Semoga ALLAH Merahmati Mu..

Wednesday, August 1, 2012

Peristiwa Yang Berlaku Semasa Menguruskan Jenazah Rasulullah SAW.

     Sebaik sahaja Rasulullah SAW wafat,diriwayatkan bahawa,Saidina Ali bin Abu Talib r.a. ingin meletakkan jasad baginda di atas tempat tidur.Tiba-tiba,suatu suara ghaib yang berkata dari arah sudut rumah baginda SAW muncul.

       Suara itu menyeru Saidina Ali r.a. dengan  nada suara yang sangat tinggi.Katanya, "Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad kerana dia ialah orang suci dan lagipun dia membawa kesucian,".

   Saidina Ali r.a. berasa agak curiga dengan kata-kata tersebut lalu dia pun bertanya, "Siapakah engkau wahai gerangan?Bukankah Rasulullah mengarahkan kami untuk memandikan jasad baginda?".

Namun begitu,muncul pula satu suara yang lain,lantas ia berkata.. 

"Wahai Ali,.mandikanlah jenazah Beliau.Suara ghaib yang engkau dengar tadi adalah iblis yang berdendam dengan Muhammad dan mahukan Muhammad dimasukkan ke dalam liang kubur tanpa dimandikan dan disucikan terlebih dahulu."

TAB MANDI JENAZAH,,YE...
Saidina Ali lantas bertambah-tambah hairan dan bertanya, "Semoga ALLAH membalas engkau dengan balasan kebaikan kerana engkau telah memberitahu ku bahawa itu ialah suara iblis.Sekarang,siapakah pula engkau yang sebenarnya?"

"Aku ialah Khidir.Aku datang kerana hendak melawat jenazah Rasulullah SAW,",jawab suara itu.

Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan,barulah Saidina Ali r.a.,Al-Fadhil bin Abbas dan Usamah bin Zaid memandikan jenazah Rasulullah SAW.Dalam pada itu,malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga untuk jenazah Baginda. :)

Mereka mengkafankan jenazah Rasulullah saw di dalam bilik Siti Aisyah dan sesungguhnya Nabi SAW juga wafat dalam pangkuan Siti Aisyah.

Di sini kita dapat melihat bahawa,Iblis juga menyimpan dendam kesumat terhadap Nabi SAW bahkan setelah baginda saw wafat sekali pun,masih ada perasaan iri hati dan jahat iblis terhadap baginda Nabi.




Apa yang cuba untuk saya kaitkan di sini adalah,sesetengah manusia akhir zaman pada hari ini juga mengamalkan sikap berdendam dan iri hati tak semena-mena ini dalam kehidupan seharian mereka bahkan ada yang menyimpan dendam sehingga hujung nyawa orang tersebut.

Hal ini menyebabkan,mereka tidak mahu menghadiri majlis untuk jenazah tersebut seperti bacaan yassin,tahlil dan mengebumikan jenazah di perkuburan sedangkan,ternyata,hak seorang muslim itu ada enam dan salah satu daripadanya adalah apabila dia meninggal,maka iringilah dia!



     Sikap ini adalah tidak baik dan mesti kita jauhi sama sekali.Jika kita menyimpan dendam terhadap seseorang,hati kita bukan sahaja akan sakit secara berterus-terusan,bahkan aura kebaikan yang ada pada diri kita juga akan terhapus dan hubungan silaturrahim sesama muslimin dan muslimat juga akan terancam.Semoga kita sama-sama dapat menjauhi sikap negatif ini,wallahu'alam...

No comments: