Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, June 20, 2012

Couple,Fitrah atau...(Hak Bercinta Hak Kami?)


Satu hari nanti,saya teringin sangat-sangat nak ada cahaya mata yang  soleh,solehah dan menjadi penyejuk mata saya dan orang lain juga.Kemungkinan itu ada,tetapi,andai kata saya panjang umurlah.Panjang ke?


Kadang-kadang saya pelik,kenapa mudah sangat seorang muslimah atau muslimin itu meluahkan perasaannya kepada yang bukan mahramnya.Dia tak malu ke?Tambahan pula seawal sekitar usia belasan tahun ini.Saya tidak menyandarkan hal ini kepada mereka yang admierre diam-diam tu,tetapi saya mensasarkan ayat ini kepada mereka yang dah sebok-sebok mengikat tali cinta setulus jiwa dengan sesiapa sahaja yang dianggap istimewa di mata dia.Couple!Ha,,golongan yang inilah sasaran saya.

Kenapa anda couple? 
Kan bagus kalau ada orang bagi jawapan dekat blog ni kenapa dia couple?
Apa rasional anda dan apakah sasaran anda sama ada untuk sehidup semati dengan dia dalam satu liang lahad ataupun sekadar untuk bercinta di atas bumi bawah langit ini sahaja?Seribu persoalan menerjah!

Yang pertama,Couple ringan-ringan:
alah,,golongan ni yang asyik jumpa tapi tak buat apa-apa pun,,tak pegang-tak sentuh kira kalau ada wudhuk time tu pun takkan batal punya,lah!

Yang kedua,golongan yang couple tahap gila separa:
Yang ni,agak bahaya sikit.Golongan ni saya kata gila sebab dia dah touch sana sini.Kira kalau jumpa je,mesti nak kena bimbit tangan antara satu sama lain.Kira,masing-masing OKU lah ni,tak mampu nak jalan tanpa bantuan dan sokongan daripada sesiapa.Alahai,kesian.

Golongan yang Ketiga:

Inilah golongan betul-betul gila! Golongan ni,kalau bawa pergi ke HTR,layak diberikan renjatan elektrik agar dia sedar dan ingat semula ajaran agama Islam yang menyatakan bahawa haram bukan mahram kita pegang!Tak kisahlah,suka-suka ke,waktu duka atau time tu nafsu syahwat tengah memuncak ke!Ambik bantal peluk,cium pegang peluk puas-puas!Takde orang pandang serong dan takkan ada orang yang nak marah ke,hina ke apa ke.Dapat pahala cegah zina sendiri-sendiri.Daripada peluk sana-sini tak tentu hala macam anak beruang kena gantung dekat leher mak buat apa?Tak de kerja?


Saya tak sangkal,memang fitrah manusia untuk dibelai,disayang,dipeluk dan di macam-macam lagilah.Sya pun nak juga semua itu dan memang ketagihan akannya.Tetapi bukanlah dengan makhluk-makhluk takde identiti dan ilmu tahap ustadz-ustadz ni!kenapalah agaknya,seawal usia ni ada yang di luar sana tu  dah ketagihan?Tak cukup kasih sayang mak ayah ke?Atau,dah ketandusan sangat?

Tersimpul mati ke??
Janganlah macam ni,,kita kembali semula kepada ajaran Islam yang berpandukan AL-Quran Dan Al-Hadis.Apabila kita menghayati setiap ajaran Islam itu secara menyeluruh,Insyaallah,kita akan lebih yakin lagi bahawa setiap fitrah yang kita perolehi itu harus dijaga sebaik-baiknya dan bukanlah digunakan secara membabi buta semata-mata.

Islam agama syumul.Mudah dan jelas apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang.Allah tak kata jangan berzina tetapi ALLAH kata,jangan mendekati zina dalam satu potongan ayat ni.Kenapa?Kerana,kalau kita tidak mendekati zina,zina takkan berlaku.Faham tak apa yang cuba saya katakan.Maksud saya,couple ni pun,selangkah mendekati zinalah..
Oleh itu,kalau agak-agak couple tu,ingatlah,berwaspadalah,dan renungkan semula..


Pernah tak anda sentuh bukan mahram anda tu saje-saje?Cuba ingat pelan-pelan,berapa kali agak-agaknya anda sudah buat dia ketagihan menanti anda masuk ke dakapan dia?Mesej-mesej anda kepada ekkasih anda.?Adakah ia berbentuk ilmu atau sekadar meluahkan rindu dan gelodak nafsu sehingga anda dan dia benar-benar lali dengan alam fantasi cinta anda?Itu pun dah dikira berdosa sebab kita buat dia lalai dengan tubuh kita,sikap manja kita dan sebagainya.Oleh itu,fikirlah sejenak,dan renungkanlah.Sekadar peringatan, Wallahu'alam..

No comments: