Saidatina Aisyah r.a berkata, "Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labib bin A'sham telah menyihir Rasulullah saw.Baginda saw mengigau , sehingga Baginda merasakan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan."
Berkata Saidatina Aisyah r.a lagi, "Pada suatu hari,Baginda berdoa dan berdoa.Sesudah itu,Baginda berkata kepadaku,, 'Ya Aisyah,ingatkah kamu bahawa ALLAH SWT pernah menyatakan kepadaku tentang kedatangan dua orang lelaki yang salah seorang dari mereka duduk di bahagian dekat dengan kepalaku manakala yang satu lagi duduk dekat hujung kakiku.Lantas,berkata salah seorang daripada mereka bedrdua,,
"Apakah penyakit lelaki ini?"
Maka,berkata yang seorang lagi, "Sesungguhnya dia telah disihir."
"Siapakah yang telah menyihirnya?"
"Yang menyihirnya ialah Labib bin A'sham."
"Dengan apa mereka menyihirnya?"
"Mereka menyihirnya dengan menggunakan dengan menggunakan rambut dan mayang kurma kering."
"Di manakah barang-barang itu diletakkan?"
Aisyah r.a. berkata, Nabi saw lantas pergi mencari barang-barang itu di sumur Dzi Arwan dengan ditemani oleh beberapa orang sahabat.
Kemudian,Baginda bersabda, "Wahai Aisyah,sesungguhnya aku melihat air sumur itu kemerah-merahan warnanya.Pohon kurma itu pula aku lihat seperti kepala syaitan!"
Aisyah r.a. bertanya,, "Kenapa anda tidak membakarnya,Ya Rasulullah..?"
Nabi menjawab, "Tidak!Allah SAWT telah menyembuhkan aku jadi aku tidak mahu membalas kejahatan orang sebab itulah aku suruh ia ditanam sahaja."
Kita boleh melihat betapa Nabi saw masih bersabar dan tidak menyimpan dendam terhadap insan yang telah berlaku khianat kepada Baginda saw.Sedangkan,kita seandainya berhadapan dengan musuh,musuh kita sudah kalah atau sakit sekalipun,sudah tentu kita akan mencari peluang untuk menjatuhkan mereka..
Namun begitu,ia sebaliknya kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sifat Baginda yang sentiasa bersabar,cekal hati,tabah dan memaafkan menyebabkan Baginda sekadar bersyukur kepada ALLAH SWT kerana menyembuhkan Baginda dan membiarkan sahaja orang yang menyihir Baignda ini tadi terlepas begitu sahaja.
BUSONG tu,,, |
Cuba kalau kitalah,kan!
Dah kena santau,,busong,,sihir macam macam sampaikan bapak jin pun musuh kita hantar dekat kita sampaikan kita sakit!
Mesti kita akan ada niat nak kirim balik kiriman diaorang tu dekat tuannya semula.Biar dia rasa penderitaan kita ni yang dah menahan dan menanggung kesakitan dan kemudaratan kesan sihir yang dikirim ini tadi.Sebab,jin yang digunakan ni,apabila kita hantar semula kepada tuannya,tuannya akan menderita sangat-sangat.Jadi jangan nak main hantar-hantar barang dekat orang!Apa barang?!
Ini mengajar kita untuk tidak berdendam dengan sesiapa sahaja..
Cukuplah kita yakin,biarkan ALLAH SWT sahaja yang membalas segala keburukan mereka.Insyallah..
Wallahu'alam.. :))
No comments:
Post a Comment