SEBELUM ITU,marilah kita bersama-sama mendoakan saudara seIslam kita yang sudah syahid di Syria,Lubnan,Iraq,Palestin dan di mana-mana jua sekalipun,agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Al-Fatihah!
Islam,
Maksudnya sejahtera,aman.Dari segi Istilah pula ia membawa maksud berserah diri kepada ALLAH swt secara sepenuhnya dengan cara melakasanakan segala arahan ALLAH SWT dan meninggalkan laranganNya. Islam,sejahterakah penganut mu?
Umat Islam..
Umat ataupun golongan yang menganut agama Islam.Siapa mereka-mereka ini? Saya,kamu,mereka atau sesiapa sahaja yang telah mengaku untuk taat setia kepada perintah ALLAH SWT dan Rasulnya,Nabi Muhammad SAW.Hakikatnya,Islam kita apda nama atau di atas kad pengenalan diri semata-mata.
Perkembangan dan berkembangnya Islam itu adalah bermula dengan seorang lelaki yang diutuskan oleh ALLAH swt.Insan itu bernama Muhammad bin Abdullah.Selama 3 tahun insan yang memiliki akal yang sihat,bijak,adil dan mulia ini menyebarkan agama Islam secara rahsia sebelum turunnya wahyu ALLAH swt agar dia menyebarkan agama bawaannya kepada manusia secara terang-terangan.
Jika kita mempelajari sejarah dan sirah Nabi saw,kita akan sedar dan insaf mengenangkan betapa susahnya keadaan Baginda dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Baginda.Bukan semua insan mahu menerima apa yang hendak kita katakan.Begitulah juga keadaan Nabi saw di mana Baginda dimusuhi,dianggap gila dan menyebarkan ajaran sesat kepada manusia sekaliannya.Apa yang Nabi lakukan?Adakah baginda patah balik atau cabut lari setelah diancam untuk dibunuh,ditawarkan harta dan wanita?TIDAK!Baginda menarik dirinya bukan ke belakang,tetapi ke hadapan agar Baginda akan tetap terus berdakwah kepada Umat baginda yang tercinta.
APA YANG NABI SAW KATAKAN TELAH TERJADI:
Setelah kewafatan Nabi saw,Islam diperjuangkan pula oleh para sahabat Nabi. Khulafa'arrasyidin,dilantik sebagai pemerintah agar dapat mentadbir negara secara adil dan saksama.Dalam Islam,keadilan adalah sesuatu yang dituntut dan dianggap penting kerana orang yang melaksanakannya dan meninggalkannya akan dihadapkan di hadapan ALLAH SWT.Pemerintah kita pada hari ini?Adil ke?Atau berpura-pura dermawan untuk menutup 1001 kesalahan dan keaibannya?Tepuk dada tanya selera.
Pada zaman Nabi saw dahulu,Nabi telah mengkhabarkan kepada para sahabat dan umat Islam yang lain bahawa,di akhir zaman nanti,akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan.Maksudnya,dunia akan menjadi kucar-kacir dan manusia akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Buktinya??Iraq,Palestin,Syria,Lubnan dan lain-lain..Amankah negara-negara Islam ini?
Selain itu,Nabi saw juga telah menyatakan 1400 tahun yang lalu,bahawa umatku di akhir zaman nanti akan hanyut dan mereka seolah-olah berada dalam genggaman musuh mereka!
Nabi SAW bersabda,
Ertinya:
Daripada Tsauban r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana
bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah
seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu
umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap
kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya,
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan
takut pada mati".
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Lihat,Nabi saw telah menyamakan umat-umat Islam akhir zaman iaitu kita
ini dengan buih di lautan. Kenapa? Kerana,ya!Jumlah umat Islam pada hari
ini bertambah setiap hari tetapi adakah mereka berkualiti? Tidak! Mereka
inilah yang saya katakan Islam pada nama tetapi sebenarnya mengikut cara
dan budaya masyarakat Barat.Apabila saya sebutkan Barat,sudah jelas,bahkan sudah terang lagi bersuluh mereka ialah Yahudi dan Nasrani.
LARANGAN ALLAH KEPADA KITA UNTUK TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN YAHUDI!
ALLAH SWT telah memberi amaran kepada kita agar tidak bersekongkol,meminta bantuan atau berhubungan dengan kaum Yahudi ini. Kerana apa? kerana mereka membantu kita untuk tujuan yang lain.Bukan maksud mereka membantu dengan hati yang ikhlas tetapi mereka tetapkan syarat-syarat yang akhirnya akan menyebabkan kita menggadaikan agama kita sendiri.
Kenapa Palestin,Iraq dan Lubnan diserang? kerana mereka bukannya negara seperti Malaysia.Mereka bukannya negara yang pengecut!Mereka adalah rakyat yang tinggal di dalam sebuah negara Islam.Mereka memahami perintah ALLAH dan Rasulnya dan mereka mahu mematuhinya untuk tidak mendapatkan bantuan yang berbentuk kepura-puraan daripada Yahudi.Mereka juga mahu selamatkan ekonomi mereka kerana ia adalah sumber pendapatan mereka.
PENJELASAN ALLAH SWT DALAM AL-QURAN
ALLAH SWT menjelaskan di dalam Al-Quran,dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut
ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang
benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. "
Jelas,ALLAH memberitahu kepada Nabi saw bahawa Yahudi dan Nasrani ini kebanyankkan daripada mereka adalah ahli-ahli kitab.Mereka turut mengkaji Al-Quran tetapi bukan untuk memegang Islam sebagai agama mereka.Mereka cuma mencari bahan untuk diputar belitkan ekpada umat Islam pada hari ini.Mereka tahu arak dan babi itu haram dimakan dalam Islam.Sebab itu banyak makanan,produk dan barang-barang yang mereka hasilkan diletakkan campuran bahan-bahan 'istimewa' ini.Untuk Apa?Bukankah untuk menyusahkan kehidupan umat Islam juga? Untuk merosakkan hati kita dan memesongkan hati kita.Sebab itu,binatang pertama yang akan dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam ketika turun ke bumi nanti adalah babi kerana ia membawa banyak penyakit.hati,,H1N1 dan lain-lain yang tidak diketahui lagi.
 |
Di SYRIA |
Kita lihat,Umat Islam dikecam.Mustafa Kamal Atartuk,seorang yang dilaknat ALLAH SWT.Dia seorang Islam tetapi sayang Islam atas nama sahaja.Dia merancang pembunuhan umat Islam dan menjatuhkan agamanya sendiri.Ya,saya dan anda tidak tahu bagaimana balasan yang akan diperoleh oleh pemimpin yang kejam seperti beliau di Akhirat dan di hadapan ALLAH nanti, tetapi,melihat kepada kekejamannya,apa lagi yang dapat kita fikirkan?Mayat dia sahaja tidak diterima bumi!
Di saat kematiannya, Allah S.W.T telah datangkan beberapa penyakit
kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung
seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah
didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan, sakit jantung, penyakit darah tinggi dan
panas sepanjang masa.
REALITI UMAT ISLAM MASA KINI.
Saya lihat,saya perhati dan saya kaji,apa agaknya masalah utama agama Islam pada hari ini.Jelas,tidak lain dan tidak bukan ia adalah berpunca daripada Umatnya sendiri.ALLAH SWT telah melarang kita daripada melakukan perkara-perkara yang bisa merosakkan aqidah dan iman kita tetapi kita ingkar.
Kita lihat rakyat Malaysia hidupnya bagaimana.Bebas pergaulannya.Setiap hari,jumlah kaum lelaki dan wanita yang bersarang di pusat-pusat pelacuran bertambah dari semasa ke semasa.
Kita lihat bagaimana kaum wanitanya pada hari ini.Apabila kita katakan tutuplah aurat,ya!Mereka menutup aurat tetapi bagaimana?Adakah sempurna? Dengan bongol pada belakang rambut yang sudah diharamkan,dengan pakaian yang sendat dan tidak sempurna pakaian mereka.
Bagaimana rakyat ingin mendapatkan contoh yang baik seandainya ada pemimpin yang menunjukkan teladan yang buruk walaupun berstatus Islam!Artis Lagilah.Anak-anak muda meniru aksi mereka bergaya walaupun betudung litup!
Ramai orang yang bangga mengatakan dirinya Islam.Tetapi perasaan malu untuk melaksanakan hukum-hukum Islam, Bagaimana pula? Ada mereka buat sepenuhnya atau mengambil sebahagiannya sahaja?ALLAH tidak mengarahkan kita ambil hukum ALLAH sebahagian-sebahagian. Tetapi,ALLAH SWT menyatakan kepada kita ambilah kesemuanya.
Sekarang rakyat Malaysia,,adakah anda merasakan Malaysia adalah sebuah negara Islam?
Tidak!
Kerana,sebuah negara Islam adalah negara yang mengamalkan undang-undang Islam di mana kita menghukum pesalah menggunakan hukum ALLAH.
Kenapa dalam Islam,orang yang membunuh akan dipancung,bukannya digantung sampai mati?
kerana,dalam Islam,cara hendak memancung adalah dengan menggunakan pisau atau alatan yang tajam.Kemudian,kita kena cari urat pada leher yang mana jika kita kelar di situ,orangnya akan mati terus tanpa terseksa.Tapi cara menggantung sampai mati?Adakah pesalahnya mati terus apabila digantung,ataupun terseksa dahulu menanti ajal?Anda boleh fikir sendiri mana lebih baik.
Hukuman bagi penzina.Dekat Malaysia,hukuman bagi penzina bagaimana?Dalam Islam,kita rejam mereka.Dalam surah An-Nisa' ada diterangkan bahawa ALLAH swt menetapkan hukuman bagi penzina adalah rejam,tetapi!,ada caranya dan tidak semua akan direjam.Ia adalah bergantung kepada keadaan lelaki dan perempuan itu tadi!Sama juga seperti mencuri.Apa anda fikir,kanak-kanak yang kecil dan mencuri akan dipotong tangannya?islam tak kejam!Mereka akan dilepaskan selepas diberi pengajaran seperti nasihat atas faktor usia yang mentah.
Kenapa ALLAH SWT mengarahkan hukuman rejam ini dilakukan di hadapan khalayak ramai?Agar mereka gerun dan memandang serius atas perkara ini.Cuba kita fikir,apa yang berlaku sekiranya kita mengamalkan seks bebas?YA,penularan penyakit berbahaya seperti AIDS,HIV dan lain-lain boleh berlaku.Wanitanya pula akan mengandung,dan anak yang akan dilahirkan nanti bagaimana pula keadaannya?Banyak hikmah,apabila kita laksanakan hukuman rejam ini.
secara logik akalnya,kita dapat mengelakkan keturunan yang tidak baik yakni anak hasil luar nikah daripada lahir.Kita dapat mengelakkan penularan penyakit bahaya kerana tak mustahil mereka yang berzina tadi ini akan melakukannya lagi tetapi dengan orang lain.
Hakikatnya,ramai Umat Islam pada hari ini memandang perkara ini sebagai sesuatu yag remeh untuk dibahaskan.Mereka merasakan bahawa hukuman ALLAH ini kolot dan melampau-lampau!
Wahai Umat Islam,bangkitlah dan sedarlah betapa anda dan saya lalai dengan dunia kerana lupa akan kematian kita yang akan berkunjung tiba-tiba.
Fikirlah,anda mahukan azab di akhirat atau hukuman dahulu di dunia yang Insyaallah,dapat meringankan kesakitan hukuman akhirat nanti?
Jawablah dengan memikirkan jawapan yang bernas,
Wallahu'alam.