Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Saturday, May 5, 2012

Kita Memerlukan ALLAH


Sebut sahaja kalimah manusia..macam-macam yang kita akan bayangkan,,
manusia yang kaya,miskin,,
manusia yang sihat,,manusia yang sakit,,
manusia yang lemah,,juga sebaliknya..
Tetapi kenapa kita tak sandarkan kalimah manusia itu sebagai 'abdullah? HAMBA ALLAH?

Manusia yang kaya,dari mana datang rezeki mereka,,begitu pula yang gagah,,mampu bekerja sehari-hariannya,,dari mana pula datang kudrat mereka??

Semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah limpahan daripada zat yang Maha Kuasa,ALLAH SWT.

Tetapi kita manusia,sering sahaja leka dengan nikmat pemberianNya.Kita tidak syukur bahkan kufur!semua orang pernah kufur,,yang kaya,,yang miskin,,yang bijak,,yang dungu,,anda,mereka bahkan saya!!kerana kita sekadar manusia berstatus hamba!!Fitrah kita melakukan kesilapan dan fitrah kita juga untuk memohon keampunan..

Manusia lupa,,memerlukan ALLAH setiap waktu!!Ingat,setiap waktu..Jika sesaat kita tiada ALLAH,,atau kurang sesaat tanpaNya,pernahkan anda fikir impaknya??Kita ibarat kosong!Kita tiada apa-apa..kita miskin dan Muflis,saya kira.

Sedangkan ALLAH,,langsung tidak memerlukan kita,,Kita ni siapa,,apa yang kita ada,,pernah kah ALLH meminta kita apa-apa??Pernah ALLAH menadah tangan kepada kita,,pernahkah ALLAH meminta kita memakbulkan doaNya??Tidak bukan??Kerana yang berdoa itu kerja Hamba..Yang menadah tangan itu juga hamba,,dan yangmerintih kepada Tuhannya itu adalah Hamba.
Jadi jelas!Kita sangat memerlukan ALLAH..lebih daripada keperluan kita kepada ibu,ayah,keluarga,sahabat dan lain-lain harta dan kepunyaan kita di dunia ini.Kerana apa?Kerana tanpa harta,Kita masih ada ALLAH..
Tetapi tanpa ALLAH,,kita tiada hrta dan kepunyaan..

Kita sahaja yang sering salah tingkah..Apabila hilang sesuatu,kita tangisi sederasnya,,kita hiba,,kita lemah semangat..kita lupa,Kita masih punyai sesuatu yang lebih berharga..ALLAH..Seharusnya kita yakini,,akan ada yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan selepas ujian menimpa.Tetapi kita,mennagis seolah-olah tiada lagi kebahagiaan kurnianNya,,Hamba bagaimanakah kita sebenarnya?

Sesalilah..ALLAH tidak tidur,,Dia mendengar,melihat bahkan lebih mengetahui perihal keperluan hambaNya,,kita perlukan ALLAH..
kalu kepada manusia,kita sibuk mahu mereka tahu rasa cinta kita kepada mereka,,kenapa kepada ALLAH Kita tidak begitu.Kita malu-malu bahkan segan pulak nak berbuat begitu.sedangkan sebenarnya,kepada ALLAH lah kita patut luahkan cinta kerana pasti cinta kita dibalas,lantas kita tidak akan menangis ditolak..Bila lagi kita mahu meluahkan cinta kepada ALLAH,,esok

esok?Lusa? atau tahun-tahun akan datang?
Fikirlah,,nyawa yang diberi percuma bukan milik selamanya,,
Anda mampu mengubahnya..

No comments: