Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, August 1, 2012

Malaikat Tidak Masuk Ke Dalam Rumah Yang Ada Anjing!!

     Aisyah r.a berkata: "Jibrail a.s. telah berjanji kepada Rasulullah untuk bertemu dengan baginda pada suatu hari yang telah ditentukan waktunya.Namun,apabila telah tiba waktu yang ditetapkan itu,ternyata Jibrail a.s tidak tiba-tiba juga ke rumah Nabi SAW.


     Pada waktu itu,pada tangan Rasulullah SAW ada tongkat, maka,  Baginda meletakkan tongkat itu sambil berkata, 'Allah dan Rasulnya tidak menyalahi(memungkiri) JANJI.'.


    Setelah itu,baginda menoleh ke belakang dan terpandang seekor anjing kecil di bawah tempat tidur baginda maka baginda berkata,, 'Wahai Aisyah,,sejak bilakah anak anjing ini masuk ke dalam rumah kita?'


Lalu,Aisyah berkata, 'Wallah!Aku tidak mengetahui tentang anjing ini.'


Kemudian,Rasulullah saw menyuruh Aisyah r.a menghalau anjing tersebut keluar daripada rumah mereka.Setelah itu,Malaikat Jibrail a.s. pun masuk ke dalam rumah baginda serta merta.


Rasulullah saw berkata,'Anda telah berjanji untuk datang pada waktu yang telah ditentukan dan aku telah menunggu-nunggu anda tetapi anda masih juga tidak datang.'.


Maka,berkata Jibrail a.s. , 'Aku tidak dapat masuk ke dalam rumah kamu kerana terdapat anjing di dalamnya.Aku terhalang oleh anjing itu dan kami malaikat tidak memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar hidup. ' ."kata Aisyah r.a..


Maka,dengan membaca kisah ini,maka dapatlah kita simpulkan bahawa,Islam tidak membenarkan umatnya membela anjing di dalam rumah kerana dikhuatiri malaikat tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut dan menghalang Rahmat ALLAH SWT daripada masuk ke dalam rumah melalui para malaikat.


Manakala,,kita tidak dibenarkan menggantungkan gambar-gambar hidupan sama ada manusia sendiri pada dinding rumah atau tempat tinggi dalam rumah kerana ia dianggap melawan ciptaan ALLAH SWT yang Maha Kuasa.Ada juga yang menyatakan bahawa ia menyerupai amalan seolah-olah mengagungkan gambar makhluk berbanding ALLAH SWT.Oleh itu,afdal untuk kita memperbanyak menggantung kalimah Tauhid berbanding gambar patung mahupun hiasan dalaman rumah yang berbentuk hidupan..Anak-anak patung juga mesti diletakkan di tempat bawah bukan disusun seperti satu replika di dalam rumah kerana ia boleh menyerupai berhala.

Selain itu,,ada juga orang alim yang menyatakan bahawa,,antara tanda-tanda malaikat tidak masuk ke dalam rumah ataupun terhalang untuk masuk ke dalam rumah adalah apabila rumah kita sentiasa dimasuki oleh anjing ataupun anjing berkeliaran di kawasan dalam rumah kita.

Oleh itu..marilah kita berusaha dalam mencari setiap Rahmat dan Barakah daripada ALLAH SWT  melalui apa yang kita kerjakan dan usahakan.


Susah tahu kalau malaikat tak masuk rumah ..Antaranya,keluarga porak peranda..tak bahagia..rasa rumah tidak bercahaya dan rezeki lambat masuk..
Jadi,,apabila sudah tahu,kita elakkan mana yang patut ye.))


Wallahu'alam.. :))

No comments: