Sebut sahaja waktu mustajab,pasti ramai yang sudah maklum bahawa waktu ini adalah waktu yang mana segala hajat kita akan diperkenankan sama ada doa,solat,insyaallah.Ttetapi,tahu tak kita sebenarnya bahawa salah satu daripada waktu-waktu yang mustajab itu adalah pada waktu hujan.Bukan ketika lepas solat atau azan sahaja.Hakikatnya,sekarang ni,asal hujan je,,mulalah kita akan kata,,'Aduhai.,apahal plak hujan tengah-tengah hari buta camni.Apa,takde hari lain ke nak hujan?!'.Seriously,saya pun pernah buat!
HUJAN?
Di kala angin sepoi-sepoi bahasa dan langit mendung gituk.Terasa badan pun mendayu-dayu pujuk rayunya untuk mengajak beradu.Tetapi,jangan!Apa kata kalau anda tunggu sebentar,doa dahulu.Dekat Mesir jauh tu,diorang takkan ada keluh kesah punya kalau hujan turun.Bahkan,orang Mesir yang datang Malaysia ni cukup pelik apabila melihat karakter masyarakat Malaysia ni yang apabila hujan je mulalah mencarut.Dekat Mesir,diorang akan mengalami hujan dua kali setahun je tau.Dan bila hujan turun je,diorang akan kumpul ramai-ramai dekat atas balkoni atau bangunan sambil tadah tangan dan berdoa.
Kerana apa,ye?
Menyesal ke dengan hujan yang turun bagaikan mutiara tu?Atau,mengadu kat ALLAH,kenapa time ni hujan ya ALLAH?
Tidak,jauh sekali merungut.Mereka akan berdoa dan meninggalkan segala-galanya yang sedang mereka lakukan tidak kisahlah sama ada mereka sedang buat kerja ke,makan ke atau apa-apa punlah.Semata-mata untuk berdoa kepada ALLAH SWT.Persoalannya,ada rakyat Malaysia buat macam tu??
Err,,tepuk dada,rasa sakit sendirilah,ye!
Cuba kita bayangkan jelah jika ada rakyat Malaysia yang buat macam masyarakat Mesir,tu.Apa agak-agaknya yang orang akan cakap bila tengok korang dok atas bumbung sambil tadah tangan.Silap-silap hari bulan,orang ingat korang nak bunuh diri sambil minta ampun dekat ALLAH siap-siap sambil tadah tangan.Sebab apa?Sebab takde rakyat Malaysia yang nak mulakan dahulu.Kita mesti kena ada seseorang yang boleh betulkan balik persepsi masyarakat yang beragama Islam terutamanya mengenai hujan ini.Memanglah,kita kat Malaysia ni,hujan sampai banjir tetapi,kita mintalah hujan yang memebawa rahmat.
Oleh itu,betyulkan semula pandangan anda,saya,dan mereka mengenai HUJAN yang turun bersama rahmat ini.Dan mudah-mudahan,kita sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT,insyaallah.
No comments:
Post a Comment