Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, June 6, 2012

Poligami ,Kenapa Takut?



Sesetengah individu sangat takut apabila diajukan soalan mengenai poligami ini.Hakikatnya,ramai wanita yang menolak poligami dalam rumah tangga mereka.Bermacam-macam soalan dan persoalan akan diajukan kepada diri mereka sendiri apabila suami mereka minta kahwin lagi.Apa,hang tak puas ka hidup dengan aku?


Ya,saya masih setahun jagung dan memiliki seorang suami apatah lagi balak pun belum.Mungkin ramai yang akan menyumbangkan persepsi kepada saya..yelah,,kamu tu belum berumah tangga lagi.Tak tahu macam mana rasanya apabila melihat suami kita disentuh wanita lain atau bersama dengan wanita lain.Mungkin..


Tetapi,


sejujurnya,andai ditakdirkan saya mempunyai seorang suami yang soleh suatu hari nanti,akan saya katakan kepadanya, 'Seandainya kamu mencintai seseorang wanita yang baik selain daripada ku,nikahilah ia dan semoga kamu sentiasa berbahagia untuk memilikinya.Tetapi sekiranya wanita itu bukanlah wanita yang baik akhlaknya,dan kamu masih mencintainya,nikahilah ia,kerana saya mahu kamu membimbingnya sebagai isteri dan wanita yang akan menemanimu bersama-sama ku di taman syurga.'ERR..FAHAM??


Maksud saya disini,.berpoligami itu tidak semestinya atas faktor dia hendak memuaskan nafsu dengan wanita lain semata-mata atu test market dan melepaskan geram kepada isteri yang sudah ada.Poligami ini sebenarnya mampu untuk melindungi imej agam ISLAM itu sendiri.


Kita lihat sahaja Nabi SAW.Baginda tidak berkahwin atas dasar nafsu atau, 'Huh!Yang ni cun,aku nak yang ni jadi isteri aku yang seterusnya.'TIDAK!Baginda bernikah lagi untuk mengelakkan maksiat dan pandangan serong masyarakat,untuk meluaskan agama Islam di samping mendidik umat Islam ke arah kebaikan dengan cara merapati mereka.Jadi janganlah kita jadikan alasan cemberu itu sebagai satu faktor untuk menolak poligami ini serta-merta dan siap buat signboard lagi dalam rumah 'ATTENTION,NO POLIGAMI!'


 Bagi saya,apabila kita berpoligami ini,kita mampu untuk menyelamatkan ramai wanita daripada status janda,andartu dan lain-lain lagi.Menutup aib wanita juga akan dapat kita lakukan dengan mengizinkan wanita itu berkahwin.


Sedarkah kita,dan ingat tak lagi bahawa,salah satu tanda-tanda kiamat itu adalah apabila wanita melebihi lelaki.Jadi,bayangkan.Pada zaman kita ataupun pada zaman saya nanti,pasti ramai wanita yang tidak akan berkahwin ataupun lambat jodohnya.Jadi,kasihan bukan kepada mereka-mereka yang bernasib malang ini di mana mereka juga memerlukan setitis kasih seorang insan bergelar SUAMI.Apa salahnya kita berkongsi kasih dengan mereka sebaik-baiknya dan seikhlas-ikhlas hati.Insyaallah,ganjarannya adalah payung emas syurga.


Suatu hari nanti,andai ada jodoh,saya juga akan memiliki seorang suami.Saya juga tidak tahu seandainya suami saya itu menikahi saya sebagai isterinya yang pertama atau kedua atau yang keempat.Cuma saya harapkan,dia dapat berlaku adil dan baik sebaik-baiknya kepada isterinya,dan jika dia ingin menikahi yang lain tidak kisahlah kerana kelemahan dan kekurangan saya atau membantu insan-insan yang bermasalah,saya harapkan yang terbaik sebagai bantuan daripada ALLAH,selama-lamanya.Wallahu'alam..

No comments: