Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, August 15, 2012

Rumah Tak Masuk Perompak Baca Ayat Kursi...Insyaallah.

Saya yakin dan amat meyakini bahawa ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui mengenai fadhilat mengamalkan ayat kursi..Bagi yang masih belum menghafalkannya,amatlah baik jika terus diamalkan dan dihafaz.Kebaikan mengamalkannya tidak boleh disangkal lagi bahkan mesti dijadikan sebagai iktibar agar kita sentiasa peka dengan kuasa ALLAH SWT.
Anda pasti sudah mengetahui dan mendengar kisah mengenai seorang rakyat Malaysia yang bekerja di UK yang terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh seorang penjenayah. 

Bagaimana dia boleh terselamat?
Dia mengamalkan ayat Kursi.

Ketika bilakah dia mengamalkan ayat ini?Ketika dia merasakan bahawa dirinya berada dalam keadaan yang tidak selamat dan amat bahaya!

Suatu hari ketika hendak pulang dari tempat kerjanya,dia melalui jalan yang sunyi dan gelap.Disebabkan lampu samar-samar,lagilah seram rasanya.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki 
(kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Saat tu,memang ayat tu yang dia ingat kerana sudah dijelaskan dari dahulu lagi mengenai kebaikannya jika diamalkan selalu. 

 Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.LIHAT!
Ini bagi yang hafal,,Tapi,,kes yang saya nak kongsikan ini adalah megenai kejadian yang berlaku di Malaysia.

Ustaz saya menceritakan kepada saya.Ada seorang amah Indonesia ini..Dia bekerja dengan orang Malaysia sebagai pembantu rumahlah di rumahnya.Majikannya seorang yang baik,beragama dan adil.Dia mempunyai ramai anak yang masih kecil-kecil lagi.

Majikannya selalu berkata kepadanya, "Bik,setiap kali saya dan seuami keluar bekerja,Bik tolong bacakan ayat kursi 7 kali di setiap penjuru rumah ya.Insyaallah,terhindar daripada bahaya macam perompak dan sebagainya."Bibik tu pun angguk jelah..

Majikan tersebut tidak merasakan apa-apa masalah bagi amah tersebut dan memikirkan dia seorang yang tahu mengaji kerana setiap hari mereka solat berjemaah sekali di ruang tamu.

Ditakdirkan suaru hari,
Majikan ini tadi tidak dapat pulang ke rumah dengan awal bersama-sama dengan suaminya atas faktor urusan pekerjaan yang tidak dapat dielakkan.Seperti biasa,selepas majikannya keluar dari rumah,bibik ini tadi pun baca 7 kali ayat kursi di setiap penjuru rumahnya.

Selepas beberapa jam,ya!Beberapa orang lelaki telah memecah masuk kediaman tersebut!

Apa yang terjadi?

Lelaki-lelaki tadi telah mengikat amah dan anak-anak majikannya lantas mengambil barangan berharga di situ.Tetapi,saat hendak melangkah keluar dari rumah itu berlaku adegan yang tidak disangka-sangka..

Perompak-perompak itu tidak menjumpai pintu keluar rumah tersebut.Setelah puas mencari di merata-rata tempat,pintu rumah masih tidak ditemui.Akhirnya,perompak itu penat dan terduduk.

Tidak lama kemudian,majikannya pulang dan saat pintu rumah dibuka dilihatnya amah dan anak-anaknya terikat manakala di sudut rumah terduduk beberapa geng perompak kerana kepenatan dan merayu dilepaskan.Mereka dibawa ke balai polis.

Setelah majikan itu mendengar penjelasan amah tersebut,dia yakin bahawa itu adalah kelebihan membaca ayat kursi sehingga perompak masuk tidak nampak pintu.Majikan tersebut meminta bibik tersebut mengajarkan anak-anaknya ayat kursi.

Suatu hari,apabila majikan ini mahu mendengar bacaan anak-anaknya,dia terkejut!

Apabila anaknya disuruh membacakan ayat tersebut,mereka hanya menyebut ayat kursi sebanyak 7 kali!Kata mereka bibik yang ajar!

Apabila majikan ini meminta bibik tersebut membacakan ayat kursi ini,ternyata hasilnya adalah sama.Sebenarnya,bibik ini seorang yang tidak pandai mengaji tetapi terlalu baik dan ikut sahaja setiap amal ibadah tuannya yang taat ini.

Majikannya sedar,,sekiranya kita tidak tahu akan hukum ALLAH itu,tetapi kita yakin bahawa adanya Kuasa ALLAH untuk kita..Insyaallah,,kita akan dilindungi..Jadi yakinlah dengan kalam ALLAH yakni Al-Quran..

Pengajarannya..Si bibik ini tadi mungkin tidak hafal ayat Kursi.Tetapi dia yakin,,ayat kursi dapat membuatkan ALLAH melindungi dirinya dan keluarga majikannya.Itulah sebabnya ALLAH SWT melindungi mereka dan harta mereka pada malam itu!!

Oleh itu..marilah kita mengamalkan ayat kursi dalam kehidupan..Pasti akan ada sesuatu yang baik untuk kita hayati nanti..Insyaallah..Wallahu'alam..


No comments: