik daripada kita.

Apa yang mereka katakan dan lakukan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk masa hadapan kita yang jauh lebih cerah pada masa akan datang.Jadi,kita hormatilah mereka dahulu,kemudian,mereka akan menghormati pendirian kita.Jangan serkap jarang terus ya!

Remaja,,Memanglah manusia mengalami zaman gila ketika usia remaja.Macam-macam yang akan mereka lakukan dan macam-macam yang ingin mereka cuba.Biarkan mereka belajar daripada pengalaman.Adapun nasihat yang berguna,berikan secara berhikmah,bukan dengan satu pujukan renjatan penuh ketidak ikhlasan!!

No comments: