Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Friday, August 24, 2012

Macam Mana Bercinta dan Couple Boleh Jadi Haram??

Alahai warna ni,,ala-ala romantika dikantoi gituk!!
Adalah seorang bodek comel ni minta saya beri pandangan dan pendapat mengenai masalah jiwa kacau remaja melayu zaman sekarang yang berada dalam gelodak nafsu jiwa antara kasih sayang terhadap ibu bapa dan  pasangan pilihan serta harapan mereka..Its mean,,Boyfriend istimewa dan Girlfriend istimewa.Apabila saya menyatakan mengenai hal ini,maka,sudah tentulah saya ingin berbicara soal COUPLE,,BERCINTA..
Anda ada ke???

bercinta..
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keluaran mulut Nur Fatihah Azzahra..Bercinta ni kira dia sedang dalam ikatan atau perhubungan dengan seseorang sama ada dia lelaki atau perempuan yang menganggap diri masing-masing sebagai satu keperluan dalam hidup.Kira life partner sebelum kahwinlah..

Manakala,couple ni pula merujuk kepada orang yang sedang bercinta ini tadilah..
Kesimpulannya..saya rumuskan bahawa,couple ini merupakan faa'el, yakni pembuat. Manakala,bercinta pula,Fe'el,yakni perbuatan.
kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.Ialah,takkan couple berkapel tanpa cinta.Tak logik sebab depa bukan kena kahwin paksa!Dan,takkan bercinta itu wujud tiba-tiba tanpa ada pembuatnya iaitu couple ini tadilah.Faham??
Persoalannya..
Kenapa remaja masa kini couple gila-gila?Takda yang tak gila punya..Kurang kasih sayang..Cari kasih sayang,.Atau gila bayang?Question mark?
Orang yang couple ini dianggarkan masa untuk mereka bersama dengan pasangan mereka dalam satu hari adalah kira-kira 12 jam. Ini yang gila punyalah.Mereka sanggup topup telefon bimbit setiap hari bahkan sanggup untuk berhutang dengan sesiapa sahaja semata-mata untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup mereka iaitu berchatting,, tanya khabar atau husya-husya keadaan pasangan mereka ni tadi.Inilah perbuatan orang sedang bercinta.

Hakikatnya.Mereka lupa,,alpa dan tidak sedar bahawa setiap perbuatan mereka,,atau separuh daripada perbuatan mereka dalam alam percintaan mereka ini sebenarnya haram..

Saya faham,,ada yang berkata,kami sekadar bercinta,tidak buat apa-apa..Kami keluar makan bersama-sama sahaja,,Kami pergi zoo sama-sama sahaja.Pendek kata,semua sama-sama.
Saya tanya kepada anda..Apakah hukum untuk seorang lelaki atau perempuan yang ajnabi atau bukan mahram kita untuk keluar secara berdua-duaan dengan kita tanpa alasan yang kukuh?Ya,haram jawapannya!

Tidak salah sms,mesej atau telefon orang yang bukan mahram kita tetapi,ia menjadi haram apabila kita menyatakan perkara-perkara yang tidak berfaedah sehingga mampu menaikkan nafsu syahwat dalam diri kita atau mereka,..Sungguhpun tidak naik nafsu syahwat,mungkin kedua-dua belah pihak berada dalam kelalaian seterusnya menjadikan hukumnya HARAM!
Saya ditanya semula,jadi,dalam Islam,,takde ke bercinta ni?Habis tu macam mana nak kahwin?Macam mana kita na menyelami hati budi bakal pasangan hidup kita tuh?

Ini merupakan satu ujian dan cabaran hidup dalam diri kita.Sebenarnya Islam telah memberikan garis dan panduan yang mudah dalam hidup kita cuma kita sahaja yang menyukarkannya dengan menimbulkan pelbagai persoalan dan pertikaian.Dalam Islam,kita digesa untuk mencari pasangan yang baik pengahaytan agamanya.

Nabi saw bersabda, "Kahwinlah dengan wanita yang baik penghayatan agamanya,kelak engkau akan memeperoleh ketenteraman."
begitu juga dengan cara memilih bakal suami.Sama juga. 

PERKARA-PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN SEBELUM NIKAH!

Inilah masalahnya apabila orang nak couple tapi takde ilmu!
Haram untuk berpegangan tangan,,
Haram menghantar sms berbaur nafsu dan cinta..
Haram keluar berdua-duaan tanpa mahram  yang sudah akil baligh dan mampu berfikir seperti kakak,abang,ibu,dan lain-lain.
Haram untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan nafsu syahwat kedua-duanya seperti menangkap gambar dengan pose paling seksi,,
Bercakap dengan lunak...
Berbicara kata-kata dan madah cinta yang melampui..
Ingat sikit..kamu tu masih anak dara orang..bukan isteri orang!

Dari segi pakaian..Pakailah apa-apa pun asalkan menutup aurat secara menyeluruh dan sempurna..Apabila ada yang berpakaian seperti telanjang,maka,ia sudah jatuh hukum haram!
Pakaian juga tidak boleh berunsurkan tabarruj dan menarik perhatian orang lain..

CARA YANG BETUL.

1.Jika kamu dah berkenan sangat dengan si polan ni,,bagitahu ibu bapanya.minta izin bla-bla-bla.

2.Janganlah keluar berdua-duaan.Tidak kisahlah walau di hadapan rumah sekalipun,haram duduk berdua-duaan,,boleh menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

3.Pakaian kena jaga...Jangan terpelahang sana ..terbuka sini..nampak segala cerun landai semua..

4.Jauhi mesej berbaur nafsu,,rindu,,cinta dan kata-kata yang menjatuhkan air muka kamu sebagai hamba ALLAH dan umat Nabi.

5.Jangan membincangkan isu yang melalaikan seperti suka apa,,nak anak berapa,,suka melakukan jimak gaya macam mana lepas kahwin.Haram!
Nak bincang,,bincang masa malam pertama nanti.
6.No touching!Haram!
Inilah masalahnya,,yang belum menikah sibuk nak pegang sana sini..Yang dah tunang pun duk pikir yang mereka boleh pegang sana sini sedangkan haram!
Tunang anda masih dikira ajnabi iaitu asing!
Jadi haram melakukan perkara-perkara tersebut!

7.Ikhlas kan hati dalam mencari reda ALLAH SWT dan mengembangkan umat Islam.Bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.

Jadi..Tak salah kapel..Tapi tengok balik..APa yang anda buat dan lakukan dalam kapel tu?Ada ke tidak tersenarai perkara haram dan ada ke tidak yang halalnya??
Mana lebih senang?Bercinta selepas atau sebelum?

Cukup kamu ketahui sebelum kamu menikahi seorang gadis atau teruna bahawa dia tahu mengenai agama kamu dengan baik!Soleh dan solehah..serta bertanggungjawab..Selain sedap mata kamu memandang..
sekadar renungan bersama,,
Saidina Ali ra. pernah berkata, "cintailah seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang paling kamu benci..Dan bencilah seseorang itu sekadarnya kerana boleh jadi dia menjadi orang yang kamu paling cintai.. "

Sekian..Wallahu'alam..

No comments: