Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Thursday, June 7, 2012

Antara Pancaroba dan Coba-Coba


 

Aarghh,,pereksa dapat E lagi..
Kenapa mesti aku yang ditimpa masalah ni?
Ibu asyik membebel je,naik motor lah..
Adik aku ni memekak je,pergi main jauh-jauh..


Selalunya,nilah ayat-ayat keramat kita apabila dihadapkan dengan pancaroba dan ujian daripada ALLAH SWT.Kadang-kadang,apabila saya kata dekat kawan-kawan saya bahawa gagal dalam ujian pun merupakan satu bentuk ujian ALLAH,mereka tercengang macam baru turun ke Bumi dari planet lain.Betul ke?

Persoalannya,
di manakah letaknya pandangan kita terhadap setiap ujian dan pancaroba ini.Adakah ia sebagai malapetaka semata-mata?Ataupun ia sebenarnya memiliki maksud yang tersirat dan tersembunyi yang ditujukan khas untuk batang hidung kita sendiri dan mungkin juga orang lain.

Manusia memang diciptakan dengan adanya keluh kesah.Cinta kedua saya pun,iaitu Umar Al-Khattab,pernah mengalami keluh kesah dalam hidup beliau ketika menegakkan kebenaran Islam suatu ketika dahulu.Tetapi,kerana meyakini bahwa,keluh kesah itu diciptakan sekadar untuk menghiasi setiap jerih payah yang dilalui,beliau tetap bangkit dan optimis dengan setiap ujian yang telah ALLAH SWT kurniakan kepada beliau.

Tidak kisahlah,seberapa mantap sekalipun iman seseorang itu,dia pasti pernah mengalami zaman-zaman keluh kesah atas faktor ujian dan dunia yang penuh dengan pancaroba ini.Tetapi ingat,jangan pernah coba-coba untuk memesongkan hati anada dengan berpaling daripada landasan agama setiap kali diuji kelak anda akan menjadi golongan yang tidak bersyukur.

Memiliki pancaroba dalam dunia ini sebenarnya penting ye,bukan pening!
Dengan adanya pancaroba dalam dunia ini,manusia itu akan lebih merendah diri kepada Tuhannya iaitu ALLAH SWT.Dia akan melakukan apa-apa sahaja agar dia terselamat dan dilindungi daripada setiap ujian,cabaran dan kesusahan hidup ini.Bagaimana?Dengan cara mendekatkan diri kepada ALLAH.

ALLAH SWT sendiri telah bersabda di dalam Al-Quran seseorang itu belum betul-betul terbukti keimanannya seandainya dia belum diujui.Macam konsep peperiksaanlah.Kita masih belum boleh ditakrifkan sebagai cemerlang,seandainya kita masih tak dapat A,A+.dan lulus tu.

Bagaimana nak dapat A?Dengan cara menghadapi ujian tersebut dengan berlapang dada bukan terlopong ye.Ingat,jangan coba-coba untuk mensyirikkan ALLAH apabila diuji,ye!Kerana,ramai di antara manusia berstatus makhluk ini yang apabila diuji sahaja,iman dia mulalah nak goyah.Mulalah melemparkan kesalahan kepada ALLAH.'Kenapa aku?!Takde orang lain ke?'Cuba kita hindarkan persepsi negatif ni daripada diri kita termasuk saya,yang selalu buat macam ni.Apa kata kalau kita ubah pula,'Macam mana aku akan hadapi ujian ni?Nabi dulu bila hadapi ujian Baginda buat camne?'Kan elok,tu..Nabi,ketika susah dahulu nak pergi perang ni,ada Nabi go stund balik?Reverse ke?Takde,Nabi jalan ke hadapan jugak kan?Jadi kita?Ke hadapan lah juga!


Kita mesti bijak dan optimis hidup dalam dunia ni.Kita berstatus makhluk iaitu yang diciptakan,dan ALLAH itu AL-Kholiq(Maha Mencipta),jadi.memang sifat makhluk tu untuk diujui dan memang berhak sangatlah untuk Al-Kholiq ini tadi menguji.Biarlah ALLAH uji kita,Dia yang ciptakan kita.Apa hak kita mempersoalkannya?Kau ada?

Apabila kita berprasangka buruk kepada ALLAH,ALLAH pun akan selalu berprasangka buruk kepada kita.Kerana,ALLAH memandangkan dengan cara kita memandangNya.Jadi,jom pandang ALLAH dengan penuh rasa cinta sambil kata "Ya Allah,terima kasih kerana menguji aku pada hari ini.Tanpa ujian Mu,mungkin akan aku tergolong dalam golongan orang-orang yang lalai dan melakukan kemungkaran."

Untuk menghadapi pancaroba dengan penuh keimanan caranya tidak lain dan tidak bukan dengan banyakkan bersujud kepada ALLAH,mengadu kepadaNya.Kita kalau ada masalah,kita mengadu dekat makhluk,takde effect.Dia makhluk,kita makhluk,sama je.Mungkin dia kata,aku faham,aku faham.Tapi hakikatnya,boleh ke dia selam masuk dalam hati kita ni?Tidak!Jadi,kita mengadulah dekat ALLAH,Al-Kholiq ini tadi.Dia faham perasaan kita,for sure.Dia ciptakan kita,dia tahulah tentang perasaan kita.Oleh itu,bersujudlah dan redailah setiap ujian ALLAH iti.Pancaroba bukan sekadar coba-coba tetapi cobaan yang akan memabwa pengalaman paling berharga dalam diri kita dan sepanjang hayat kita,Insyaallah.

Sekian sahaja,Wassalam..




No comments: