Petikan lagu Allah Is Calling by The Zikr,ada berbunyi,..
Allah Is Calling..
But I didn't answer..
And when Allah is callin..
I just listen to the voices..
Anda pernah tak dengar azan,tetapi anda tak hayati.Anda tidak endahkan bahkan anda menganggap ia sebagai satu melodi subuh hari,,tengahari,,petang hari,,senja hari..atau..malam hari.. Azan..Bukan sekadar melodi,ia satu penghayatan.Satu nada yang harmoni untuk dihayati sepenuhnya.. Satu seruan.
Saya mengabaikan azan..Sedih rasanya apabila saya mengenankan zaman-zaman kejahilan.Di mana azan,bukanlah sesuatu yang saya pandang serius.Bgai saya,ia hanyalah sebagai satu tanda,waktu solat dah masuk dan kita kena solat.Benar!Keangkuhan saya terserlah kerana menganggap azan terlalu kecil berbanding diri ini..Ialah,,saya boleh berdiri..azan?Tidak dilihat..sekadar mendengar,,.
Seseorang yang istimewa dalam hidup saya muncul,tiga tahun lepas.Dialah ustaz saya,walaupun usianya saat itu sekadar 16 tahun.
Dia seorang tahfidz,Yan ,Kedah.Kata-katanya mengenai azan,amat menyentuh jiwa ini.Dia membuka mata dan pemikiran saya mengenai konsep azan itu secara meluas dan terperinci.
Katanya,apabila azan berkumandang,semua makhluk ALLAH yang taat akan terdiam..Kerana ia adalah satu kemunculan yang besar dan hebat.
Katanya,dalam hidup ni,ALLAH sekadar memanggil kita sebanyak tiga kali..
yang pertama,ketika azan..
yang kedua ketika kita menunaikan ibadah haji..
dan yang terakhir,ketika kita hendak mati..
ALLAH MEMANGGIL KITA..
Bagi mereka yang mampu,mereka menjawab panggilan ALLAH dengan menunaikan ibadah Haji,salah satu daripada rukun Islam.Beruntunglah orang-orang sebegini..Kita tahu,bukan sedikit belanja menunaikan Haji di Tanah Suci.ALLAH pun tahu,banyak perkara yang mesti diuruskan oleh hambaNya untuk melawat Baitullah.Sebab itu ALLAH memberikan ruang kepada hambaNya.Siapa yang berkemampuan dan mahu,dipersilakan.Anda amat dialu-alukan untuk menunaikan ibadah haji di sana.Tetapi,bahi yang serba kekurangan..Tidak mengapa..Ini tidak bermakna ALLAH menolak anda untuk mengadapnya..Solat kan ada..anda masih mengadap ALLAH SWT dalam solat anda..bersyukurlah..Itu satu pilihan,,hendak atau tidak???Persoalan....
Sedih saya rasa,apabila saya sedar,.diri ini pernah dan selalu leka dengan panggilan ALLAH yang satu ini..Maafkan saya ,ALLAH...
Terakhir sekali,,
Hakikatnya..berapa ramai daripada kalangan kita yang membezakan azan dengan panggilan manusia..
Kita mungkin tidak sedar dan terlupa..Eh,ALLAH yang panggil itu..Bukan bilal..bukan Tok Imam..Bukan Hamba ALLAH!Tetapi ALLAH!
Sesungguhnya solat itu berkait rapat dengan azan..Orang melaungkan azan agar kita dapat berhenti daripada setiap tindakan kita dan fokus kepada panggilan ALLAH pula..Bukannya sebagai tanda atau hind semata-mata yang waktu solat dah time!Jangan pandang ia sebagai satu yang remeh lagi selepas ini..
Ya ALLAH,andai aku Pergi..jadikan ini kenyataan..Iaitu,aku bersaksi bahawa,tiada lain hanya Kau satu,memiliki cintaku,ku serah segala kepadaMu..Amin..
In Love for ALLAH..
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment