Kita mampu untuk membaca,membuka dan menilai serta menghayati Al-Quran itu sendiri..Untuk mendapatkan jawapannya,,,Sabar dahulu,ambil Al-Quran anda terutamanya yang ada tafsir dan makna,berwudhuk dan bacalah seketika...
Buka novel beratus-ratus muka surat laju sahaja,,takkan buka Al-Quran beberapa muka surat dah jatuh malas??
Namun begitu.dalam keadaan kita berlumba-lumba dalam membaca Al-Quran ini,ada sesuatu yang kita perlu sedari..
Tahukah kita?
Dalam diam,,Al-Quran boleh melaknat pembacanya!
Kenapa dan bagaimana saya boleh katakan sebegini rupa?
Sebagai contoh,ALLAH SWT telah meletakkan dan menetapkan hukum di dalam Al-Quran mengenai larangan membunuh,berzina,berdusta dan sebagainya,,Tetapi,kita masih lakukukannya secara terus menerus.Sedangkan,kita mengaji dan kita tahu dalam Al-Quran sudah ada penegasan mengenai perkara tersebut.Namun,apa yang kita lakukan?
Adakah kita ambil pengajaran Al-Quran itu tadi ataupun kita pandang enteng semata-mata?
Ini mengundang kemurkaan ALLAH dan laknat Al-Quran bagi pembaca yang sekadar membaca, bukan memahaminya,menghayatinya dan mengamalkannya..
Sekadar renungan..
Selamat Beramal.. :)
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment