Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, June 6, 2012

Memupuk Rasa Malu

 


Sifat malu adalah satu sifat  yang terpuji dalam diri setiap insan bernama manusia.Tidak kisahlah si pemalu itu seorang lelaki,perempuan,Islam,Buddha mahupun Hindu sekalipun,jika dia menyemai sifat malu dalam dirinya,Insyaallah,dia akn dijauhi oleh sifat-sifat mazmumah dan maksiat.

Sifat malu amat penting dalam diri seseorang itu.
Dengan sifat malu,seorang hamba mencintai Penciptanya..
Dengan malu,seorang hamba sentiasa merendah diri melebihi rumput di atas tanah,
Dengan malu,seorang hamba memepuk keimanan dalam jiwa..
Dengan malu,maksiat yang diamalkan akan segera diinsafi kerana tersedar ada yang melihatnya..
Dengan malu rasa kecewa dan rasa keluh kesah kerana kemiskinan akan terhakis kerana sedar ia adalah nikmat yang mempunyai maksud tersirat daripada Allah,TuhanNya..
Dengan malu juga,cinta yang dijalinkan akan berkekalan,musuh yang berada di hadapan akan kelu,
syaitan yang membisik akan terkedu dan kemaksiatan serta kehinaan akan disingkirkan dari dalam hati,jiwa dan tubuh..

Sungguh beruntung bagi mereka yang mempunyai rasa malu.Mereka sentiasa menang.Mereka sentiasa taatkan Allah SWT kerana malu untuk tidak bersyukur.
Mereka sedar bahawa memiliki bukan bermaksud kaya,Tetapi memiliki bermaksud malu untuk memperjudikannya ke atas landasan-landasan dosa.

Hakikatnya,saya dan anda juga mungkin sudah kehabisan atau kekuranagan sifat malu dalam diri..
Mungkin kerana dosa semalam atau pahala yang tidak membukit tinggi lagi..
Atau mungkin juga naluri seorang hamba itu telah terhakis menjauh pergi.

Semoga ALLAH mengurniakan kita sifat dan rasa malu dalam jiwa dan diri kita.
Memilikinya adalah sebagai satu nikmat dan anugerah.Dan memilikinya bagi seorang muslimah adalah satu hiasan,bahkan menjadi ibadah apabila melindunginya daripada khianat-khianat manusia.

Semoga kita sentiasa tersedar.
Tidak mengapa sekiranya kita merasa malu apabila sudah melakukan kesalahan kerana ia bukan bermaksud kita sudah terlambat.
Tetapi malulah sekiranya kita tidak berasa malu selepas melakukannya kerana ia adalah tanda kegelapan dan kejahilan..
Wallahu'alam..


 

No comments: