Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, June 8, 2012

Mendekati 'Ulamak Itu Penting

Apabila menyebut 'ulamak,masyarakat akan meletakkan satu pandangan dengan membayangkan pak lebai,tok imam,tok bilal,pak haji dan  tok selampit.Mereka akan meletakkan satu pandangan dengan menggambarkan insan-insan berjambang,bertongkat,berjubah,berkopiah dan sebagainya.Hey!Bukan semua 'ulamak macam tu.Ada je ulamak yang rock2 style gitu,,Siapa?Akhil Hayy?




Sebenarnya,'ulamak bukan bermaksud orang yang tahu agama sahaja.
'Ulamak merupakan insan-insan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak.Maksudnya,dia ada ilmu,orang yang berilmu dan mengetahui mengenai satu-satu ilmu pengetahuan itu.Cuma masyarakat kita,meletakkan ulamak itu sebagai satu gelaran bagi ustadz-ustadz di sekeliling mereka,dalam tv,radio dan surat khabar.Betul ke?


Bergaul dengan ulamak(yakni orang berilmu) itu amat penting.Orang yang berilmu ini sentiasa didoakan oleh para malaikat,alam dan haiwan sekalipun.Ini menandakan betapa bertuahnya bagi mereka yang memiliki ilmu pengetahun.



Orang yang memiliki ilmu ini dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada diri kita.Janganlah pula kita berguru dengan ketua perompak dengan alasan,dia mempunyai ilmu yang menyuruh dalam hal ehwal merompak dan dia memang handal dan berilmu.Itu adalah perkara yang sesat lagi menyesatkan!


Orang yang mendekati ulamak ini akan turut serta dalam mendalami dan memahami satu-satu cabang ilmu itu.Dia akan bertambah-tambah cinta lagi untuk explore sesuatu yang baharu.Sebagai contoh,dia mendekati seorang saintis.Dia akan lebih banyak mengetahui cabang-cabang sains,neurologi,alam semesta dan lain-lain lagi.Dengan cara ini,dia dapat mengaitkan segala pengetahuannya itu dengan ciptaan ALLAH SWT,kerana dia menyaksiakan kehebatan dan keindahan alam semesta ini.Dia juga akan lebih takjub dengan penemuan-penemuan setiap yang berlaku di dunia ini lantas merasakan dirinya cukup kerdil untuk dibandingkan dengan segala penciptaan Ilahi.


Selain itu,apabila kita mendekati orang yang berilmu,imej kita sendiri akan berubah ke akhlak yang lebih baik,insyaallah.Kita mendekati mereka yang berilmu,bermaksud,mereka yang mengetahuilah mengenai perkara yang haq dan yang batil.Jadi,apa yang saya ingin kaitkan di sini adalah,orang yang apabila dia mendekati orang yang menjaga fikrahnya,akhlaknya dan jismunya itu,akan sentiasa melakukan amalan yang mulia dan mendekatkan diri ke arah kebaikan.


Bukan bermaksud saya menyarankan kita pinggirkan orang yang tidak berilmu.Itu tidak boleh lagi merosakkan kelak.
Apabila kita mendekati mereka yang berilmu,kita kumpul dahulu ilmu yang telah mereka kongsikan dan kita update dalam minda kita.Kemudian,kita sebarkan pula kepada golongan yang kurang pengetahuan ini.Ini adalah konsep yang betul dalam Islam,di mana berfikir untuk pembangunan ummah bukan melarikan diri daripada kegoyahan ummah.


Apabila kita mendekati ulamak,kita juga akan lebih yakin dalam melakukan satu-satu perkara.Sebagai contoh,kita nak buka perniagaan.Kita mudah untuk bertanya kepada mereka yang mempunyai ilmu perniagaan ini kerana kita sentiasa mendekati mereka.Barulah maju.


Jika kamu ingin mencapai sesuatu perkara atau sesuatu bidang,maka contohilah pengasasnya.


Jadi,kita harus mengubah perspektif diri di mana kita mestilah bergaul dengan mereka yang kaya ilmu pengetahuannya dalam kehidupan ini.Bukan untuk kemewahan dunia tetapi sebagai bekalan yang berguna juga untuk kehidupan di dunia dan akhirat,insyaallah.



No comments: